Bab 33

320 25 0
                                    

SEMENTARA itu, di kediaman Anan telah merebahkan batang tubuh pada sofa. Dia angkat tinggi kucing montel berbulu jingga itu bertentangan wajahnya. Sesekali Anan mengacah seraya tertawa kecil.

"Karin, awak comel lah."

Dibawa Karin ke mukanya dengan mata membulat. Anan geselkan pucuk hidung kecil miliknya dengan Karin. Hatinya dijajah rasa geli hati apabila respon Karin mengiau meminta dilepaskan.

"Kuat makan ya awak? Gebu dia," ujar Anan lantas diletakkan Karin pada dadanya. Telapak tangan bertindak mengusap belakang badan kucing berbulu lembut itu.

Seketika, Anan kunci bibir rapat. Mata bundarnya mengerjap dan dipasakkan pada bebola mata Karin dengan perasaan bercampur-baur. Cecair bening berkumpul di tubir mata kala Karin sengaja miringkan kepalanya dengan mengiau tanpa henti.

Senyum gerit Anan lorekkan. Dia usap batok Karin penuh kelembutan. Entah mengapa, dia perasan yang Karin begitu manja dengannya seperti memahami gelora hati yang bermukim dalam tubuh kerdilnya.

"Untung kan jadi awak ni, Karin..." getus Anan perlahan. Air mata perlahan jatuh menyentuh cerun pipi. Dia masih ralit menatap Karin selesa pejamkan mata saat dia membelai penuh mesra haiwan kesayangan nabi yang satu ini.

Anan turunkan tangan ke bawah dagu Karin. Dia mengelus bahagian itu dan refleks Karin menggoyangkan ekornya tanda suka. Jinak betul kucing abang Syaf ni dengan Anan.

"Bila Anan tengok Karin kan, Anan rasa cemburu. Gila kan? Kenapa dengan Karin pun nak tu," ujar Anan seraya meletuskan gelak perit. Semakin deras butiran permata gugur dari celahan pelupuk mata mengena kulit lehernya.

Anan panggung kepala ke atas. Mata ditutup seketika. Nafas Anan gali dalam-dalam. Sesak dan sebu bersatu. Celah rengkung terasa sempit. Mahu meletup dibuatnya sehingga wajah dia berubah kemerahan menahan rasa. Ironinya, pedih ini masih sama. Sakit juga berganda-ganda daripada yang sebelumnya.

"Anan tak pasti, Karin. Kenapa hati ni suka tapi dalam masa sama, perit sangat bila orang beri kasih pada Anan. Anan macam, Anan layak ke semua ni? Anan bukan nak menolak cuma Anan rasa ragu-ragu..." tuturnya sembari mengetap bibir sendiri. Lambat-lambat dia jatuhkan dagu rapat ke dada sendiri. Aksa disorotkan pada Karin yang nyaman ketiduran di situ.

"Sungguh, Anan keliru. Karin anggap Anan ni..." aksara dijedakan. Desahan nafas dihela. Berat. Hidungnya juga sudah mula mengeluarkan mukus yang tidak menyenangkan.

"Patut ke dapat semua tu? Ya, Anan tahu, Anan tamak. Anan nak orang tumpukan perhatian kat Anan, orang tak akan tinggalkan Anan, orang terima Anan seadanya. Tapi..."

Anan kerdipkan mata. Ekor mata terarah ke pintu. Dia mahu nantikan kepulangan Syaf. Dia mahu pasang setia dan kepercayaan hanya sekali lagi. Yang sudi berikan satu rasa didambakan sejak sekian lama lagi. Yang turut memberi sebuah keluarga lengkap penuh kasih sayang.

Mengapa dia terlalu cepat beri peluang? Kadangkala dia mempersoalkan tindakan sendiri. Seolah-olah tidak serik. Bukan, hati ini tak mampu membenci waima sekelumit sekalipun. Masakan mahu benci sedangkan jiwa kecilnya seringkali mudah beremosi kepada sekecil-kecil perkara.

Hujung mata mengerling arah lain pula. Wap air dapat dilihat melalui luaran tingkap kaca. Keadaan sepi kini ditemani rintikan hujan yang luruh ke buana. Menghasilkan simfoni semula jadi menenangkan kalbunya yang ditimpa badai taufan. Resah dirasuk dengan pelbagai persoalan memamah diri.

"Anan takut, awak. Takut kalau Anan sayang melebihi daripada cinta Anan kepada Dia. Cuma, tak salah kan, andai Anan beri sedikit harapan pada mereka semua kerana Anan hargai kehadiran abang Syaf, umi dan abah?"

Nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan, duhai hamba. Dia koyak senyum. Cukup manis. Ikhlas dari nurani wanitanya.

"Walaupun Anan tahu hadir seseorang dalam hidup, dia akan pergi jua bila sampai masanya."

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now