Bab 70

360 11 0
                                    

BAHUNYA seakan disentuh, menggangu larut dini menemani. Nihil fikiran penuhi kotak pemikiran, umpama renjatan listrik menjalar urat sarafnya. Perlahan-lahan dan susah-payah Anan cuba celik mata, berat semacam tidak berdaya.

Silau. Anan mengerdip kelopak beberapa kali, mencerna cahaya menjebol masuk ke retina mata. Bilamana berjaya, siling asmaradatna penuhi layar pandangan. Diliarkan bebola ke sekeliling kawasan, kamar luas dengan pasangan katil yang pelbagai.

"Lama sangat kau rehat, Anan."

Kontan Anan segera menoleh empunya suara.

Siapa pula dia ni?

Tatapan dijamah figura wanita meriba anak lelaki, elok duduk di sebuah kerusi bersebelahan katilnya. Terpinga-pinga Anan memerhati, dia cuba menggali sebarang maklumat ada di minda berkenaan gerangan yang menemaninya.

"Boleh bangun tak Anan?" soalnya lembut.

Lembut bulu lentik menyentuh birai, mengiakan. Anan alih wajah ke hadapan semula, kempas-kempis dada renggut udara. Pelan-pelan lengan sisi diampu ke kasur, merenyuh paksa bangkit lantas posisi tubuh direbahkan ke kepala katil. Berbalam-balam serasa menghentam jemala, kudrat tenaga yang sisa sahaja.

Dan-dan wanita itu senyum lucu. Ketawa. Cukup membuatkan kerunyut dahi Anan bertambah dua kali ganda, mengapa seakan dia pernah mengenali sahaja insan tersebut?

"Penat sangat kau ni Anan. Ada something ke dalam tu?" Dia koyak senyum lebar, anak matanya jatuh tepat ke abdomen Anan. Alis nipis sengaja dijungkit tinggi, menggeleweh pinggir bibirnya.

"Dalam apa?" Anan tanya, bingung. Rautnya polos tertanya-tanya, ibarat kanak-kanak suci menagih jawapan. Tak faham apa sebenarnya cuba disampaikan, mengapa pupil mata itu harus turun menghadap susuk tubuhnya pula?

"Kau masih sama, Anan Nurfiza."

Redup tatapan, memusat Anan yang masih kabur benaknya.

"Tadi suami kau beritahu nak singgah solat Jummat dulu, kejutkan kau untuk solat dan pergi makan. Tahu-tahu masa dia balik, kau sambung tidur balik kat tikar sejadah dengan telekungnya. Sekarang dah nak masuk makan petang ni, kau pula belum makan tau."

Panjang berjela wanita itu menerangkan, satu per satu menerangkan sembari sang cilik diangkat sedikit. Membetulkan kedudukan agar selesa di pangkuannya. Anan kelip mata, melihat betapa baik kanak-kanak lelaki itu. Hanya diam memerhati tingkah perbualan mereka, memegang lengan wanita itu lantas melukis dengan jari-jemari montelnya.

"Awak siapa?" Meluncur keluar juga persoalan, menerbitkan tawa di bibir mongel sang wanita. Terkebil-kebil Anan dibuatnya, aneh.

Sisa tawa dimatikan. Memandang Anan bersama senyuman. Telapak tangan dibawa usap tempurung sang cilik, penuh kasih. Dia jatuhkan kepala, melabuhkan kucupan hangat ke ubun-ubun itu.

"Aku Putri. Kau tak ingat ya? Teruk juga aku glow up sampai kau tak dapat teka."

Anan tergemap. Berkerdip-kerdip kelopak mata, cuba menilai figura Putri. Jauh benar bezanya dengan yang dia kenali dulu.

"Putri?"

"Ya Anan, ni lah Putri yang pernah buli kau dulu. Yang maki kau, yang heret dan anggap kau sampah masyarakat. Takkan kau lupa, Anan. Trio paling rapat kau, masih kenal Najwa dan Syifa'? Salah sorang trio depan kau ni nama Putri, kau ingat?"

Anan gigit bawah bibir. Berat menyerang jemala, sepintas lalu memori melayari fikiran. Semuanya tragedi buruk merasuki, dibuli teruk seakan tiada peluang dan hak untuk diadili. Kenangan indah zaman persekolahan? Sejujurnya itu sekadar fana, hanya wujud lara semata-mata.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now