AMBIEN sepi. Syaf masih terjaga dengan mulut terkunci rapat. Tangan menongkat belakang kepala, menala pandangan pada siling dengan renungan nihil. Kosong. Niskala. Sesekali bebola mata Syaf kerling seketika pada Anan yang nyenyak ketiduran mengiring bersebelahannya.
Sontak, Anan memalingkan tubuh menghadap Syaf yang dilamun jauh. Tangan mulus Anan mencuit lengan baju suaminya dan ditarik perlahan. "Abang belum tidur kan?" suara halus Anan menyoal, mencelah suasana hening.
Bungkam, Syaf menoleh pada Anan. Mata hitamnya memusat pada sepasang mata bundar Anan yang mengerjap indah. Syaf kemam bibir. Lidah menolak dinding pipi. Tika itu, Anan sedar akan perubahan suaminya terus menghadiahkan senyum tipis. Suka apabila perhatian Syaf kini tertumpu sepenuhnya pada dia.
Syaf meneguk liur payau. Degupan jantung sedikit berdebar kala renungan kudus Anan menembusi jiwa sang perjaka. Suasana dama meladeni butarepan, bekali tawang malam turut cemburu juga. Sinar mata galak memancarkan kilauan seakan mengalahkan taburan bintang dan bulan. Walhal hanya samar lampu tidur dan kedinginan putaran kipas mencumbui mereka berdua. Iris saling bersambung antara satu sama lain, menghantar gelora asmara dua merpati melalui itu.
"Anan dulu pernah dapatkan rawatan psikitari, tapi..." Anan memulakan bicara. Retina mata Anan masih mengunci milik Syaf dengan senyuman nanar. Tubir mata Anan menghangat kala Syaf sudah berubah posisi menghadapnya. Tangan kecil Anan berada di sisi kini dicapai Syaf dan disulam erat. Syaf memfokuskan netra bundar Anan seakan menanti lanjutan diksi wanitanya.
Anan katup mata seketika, dibuka semula dengan kerdipan sayu. Hati dipagut ngilu mengenangkan memori lama. Mengapa dia bercerita jikalau kesakitan juga dirasa? Adakah dia melakukan keputusan yang tepat meluahkan pada manusia? Namun tika ini lidah seakan ringan untuk berbual bersama suaminya. "Anan selalu senyap-senyap pergi appoinment doktor sampai satu malam tu..."
Jeda.
Dinding pipi digigit. Jasad Anan didakap getaran halus tika ini. Cecair bergenang di pelupuk mata memusat pandangan pada insan bergelar suami. Cuba mencari keikhlasan Syaf sama ada benar-benar sudi mendengar atau terpaksa. Persis memahami, Syaf senyum tipis dan mata tunak itu menjamah penglihatan Anan.
"Ubat Anan hilang walaupun dah sorok daripada ibu. Abang tahu apa jadi tak?" beritahu Anan. Dia telah membuka topik perit tetapi naluri kuat mengatakan Syaf harus tahu. Tentang dirinya serba kekurangan, seksa menanggung kesakitan. Dampak yang menjadikan dia takut untuk kehilangan lagi.
Syaf angkat kening. Air muka penuh tanda tanya. Anan senyum nipis dan merapatkan jurang mereka. Anan tekapkan telinga dada Syaf, menginginkan melodi degupan jantung suami menjadi pengubat atma yang lara. Ibarat menghidupkan jiwa yang mati, satu rasa bahari menerobos perdu hati.
Dan senandung hikayat duka menghiasi belahan bibr gadis awan. Sang jejaka pula setia menjadi pendengar buat kesayangan. Atmosfera kedinginan menemani, menggigit sehingga ke tulang sulbi. Kehangatan merayap segenap inci dalam dakapan tercinta ini.
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...