Bab 66

283 19 0
                                    

SYAF koyak senyum, lengan kemeja dilipat hingga ke paras siku. Batang tubuh rebah di kerusi, layar mata menghadap siling kosong dengan fikiran menerawang jauh tentang pertemuan semalaman.

Lelah. Hembusan nafasnya kasar, lenguh urat sendi mencucuk segenap inci. Tangan dibawa ke pelipis, dipicit kurangkan kesakitan mengcengkam pemikiran.

Kontan Syaf berdiri, kaki diangkat menjuju ke pantri. Sesekali, tali leher menjerut kolar dilonggarkan sedikit. Juntaian rambut dirapikan, menguak kemas sepanjang perjalanan. Segera dicapai cawan kaca bergantungan, uncang Nescafe dirembat sama.

Serbuk kopi diletakkan, disua bibir gelas ke mesin air yang turut disediakan. Beberapa saat menanti penuh, bancuhan kopi tadi diambil. Tidak menanti lama, cangkir berwap pelan-pelan dibawa ke bibir. Melekap hangat ke bibir cangkir, menyerepot nikmat aroma kopi hasil air tangan sendiri.

Pahit, umpama liku kehidupan penuh onak duri semestinya. Dia pasti, disebalik perit ranjau nanti akan diakhiri manis nikmatnya ujian diberi. Syaf paling tubuh, puas hati menapak ke meja pejabatnya semula.

Dilabuhkan duduk, Syaf baring santai menghirup kopi senang hati. Ummar yang sedari melihat, geleng kepala sikap tenang rakan setiap kali timbunan tugas sudah dilangsaikan.

Ummar mara hampiri, diambil tempat meja Syaf yang sudah bersih segala barangan. Kedua-dua tangan tegak di sisi, menggengam birai meja lantas kaki digoyang mesra.

"Syaf, aku ada something nak tanya kau ni."

Syaf berdehem, membenarkan. Ekor mata menjeling sekilas, tampak rakan syurganya sudah selamat mendarat jadikan mejanya sebagai tempat mulakan sesi perbualan. Nasiblah Syaf, syarikat bapa kawan kau juga.

"Kau pasti dengan apa yang kau buat? Kenapa kau munculkan diri sekarang, kau jamin dia akan ingat dan terima kau ke lepas ni?" Ummar menyoal persoalan bermain di fikiran, menghentikan kelazatan kopi membuai tekak Syaf sebentar tadi.

Tersentak. Kali ni, tak tipu. Betul-betul pahitnya tersekat di celah kerongkong, berair mata bilamana pertanyaan Ummar merajah terus ke ulu hati.

"Anan Nurfiza, kawan sekelas arwah Syifa' dulu." Air yang berbaki dalam cangkir, dihirup habis. Syaf betulkan posisi tubuh, cawan tadi diletak atas permukaan meja. Diraup muka sekilas, pandangan ditala pada Ummar sabar menanti bicara dia yang seterusnya.

"Aku pasti, Najwa pun kenal juga. Well, mangsa buli paling famous tu dia kan? Masalah yang dianggap remeh, sedangkan pihak menerima kelakuan tidak bermoral tu, akan menimbulkan trauma dalam dirinya." Syaf kulum senyum, nanar. Anak matanya suram, dada dipalu kencang. Entah apa, dia tak pasti rasa menghurungi seisi jiwa.

Ummar kerut dahi, bercelaru. Apa jadah pula subjek sivik masuk sebagai topik perbincangan, berilmiah betul rasanya percakapan.

"Point kau apa, Syaf? Kau serba-salah perlakuan arwah adik kau, pernah buli dia? Ataupun aku boleh kata, mesti ada sebab utama kenapa dia ditarget sebagai sasaran untuk dibuli. Aku tak rasa, semua benda tu tiba-tiba melainkan..."

Ummar jeda. Bebola mata meliar kiri kanan, memastikan tiada sesiapa masuk ke ruang pejabat tatkala ini. Masih berbaki masa rehat, tidak mahu bocor rahsia itu terbocor di khayalak umum sebolehnya.

"Aku tak nafi, Najwa boleh buat sesuatu di luar jangkauan kami. Aku nampak dia tu kasar, suka sembunyikan diri. Kalau keluar, selalu juga lah dia kata dengan kawan entah mana. balik lewat malam. Bukan aku tak tegur, aku risau tapi kuat menjawab. Lagi-lagi aku percaya dan syak, Najwa memang ada sorokkan something daripada kami."

"Kau tahu kan, Mar? Kau boleh siasat semudah ni..." Syaf petik jari, berbunyi.

"...untuk semua maklumat yang kau perlukan," sambung Syaf. Alis nipis diangkat tinggi, gaya mencabar.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now