Bab 76

309 19 0
                                    

DINIHARI.

Anan tersedar dari lena, tidak mampu lelapkan mata semula. Menggangau tangan lemari kecil di sebelah, mencapai telefon dia. Skrin dihidupkan serasa silau, dilihat sekilas. Baru jam tiga pagi. Tampak berkat dia perlahan-lahan mulai bangkit, mahu bersihkan diri dan bertahajud kepada Ilahi.

Setelah selesai, Anan lipat semula kain mukenah. Bertatih biarpun mengah, barangkali kerana kandungan dia sudah kian mencecah sembilan bulan.

Memanjat semula birai katil, melepaskan lelah. Tangan sebelah mencengkam sisi kasur, satu lagi bawa membelai perutnya. Anan runduk pada baby bump dia, seakan rasa ragam sang kecil di dalam sana.

"Anak mama pun bangun juga ya?" soal Anan lembut. Mengukir senyum tipis, spontan tangan di sisi menguak helaian rambut yang jatuh. Diselitkan pada celahan telinga, berembun ruas mata tatkala serasa ada balasan dari bintang kecilnya.

"Teman mama boleh tak sayang?" Anan menanya lagi. Kali ini, dia tak mampu tahan titisan mutiara yang gugur. Entah mengapa, terdetik bahawa momen sebegini sepatutnya dikongsi bersama.

Seorang diri. Dia lalui sekali lagi membawa zuriat ini, tanpa suami menemani.

Katakan dia gila, ada kalanya dia terfikir di mana silapnya?

Salahkah impian dia mahu capai bahagia? Ingin sebuah keluarga sempurna, jauh dari zaman kehidupan dia pernah ada. Anan inginkan anak ini rasai sebegitu, tiada kurangnya kerana serasa tidak cukup terbaik dahulu pada Nina.

"Tak apa, Anan boleh hadapi. Anan dah biasa kan semua ni. Tak akan kali ni pun tak boleh? Insya-Allah Anan mampu," pujuknya diri sendiri. Mengelus lagi dan lagi abdomen memboyot dia, tidak sabar menanti.

Endak mahu terlalu ralit layani emosi, Anan seka empangan tubir dengan belakang tangannya.

Kau kuat Anan, kau kuat. Bukan kau tak biasa sorang-sorang kan selama ni?

Anan capai earphone miliknya. Perlahan disumbat pada koklea, memasang alunan muzik pada telefon pintar melalui aplikasi Spotify. Memastikan kelantangan berada dalam keadaan baik, dia mulai tarik buku nota dalam laci kabinet di tepi katil.

Selepas itu, Anan mengubah posisi tubuh. Bantal disusun belakang katil, menjadi sandaran buatnya agar selesa. Satu lagi diletakkan pada riba sendiri, menjadi alas sebagai meja bekali.

Anan tarik nafas dalam, menjemput ketenangan agar hadir turut serta. Tangan mulai membuka naskah berbentuk A5 itu, mencari bahagian kosong yang ada.

Mata bundar disepetkan, renungan sayu dihadiahkan.

Jujurnya, dia sudah lama tidak bermadah pujangga. Entah mengapa tatkala ini terdetik nurani mahu leraikan sesuatu yang ada. Memikirkan semula, hampir genap sembilan bulan sudah ditinggalkan sejak terlerai ikatan mereka.

Lafaz basmallah meniti di bibir mongelnya, Anan sedia catit segalanya.

Mata pena berdansa laju menyentuh helaian karbon. Grafit hitam membentuk aksara, tinta kisah hadir dari sanubari wanita. Perdu hati berbicara, minda diamuk sepoi-sepoi ceritera lama. Kadangkala belahan bibir itu kemam rapat, sekejap hujungnya dicarik tipis. Berkaca-kaca juringnya, menitik tatkala ralit menyampaikan segala luahan meronta-ronta dalaman dia.

Kabus berambal kirana di cakralawa, tiupan semilir ribang di jiwa.

Permulaan hikayat kita tentang bisikan cinta sapa hati-hati arjuna dan juita.

Entah di mana seharusnya lembaran dibuka, tatkala hiasan kanvas terasa begitu luhur tak terkata.

Genggam erat tautan yang hangat terasa, taupan memahat setiap inci penuh mesra.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now