Bab 74

252 13 0
                                    

LEMBAYUNG indah pelan-pelan berubah layar hitam, menggantikan candra pula bertugas setelah seharian mentari menyinari. Anan lentokkan kepala ke sisi cermin, lelah keluhan panjang dihela. Dia buang pandangan ke luar, menyapu malas memerhatikan panorama jalan raya meluas dan tumbuhan renek sekitar laluan. Lengan kanan diampu pada bahagian tepi pemegang kereta, manakala sebelah kiri mengusap perlahan perutnya.

Jujur, dia merindui amat pada Syaf. Sehingga kini, dia masih memikirkan tentang Syaf mengapa lain benar keadaan jejaka tersebut. Apakah Syaf sorokkan sesuatu dari pengetahuan dia, serasa sejak kepulangan Syaf dahulu ada perubahan paling ketara dia dapati.

Susut. Parut. Sikap.

Sontak dengusan geram Anan lepaskan. Juring mata sarat berkaca-kaca, mengalir lesu bilamana bayangan Syaf tetap menghuni fikirannya.

"Apa fasal kau semak dalam otak aku Syaf?" gumamnya perlahan, cukup membuatkan sebu merayap segenap penjuru hati.

Khali. Widuri memperlahankan kereta saat lampu bertukar merah, tanda pinta berhenti sementara memberi laluan simpang sana pula meneruskan perjalanan. Kebiasaan detik ini para pekerja mahu pulang istirahat setelah seharian mencari rezeki, maka tidak hairanlah lorong empat simpang ini sentiasa sesak.

Cuma, Widuri resahkan sesuatu. Waktu maghrib hampir menjelang tiba, risau-risau terhadap Anan yang membawa kandungan.

Widuri sesekali kerling Anan di belakang melalui cermin sisi, sekadar diamkan diri. Melirik juga keadaan Asyraaf, keadaan sang anak mengerjap mata menekur tangan miliknya. Sedari tadi meramas tangan, mungkin kebosanan kerana tersekat di pertengahan kota raya.

"Kenapa lengan Anan merah?" soal Widuri memecahkan keheningan suasana. Brek ditarik semula kala lampu isyarat bertukar hijau, meneruskan perjalanan pulang kediaman.

"Merah?" Anan bingung. Jemala diangkat, bebola mata bergerak memerhati pergelangan tangan yang sememangnya disalut cecair merah. Resah, dia mulai sentuh kandungan sendiri. Serasa baik-baik sahaja, tidak pula sakit di mana-mana.

Seketika, Anan bungkam. Memikirkan kebarangkalian yang satu, benarkah apa yang naluri dia katakan ini?

"Syaf..." getus Anan perlahan. Mengerdip lembut mata, melimpah mutiara dari celahan ruas merentasi pipinya.

 Mengerdip lembut mata, melimpah mutiara dari celahan ruas merentasi pipinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPI.

Ruang perumahan jelas luas, sunyi tanpa sesiapa melainkan Syaf seorang sahaja.

Menggeluyur masuk pelan-pelan memasuki kediaman, suis lampu dihidupkan. Pinggir bibir Syaf spontan koyak senyum kelat, meliarkan pandangan sekeliling pada setiap penjuru yang ada.

"Syaf rindu..." bisiknya perlahan, cukup pada pendengaran sendiri. Sebak menganyam segenap sukma, betapa bayang-bayang memori nyata hebat melatari layar mata. Hampir di setiap bahagian, dia tampak kejadian lama bermain indah dengan segala omongan dahulu mereka.

"Awan sayang..." Meleret rindu intonasi, hangat juring mata mengaburi penglihatannya.

Syaf angkat kaki, bergetar dan pincang langkah dia. Tangan sebelah memegang suatu beg kertas, sarat isi dengan sesuatu buat seseorang. Erat mengenggam, urat sendi bergemelugut cuba menapak lagi dan lagi.

"Allah..." Berat kepala menanggung bebanan dihempap batu tan, sesak rongga pernafasan menghimpit rengkung dada. Termengah-mengah nafasnya, menggeletar tubuh badan cuba untuk teruskan langkah.

Berbalam-balam pandangan dia, betapa menggebu rindu dan jerih menguasai pembuluh darah. Tidak mampu kawal kesakitan semakin hebat mencengkam figura, Syaf akhirnya terpaksa ampu tangan benar-benar di sudut dinding.

