FIENA tidak senang duduk. Harriz menjeling sekilas pada isterinya. Sekali dilihat ibarat cacing kepanasan membuatkan kening Harriz berkerut dan saling bercantum. Sejak pertemuan dengan pakar psikitari, Fiena lebih banyak mendiamkan diri sehingga kini. Mulut itu seperti dikunci rapat dengan mangga.
"Harriz..." panggil Fiena halus. Harriz tersentak lantas melepaskan batuk kecil.
Harriz berdehem sebagai balasan. Telinganya bersedia untuk mendengar bait diksi Fiena. Sepasang mata coklat miliknya masih difokuskan pada jalan raya. Fiena di sebelah mengemam bibir seraya menggaru pipi yang tidak gatal. Masih berura-ura untuk meneruskan kata ataupun tidak. Nafas ditarik dalam lalu dihembuskan perlahan. Membiarkan kegusaran itu bercempera pergi.
"I tak nak makan pizza," kata Fiena tiba-tiba dengan intonasi rendah. Serupa bercakap di bawah kelambu namun jelas didengari oleh Harriz. Alis kanan Harriz terangkat tinggi.
"I nak makan spicy chicken tu kat KFC boleh tak?" pinta Fiena. Kepala merunduk kini diangkat memandang Harriz yang menumpukan perhatian sepenuhnya memandu.
Harriz memperlahankan kenderaan tatkala lampu isyarat jalan kian menunjukkan tanda-tanda berubah merah. Keadaan sepi seketika. Harriz diam tidak berkutik. Fiena kerdipkan mata penuh dengan sinar harapan. Lengan Harriz digoyangkan perlahan. Dia menayangkan riak polos dengan harapan Harriz mengiakan permintaannya. Harriz menoleh dan bingkai pandangan kini dipenuhi wajah isterinya.
"Tapi I teringin juga nak sundae oreo Mc Donald tu," ujar Fiena lagi bersama wajah mencebik. Dia takut Harriz memarahinya. Mata lelaki itu hanya merenung tanpa sebarang bicara membuatkan Fiena kecut perut. Bercelaru fikirannya untuk membuat pilihan, semua terlalu enak dan lazat.
Sebaik lampu isyarat bertukar hijau semula, Harriz mengucup sekilas dahi bersih Fiena sebelum konsentrasi dialihkan kembali ke hadapan. Kaki panjangnya menekan pedal bagi meneruskan pemanduan seperti biasa. Fiena kejung menerima balasan Harriz tanpa sedar menyimpan senyum. Dia suka.
Kereta yang membelah jalan kian dibelok ke simpang kanan. Fiena kerut dahi apabila perjalanan mereka berubah arah tetapi dia memilih untuk kekal berdiam diri. Beberapa minit kemudian, brek ditarik menghentikan kereta di hadapan farmasi.
"Sayang." Harriz memanggil dan tali keledar mula ditanggalkan. Dia berpaling dan memandang Fiena redup. Fiena tidak membalas namun riak bingung yang ditayangkan membuatkan Harriz melorek senyum segaris.
"I nak beli something dulu, lepas ni kita singgah makan okay?" beritahu Harriz. Dengan itu, anggukan dan senyum mekar meniti di bibir Fiena.
FIENA membawa kaki keluar dari bilik mandi. Di tangannya, sebuah pregnancy test dengan dua garis merah yang masih samar digenggam erat. Mata menatap dalam alat tersebut dengan takungan air memenuhi juring mata.
Fiena menekapkan sebelah lagi telapak tangan pada perut yang masih kempis. Diusap penuh kasih dengan senyum tawar. Perlukah Hariz mengetahui tentang berita ini? Sememangnya Harriz yang membelikan alat tersebut namun Fiena tidak berani. Namun seandainya dia memilih untuk berdalih dan menafi, tidak kecewakah Harriz kepadanya?
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...