KEMBANG tuli seharusnya mekar di saujana ujana. Mengapa layu menghiasi hingga suram menyerkup suasana? Ada sesuatu merasuki benak minda meminta agar hentikan punca, manisnya haruman dan warna-warni sepatutnya.
Jatuh.
Bunyian denting kerongsang sayup-sayup menjamah halwa telinga. Anan termangu-mangu, menancap hasil ukiran dia di pergelangan tangan. Larut, anak mata bundarnya kelam. Memerhati lukisan merah likat yang menjadi pusat perhatian.
Berderai.
Setitis, butir kristal menguncup pipi. Berkilauan jerih memenuhi birai mata, Anan akhirnya tewas melorot lemah ke lantai kamar.
"Anan... Anan..."
Ralit diulit bisikan-bisikan sengau di peluput telinga. Tidak selesa. Sesak dada. Anan bawa kaki rapat ke strenum, meligih hebat bilamana serasa daun pintu dikuak seseorang dari luar. Belahan bibir menggeletar, berbalam pandangannya melihat gerangan yang meluru laju ke arahnya.
Entah bila, dia rasa sekujur tubuh kecilnya tenggelam dalam dakapan sasa. Balutan hangat berjaya mengheret dia dari dasar jeladeri, selamat ke kawasan paya menghirup semula indahnya ciptaan Ilahi.
Lega batin yang sedia suram, seakan ada kehadiran pelita sudi menerangkannya. Wujud, menghidupkan puing-puing harapan dalam dada. Meluruhkan kemarau melanda jiwa, tandus dalam kegelapan tanpa cahaya.
"Awan sayang, apa Anan buat ni?" bisik Syaf berbaur kerisauan.
"Anan buat apa?" soalnya semula. Mindanya nihil, tiada sepatah perkataan mampu difikir akalnya saat ini.
"Abang minta maaf, sakitkan Anan tapi... kenapa Anan sakitkan diri macam ni?" Syaf jatuhkan muka pada tulang bahunya.
Hangat. Cecair jernih gugur menyelusuri, terasa basah. Anan menggeletar hebat, membiarkan Syaf lepaskan tangisan dalam erat pelukan.
"Anan... Anan minta maaf... Anan tak... Anan bukan..."
Hilang arah. Rasa bersalah mencucuk nyeri tangkai hati, pedih tak terkata. Gementar berteraburan kosa kata, Syaf berusaha menenangkan dia.
Syaf angkat wajah. Menaup cangkerang telinga Anan sekilas. Berbisik gemeresik, pujukan yang pelan-pelan sisip ke sanubari Anan, "Abang ada. Abang ada."
Kontan Syaf jauhkan muka, menyamakan paras raut mereka. Cepat-cepat Anan runduk ketakutan. Tanpa aba-aba lengan kekar itu tidak segan-silu beralih pada pipi Anan, dilangut agar gadis awan kesayangan pasakkan tumpuan kepadanya.
"Jangan salahkan diri sendiri, sayangku awan."
Mengerjap perlahan, mengalir laju air matanya. Ibu jari Syaf beralih menyentuh birai basah Anan, mengesat sisa mutiara menodai mulusnya epidermis isteri.
"Dengar sini, abang tak marah awan pawana."
Utuh dan tunak renungan, seraut muka Anan terbias di sepasang mata berkolam Syaf.
"Betul ni?" Telapak tangan Anan spontan naik membalas pegangan Syaf di wajahnya.
Merah kornea mata memenuhi ruangan putih, berburam menjebol milik sang isteri turut sama bilisnya. Membalas tautan Anan, perlahan Syaf membawa turun tangan isteri ke genggaman. Saling erat bercantum jari-jemari, salurkan balutan hangat dalam perihnya lara. Cincin di jari manis isteri, dimainkan tanpa sedar akal sendiri.
"Abang risaukan Anan, awan pawana abang. Jadi, abang mohon..."
Dileraikan tautan, menggamit berbeza cara dengan selitan tangan kasar ke celahan di antara kekura dan telapak. Elusan demi elusan, membejat segala rawan dan curiga menyelami isi hati. Moga bercempera pergi walang isteri, juga sebagai harapan saat dia masih temani.
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...