TERPISAT-PISAT Anan gosok kelopak mata, memperbetulkan posisi duduk di birai katil. Masih mamai, bingkas bangkit dalam keadaan tubuh terhuyung-hayang melihat remang cahaya di bahagian dapur. Anan lirik jam, masih dinihari tiga setengah pagi. Awal benar Syaf bangun, kena sampuk apa sahur pagi-pagi buta begini?
Beberapa minit, Anan pilih bersihkan diri terlebih dahulu. Menunaikan solat sunat sebelum langkah keluar dari kamar. Berkelip-kelip mata cerna situasi, cari kelibat Syaf yang tampaknya berada di dapur.
Menapak senyap-senyap, Anan sorok disebalik dinding. Dia koyak senyum sumbing, memerhatikan figura suami tercinta yang sedari tadi leka letakkan sesuatu dalam kuali. Bersemangat sungguh Syaf ya? Mentang-mentang kali pertama berpuasa bersama, bekali juga cuba mencipta memori terakhir bersama dia.
Tiga bulan. Itu tempoh yang telah ditetapkan, muktamad sepertimana kisah mereka bermula dalam detik tersebut.
Serangan sayu menyelusup sanubari, lekas-lekas ditepis pergi. Anan geleng berkali-kali, tak mahu larut dalam kenangan tatkala ada kesempatan mengusik suaminya.
Pelan-pelan Anan buka langkah mara kepada sang suami, tak mahu sedarkan kehadiran dia seperti tikus bersembunyi. Ralit Syaf dalam dimensi sendiri, Anan sudah pun berada di belakangnya.
Sembari kernyih kecil terlukis di bibir mongel dia, lengan halus Anan bertindak melilit tubuh Syaf. Keras kejung bungkam Syaf terima, umpama ada renjatan listrik menerobos masuk setiap salur darahnya tiba-tiba.
Kursemangat. Bertuah punya isteri.
"Bahayalah awan, aku tengah masak ni." Syaf tegur lembut, carik senyum tipis. Bilamana Syaf cuba renggangkan lingkaran isteri, Anan pula makin eratkan pelukan sebelum disembamkan rapat wajahnya ke belakang arjuna.
"Anan rindu abang," ujarnya lirih seraya hirup aroma maskulin Syaf semahunya. Serasa segan tatkala Syaf letuskan tawa hibur, habis berona merah pipi Anan cuba sorok dari pandangan suami yang cuba menoleh pada dia dari tadi
"Ya sayangku awan, rindulah nanti-nanti. Aku nak siapkan donut gebu kau ni, penat tau aku uli semalam." Syaf matikan sisa tawa, masih rabak dengan senyuman. Dia tumpukan semula perhatian pada masakan, risau andai hangus pula kejadian tak berupa.
Anan sudah angkat kepala, miring sedikit mahu lihat juga. Biar betik Syaf ingin sahur dengan donut, buang tabiat ke apa suaminya?
"Bila masa abang buat? Kenapa Anan tak tahu?" soal Anan keliru. Terliur apabila makanan kegemaran dia ada di hadapan mata, cangkir bibir larik senyum suka.
Syaf sekadar sengih, tidak menjawab malahan sengaja tukar topik yang ada. Memang mahu kenakan gadis awannya semula niat dia, "Ambilkan pinggan untuk aku awan, nanti kita makan sama-sama."
Rekleks riak Anan berubah cemberut. Menceber geram, leraikan pelukan lantas maju capai piring seperti yang dipinta. "Orang tanya lain, dia jawab lain."
Anan ngomel perlahan, nyatakan ketidakpuasan hati. Syaf dengarkan saja celoteh Anan, lama dan sudi dia tadahkan telinga. Jujur, hati Syaf tercuit sehingga ke meja makan pun bibir Anan masih terkumat-kamit.
"Tak baik tau ngumpat suami sayangku awan, bagitahu sini depan-depan awan aku nak apa?" Syaf letakkan cermat piring di atas meja, pusing tubuh hadap Anan kaku berdiri dengan mulut tak henti-henti omel itu ini.
Mulalah sudah al-kisah segala ungkitan yang ada, siap senaraikan setiap silap dia.
Syaf dekati Anan. Bahu Anan dia paut lembut, cukup memasung gadis awannya agar tidak larikan diri. Serta-merta Anan anggul muka, pandang sekilas sebelum dia jatuhkan wajah semula.
"Look me in the eyes, my cloud." Syaf seru lunak, gemeresik pinta Anan tatap raut dia. Tak mahu berbincang selagi Anan tetap sebegitu.
Satu detik.
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...