Bab 75

311 19 0
                                    

JIKALAU susunan takdir indah seumpama pelangi, benarkah kita akan masih mensyukuri atau alpa bahawasanya dunia bukan sekadar warna-warni semata-mata. Ada saat hitam dan putih, bisa jadi kelabu suram membalut hari.

Dentingan loceng kedengaran, segera Anan buka daun pintu rumah. Melingas pandangan sekeliling, kelihatan figura Ummar berdiri di hadapan pagar memegang sesuatu. Lekas-lekas kakinya sarung sandal, menapak hampiri Ummar diluar.

"Kenapa Ummar datang?" soalnya. Anan panggung kepala, melihat lengan Ummar tinggi menghulurkan beg kertas kepadanya.

Terkebil-kebil Anan lirik pada Ummar, raut itu beku tanpa perasaan. Tidak menanti lama, Anan jengket hujung kaki cuba mencapainya.

Meligih sambut pemberian Ummar, sesak nafasnya bilamana ketinggian dia jadi halangan utama. Tertahan-tahan sebelum Ummar rendahkan lagi huluran, membenarkan Anan terima dengan jayanya.

Kejang otot seluruh sendi, senak perut dipegang sebentar sebelah tangan. Berkerut-kerut dahi menguncur keringat, setakat hendak ambil itupun separa nyawa menghilang. Meragam tidak selesa, sang kecil menabrak dalam kandungan.

"Kau okey?" Ummar menanya, berbasa-basi. Anan angguk, masih fokus pada barangan tadi. Melihat raut terselindung disebalik kain itu, tampak jelas netra gambarkan nanar.

Membelek-belek luaran beg kertas, Anan akhirnya buka isi dalamnya.

Melotot bungkam, birai mata Anan mulai sarat berkaca. Sebak menghentam rengkung dada, nestapa rajah setiap penjuru hatinya. Melapah hebat jiwa berantakan, mengapa tidak tenteram menyaluti nurani?

Pelan-pelan Anan keluarkan isinya. Ada sejambak bunga lili dan sekeping kad terselit sama, turut diletakkan patung beruang putih kecil terselit di antaranya. Anan jatuhkan beg kertas, gelugut lengan bawa serayu kegemaran itu dekat dengan rongga nasalnya. Genggam kemas tangkai plastik, mulai menghirup haruman bunga asli.

Jujur, ia benar-benar asyik hingga ke paru-paru dinikmati. Betapa jiwa kecil dan rapuhnya terusik, menitik setitis mutiara dari juring mata.

Tidak lupa set pakaian bayi kemas dibalut bersama reben merah, jelas mengatakan ia dibalut dengan gubahan puspita suci itu. Tertanya-tanya, Anan anggul wajah memberi renungan keliru. tTdak mungkinlah Ummar pula berikan melainkan...

"Syaf bagi," jawab Ummar seakan mengetahui. Cukup membuatkan Anan gamam, memeluk untaian bunga tadi sekuat hati. Renyuh hati bilamana kenangkan semula, sehingga kini dia masih berteka-teki mengapa bunga lili dalam pelbagai jenis puspita yang ada?

"Aku balik dulu." Ummar tunduk hormat, berpusing tubuh sedia melangkah pergi. Namun pantas ditahan dengan suara Anan melangsi panggilkan dia.

"Nanti!"

Bejat untuk teruskan langkah, Ummar selukkan kedua-dua tangan sendiri ke dalam poket seluar. Dia memalingkan muka, jungkit alis menanti bicara Anan.

"Abang Syaf..." Sebaris nama itu dilafazkan, tersasul bilamana tersilap panggilan. Reaksi Ummar pula, sungging senyum sinis bagai mengejek butir katanya.

Anan runduk kepala, bersemu darah pipi menahan segan. Debaran dada menggila, malaikat kecil menghuni rahim turut aktif secara tiba-tiba. Menggeletar lengan tangan memegang hadiah pemberian Syaf, terasa begitu dekat aura empunya itu. Hangat, dia utuh mengingati setiap kali Syaf katakan aroma dia persis lili.

"Kau macam bunga lili."

Bisikan lembut nan gemeresik, membuai kuyup tandusnya hati memori tentang dia.

Masih segar melatari fikiran, setiap perlakuan Syaf memberi dama yang tidak pernah dirasai.

Sayangnya, insan itu jugalah tegar menyakiti.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now