Bab 36

321 27 0
                                    

DUA jam. Cukup lama baginya sehingga Harriz rasakan dunia yang begitu luas terasa sempit. Oksigen tersekat di celah rengkung. Bagai terhimpit tanpa jalan keluar.

Harriz tersandar lesu pada bangku. Nafas tercungap-cungap dengan badan keletihan. Dia mendesah berat bilamana hati ditabrak tentang kondisi Fiena.

“Aku gagal...” gumam Harriz. Dia katup mata, membenarkan air matanya meluruh pada cerun pipi.

Tewas diuji sekaligus, tapi ternyata dia masih lemah. Masih mempersoalkan mengapa angan-angan yang dianyam begitu sukar untuk digapai?

Dia penat. Mahu rehat hanya sedikit waktu, lari dari segala keperitan dunia. Saat kantuk cuba kuasai sepenuhnya, mata coklat Harriz terbeliak besar.

Memerah sebelum spontan berdiri. Kaki diangkat dengan tapak yang besar dan luas menuju ke kereta miliknya.

Faiz. Dia lupa fasal Faiz.

Terlalu gusar sehingga tidak sedar terlanggar seorang jururawat yang dari arah bertentangan. Malangnya, kedua-dua daripada mereka tersungkur jatuh.

Tidak membuang masa, Harriz bangkit balik. Memecut langkah yang kian gontai dimamah jerih. Hatinya menjerit kuat agar Faiz bisa baik-baik sahaja.

Sejurus sampai, tangan menyeluk poket mengeluarkan kunci. Tangan mengeligih hebat, jari cuba menekan punat penuh debaran. Keringat menyirami basahi keseluruhan tubuh.

Pintu dibuka. Detik itu, terasa layaran dunianya terhenti. Dia bagai mati dihenyak oleh pandangan yang dibentangkan di hadapan matanya. Harriz melorot jatuh, lekas-lekas diampu diri pada pemegang kereta.

“Allah,” sepatah perkataan meluncur dari celahan bibirnya. Air mata semakin deras dan galak mengalir.

Bergemelugut Harriz cuba memangku jasad Faiz yang sudah pucat membiru.

Harriz duduk bersimpuh pada jalan. Kepala Faiz diletak pada ribanya. Dia tepuk pipi Faiz berkali-kali. Berharap agar sang kecil ini pulih seperti sediakala. Dia masih belum bersedia.

“Anak baba...”

Tiada respon. Harriz sudah sedu-sedan. Bilis kelopak mata dek empangan penuh bergayutan di tubir.

“Fa...” Kalah. Esakan Harriz pecah dalam kepekatan malam. Bahunya rebeh. Jiwanya hancur. Matanya pedih.

Hilang. Ya Tuhan, dia sudah hilang punca. Bagaimana dia mahu menghadap dua perkara dalam satu masa ini?

“Ba... bangun lah... a... nak ba...”

Serak. Harriz cuba goncang perlahan lengan Faiz. Pasti ini satu gurauan, bukan? Tak akanlah dia pergi, tapi mengapa dingin sungguh wajah syurga ini?

Harriz geleng. Dia bawa susuk tubuh Faiz ke dalam dakapan. Memberi kehangatan. Pasti  Faiz kesejukan menunggu dia. “Maafkan baba. Maafkan...”

Kesal. Semua adalah salah dirinya. Jikalaulah dia tidak berdegil, pasti mereka akan bahagia. Fiena tak perlu lalui sengsara berpasangan dengannya. Faiz tidak akan terkorban kerana kecuaiannya.

“Allah, aku gagal.” Harriz teresak-esak. Dia gigit dinding pipi menahan suara garau tangisannya terus berleluasa. Dipaksa tubuh sehabis daya untuk bangkit, Faiz pasti kepenatan. Dia perlukan rehat secukupnya.

Sleep well, Faiz Uzair.”

Memohon tangkai hati berpaksi agar terima dengan reda dengan segala yang menimpa. Dia manusia biasa yang banyak cacat cela. Andai benar ini yang harus dihadapi bagi membayar sebuah harga bianglala yang diingini, dia sanggup.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now