Bab 79

411 20 2
                                    

PILU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PILU.

Sehari sahaja pihak hospital telah memberi kelepasan kepadanya. Anan carik senyum nanar, derapan kaki pelan-pelan selusuri ke blok bangunan kesihatan bahagian lain. Punat lif ditekan, eratkan lengan halus membelit Hasya selamat dalam pegangan.

Cebisan harapan inginkan Hasya dikendong papa sendiri. Anan mahukan itu sedangkan dia tahu amat mustahil tatkala ketahui kondisi Syaf semakin kritikal hari dan hari. Sungguh, tatkala ketahui Syaf sedar pun cukup membuatkan Anan sujud syukur gembira. Mengharapkan keajaiban meskipun senyiru cuma.

"Kita jumpa papa," bisik Anan lembut di halwa telinga sang kecil. Beg dibawa turut gigih diangkat bersama, dia sememangnya sudah tekad dan rancang sedari awal.

Degil. Anan memang dalam keadaan lesu tak bermaya, paksa pasakkan langkah ke wad tempatkan Syaf. Hasya dipaut kemas dalam rangkulan, Anan mahu lawat Syaf buat kali terakhir sebelum beransur pergi.

Abaikan, Anan tak kisah. Anan mahu Syaf lihat anak mereka. Anan inginkan Syaf pegang anak mereka. Anan hendak kejadian itu berlaku lagi di mana tika dia sekadar tatap disebalik tirai langsir semata-mata. Syaf mengazankan anak mereka, itulah momen paling berharga lagi kirana pernah menghuni mindanya.

"Awak." Daun pintu ditolak pelan belan-belan menapak masuk hampiri keberadaan Syaf. Aroma ubat-ubatan kuat menyengat rongga nasal, Anan liarkan mata pada jasad perjaka terlantar lemah.

Tidak menunggu lama, Anan juju semakin mampir. Labuhkan duduk di kerusi yang ada, sengaja dibawa benar-benar dekat bersebelahan Syaf. Syaf pulas lena, naik turun dada beralun tenang dengan bantuan oksigen.

Bolehkah jikalau sekali, dia ingin tatap bersih roman muka Syaf paling dirindui selama ini? Namun Anan sedar dia tiada hak langsung, apatah lagi jurang memisahkan mereka terlalu besar.

"Syaf Inas..." Meleret bisikan Anan, menggeluyur penglihatan pada keadaan Syaf meruntuh hati. Cuba menyedarkan Syaf bahawasanya dia di sini, lihat bintang kecil mereka begitu comel dan putih kejadiannya.

Syaf mendengar seruan Anan. Payah membuka sepasang aksa berat semacam, pelan-pelan dan kabur pandangan lirik Anan yang turut menatapnya redup. Tatkala mata bundar itu kerdip lembut dengan lensa berkaca-kaca, bibir pucat Syaf calit segaris senyuman suka.

"Awak dah sedar..." Nada Anan bergetar seiring linangan jernih mengguyur jatuh. Berdebar memalu bahagian pekung dada, betapa belenggu rasa aneh ini kekal mendominasi. Entah apa, Anan tak pasti dan tak ingin juga ketahui.

Syaf gerakkan bibir, mahu bicarakan sesuatu. Tiada suara, tersekat di celah tenggorok semata-mata. Selitan rindu menggebu kian kendur, bangga selinap khas terhadap pengorbanan gadis awannya berjuang lagi demi anak mereka.

Kau datang awan.

Syaf pohon melalui isyarat mata, mahu lihat zuriat mereka dalam pegangan Anan. Terharu dan terkilan bergumpal satu, gembira Anan sudi lawatnya dan berjaya lahirkan anak perempuan comel itu. Namun, Syaf tidak dapat nafikan hiba merayap segenap sukma kerana tak mampu susun kata pada Anan waima sedikit cuma. Pedih, tepi mata Syaf mengalirkan lesu butiran permata tanda kecewa dengan dirinya sendiri.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now