Bab 23

389 28 0
                                    

SINAR mentari malu-malu menyelusup masuk dari celahan jendela. Anan merunduk ke bawah meliarkan pandangan pada sekeliling. Embun pagi menitik dari dedaun secara semula jadi membuatkan Anan lukis senyum hibur. Dia meladeni momen ini begitu asyik sehingga tidak sedar kehadiran Syaf menolak permukaan pintu secara senyap.

Tangan Anan mengenggam erat palang besi dengan hujung kaki sedikit terangkat. Kelopak mata dipejam menghirup bayu pagi nian segar lantas kepala terngadag dengan senyum yang terlakar menghiasi bibir. Biasan cahaya mengena roman wajah Anan sekaligus rambut hitam lebatnya mengurai panjang dibiarkan bebas menyentuh lekuk pipi merupakan keindahan potret terindah Syaf pernah lihat. Dia memerhatikan dengan mata tidak mengerjap waima sekali. Setiap perkara berkaitan gadis awannya ingin dipahat kemas ke dalam memori.

Kopiah di atas kepala ditanggalkan sebelum diletak elok pada meja solek. Dirapikan rambut yang agak kusut dan serabai dengan tangan sendiri. Senyum lebar terukir di bibir setelah memastikan penampilan sendiri di hadapan cermin.

Syaf melambatkan langkah menghampiri Anan yang masih leka termenung. Sejurus berada sedekat satu inci dari batang tubuh Anan, Syaf menjalarkan tangan kekarnya pada pinggang ramping Anan. Seluruh urat saraf Anan kejung sebagai respon tindakan suaminya. Dagu direhatkan pada kepala isterinya.

"Awan pawana aku buat apa ni?" soal Syaf. Anan telan liur kesat. Perit. Tekak berasa tandus untuk mengeluarkan suara. Anan sekadar membiarkan persoalan itu bergentayangan disambut semilir.

Syaf angkat kening dengan bibir mencebik. Pandangan mata turut dihalakan sama ke langit seperti gadis awannya. Bunyian burung saling berkicauan seakan simfoni di ruang angkasa menyapa koklea. Hembusan bayu mencumbui segenap kulit wajah memberi ketenangan jiwa yang sirna. Jumantara yang disimbahi cahaya arunika memukau mata tanpa sedar bibir merah basah Anan mengucap tasbih.

"Cantik," getus Anan membibitkan senyum mekar di bibir Syaf. Mata Syaf melirik sekilas genggaman tangan Anan kian longgar diangkat ke atas. Perlahan-lahan buansa kian bertukar warna. Suasana hening melatari mereka menikmati panorama pagi. Fatamorgana bahari di mana tangan kecil itu ingin menggapai impian yang begitu jauh di atas sana. Gemawan lembut seperti kapas putih di kaki langit menjadi perhatian mereka berdua.

Anan berdehem. Cuba mencuri tumpuan Syaf yang ralit menala pandangan ke hadapan. Pelukan Syaf dileraikan lembut. Sontak, Syaf mengangkat kepala dan berundur setapak memberi ruang kepada Anan. Anan berpaling tubuh dan mendongak menghadap suaminya manakala Syaf menarik tepi bibir menjadi sinis melihat keletah isterinya.

Dasar pendek, risau pula urat leher gadis awannya terik hanya mahu memandang dirinya yang tinggi. Syaf membongkok sedikit susuk menyamakan paras wajahnya dengan Anan. Kedua-dua tangan disilangkan ke belakang dengan sepasang iris hitam pekat Syaf merenung tepat pada mata bundar Anan. Dia mencari sesuatu dalam pacaindera mata sang isteri penuh rahsia. Anan paksa lorek senyum janggal apabila renungan Syaf yang terlalu dalam seakan mahu menembusi fitur dirinya. Lama sehingga membuatkan gadis awan itu sesak nafas. Pipi Anan berona kemerahan akibat malu segera dimatikan renungan itu dengan memejamkan mata.

Syaf pincingkan mata pada kesayangannya lantas dikuncup sekilas pucuk hidung Anan. Dia menahan senyumnya daripada melebar memandang reaksi Anan yang mencuit hati. Anan membuka mata dengan riak terpinga-pinga. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

"Kau pendeklah, awan. Aku terpaksa tundukkan pandangan nak tatap muka isteri sendiri aku yang rendah ni," ujar Syaf bersahaja lalu dijarakkan wajah semula. Dia menyengetkan kepala dengan senyum nakal tergarit di hujung bibir. Suka lihat muka Anan yang cuak dengannya. Anan tercengang.

What the heck? Syaf kata dia pendek, benarkah? Anan menyorotkan mata menilai dirinya sebelum dipanahkan jelingan membunuh kepada Syaf. Bibir tipisnya mencemik dan mula bergerutu, "Dia yang tinggi macam galah mengalahkan tiang lampu kata Anan yang pendek."

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now