"Sa... kit... Allah..." getusnya terketar-ketar, terlerai pegangan beg kertas yang teguh sedari tadi. Berselerakan isi yang menampung, meluruh seiring mutiara di pelipis Syaf akibat nestapa melampau.

Rebah.

Syaf melorot sepenuhnya. Menjelepuk jatuh bersama ulas bibir biru memucat, rautnya semakin putih seakan tiada darah. Akhirnya dia tersandar lelah di dinding, lasat tidak bermaya bilamana dia tewas akhirnya.

Senak perut memulas sakit. Ketat dadanya hingga sukar bernafas. Mulut Syaf penuh bilamana ada sesuatu melalui celah tenggorok. Bergelugut dan menggelupur hebat, dia kokol berkali-kali tiada henti.

Tersentak-sentak tubuh sendiri, dia melepaskan segalanya ke lantai takdir. Merah hamburan cecair memenuhi pakaian, tertahan-tahan sulit menghirup udara ruang atmosfera kian menipis.

Susah-payah tangan cuba menyeluk poket seluar sendiri, mahu mendail mohon agar seseorang hantarkan pertolongan. Perih meligih dan meluncut licin jari-jemari, mulutnya tidak henti-henti keluarkan cecair hanyir hingga basah kaca skrin telefon dan isi beg berhamburan di lantai.

Sekali, telefon berdering menanti pihak sana. Sengaja jari menekan pembesar suara, kerana sedar dia tidak lagi berupaya.

Syaf cuba menanti, meskipun serasa makin gelap pandangan merentap kewarasan yang tersisa. Betapa dia hampir kalah melawan penyakit yang ada, tampaknya begini rupanya seksaan sakit di dunia.

Tika suara seorang sahabat mulai kedengaran di corong telinga, Syaf akhirnya senyum segaris.

"Mar..." lelah dan perlahan Syaf tuturkan kata. Mati senyum tipisnya, kuyu dikantuk lelah menghadap saujana hadapan dia. Mengharapkan bantuan tiba, jujur dia tidak berdaya untuk pura-pura kuat lagi.

"Tunggu aku datang," balas Ummar kalut sebelum mematikan talian.

Syaf diam membisu, sekadar kosong iris hitam menala ruang kosong nan sepi. Semakin hebat akal kesedaran meragut fikiran, benaknya dipenuhi ahli keluarga tercinta bermain di lensa mata. Berkaca-kaca mengguyur air mata, nihil dan suci pakaian umi, abah dan arwah Syifa' seakan-akan benar ada.

Berdiri tepat di hadapannya, saling berpegangan tangan bersama senyuman manis menjadi penghias wajah. Jujur, apakah dia alami ini seperti waktunya hampir tiba. Menggeligi lengan cuba diangkat, dia mahu gapai setiap satu kesayangannya.

"Along..." sayup-sayup suara sang adik kedengaran, mulai merasa betapa hangatnya bicara itu.

"Anak umi kuat kan?" Kali ini, lembut nada umi berpuput di celahan telinga. Betapa kudus renungan umi melihatnya, berjaya merobohkan benteng kian memenuhi tubir mata.

"Anak abah okey tak?" Disambut pula suara parau abah, berbaur kerisauan dan tunak menatap dari arah sana.

"Syaf rindu..." getusnya tertahan-tahan, seraut bayangan polos melatari fikiran. Mengharapkan bahawa dia masih ada, begitu jauh dan tidak tergapai oleh dirinya.

"Abang..." gemeresik nada itu, cukup membuatkan Syaf lorek senyum kembali. Nipis, tapi manisnya madu mampu melegakan sanubari.

"Allah..." Perlahan-lahan Syaf katup mata, terasa detik berlalu begitu lambat melewati.

Moga masih ada kesempatan, dia mahu temui Anan sekali lagi buat kali terakhir.

Hanya sekali sebelum dia benar-benar pergi.

Ya Rabbi, izinkan hamba-Mu ini pinta satu hajat ini ditunaikan walau sekejap cuma.

Aku rindu pada mereka.

Sungguh, aku rindu pada dia terutamanya.

Bilamana selesai semua, bawalah aku pulang kembali.

Kerana aku benar-benar rindu untuk kembali ke pangkuan-Mu.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now