Bab 51

319 21 0
                                    

DERAS kaki diangkat keluar dari perumahan sendiri. Sekali lalu, Syaf tidak ubah seperti penjahat memakai serba hitam. Dia melalui pintu belakang, parah andai tersilap langkah. Sebaik jejak sahaja pada jalan tar, automatik fitur dihentam rakus oleh butiran hujan. Lencun, dia peluk tubuh kendatipun deruan angin malam lagi garang menambahkan kedinginan.

Tidak membuang masa, mata Syaf tertancap pada suatu arah. Segera, dia berjangkah sebelum berubah menjadi larian Syaf kencang menjuju ke taman halaman. Ada sebuah kereta berdekatan, sememangnya menantikan ketibaan dirinya. Rancangan hebat berjumpa kesayangan, terpaksa hindarkan daripada ketahuan. Malangnya, dia gagal membendung saat Anan benar-benar di hadapan matanya.

Candu kala wangian lili menusuk terus ke dalam peparu. Khayal saat mata bundar dilinangi bening cecair galak menuturkan bahasa cinta. Bungkam tika bicara lantang dan tangisan pilu menjamah pendengaran. Syukur keadaan Anan dilindungi dengan tubuh berisi membawa anak mereka.

Syaf membuka pintu, membolos lekas sebelum menutupnya kuat. Ummar di sebelah menjeling tajam, habis lencun kereta dia ni. Sabar duhai hati, dia berdehem keras dengan riak kosong.

"Kau gila, Syaf. Nak jumpa bini sendiri pun senyap-senyap, siap ajak aku masa baru nak rehat. Benda boleh senang, kau sibuk nak susahkan. Siapa suruh kau tak service kereta berbulan tak pakai, ni aku jadi bodyguard pasangan suami isteri pula dah..." deram Ummar. Wajahnya tegang, sebeku Antartika. Gear ditarik lantas pacuan empat roda bergerak meninggalkan kawasan.

"Diamlah," dengus Syaf, sebal. Tangan lincah menarik tali pinggang kalendar untuk faktor keselamatan. Sempat pupil mata fokus pada pekarangan rumah. Bagai terlihat bayangan figura kesayangan dengan haiwan berbulu lebat, Karin. Aneh, di mana ya Karin? Mungkin dighaibkan dari sudut pandangannya, bekali kerana jujurnya kediaman yang dihuni sang isteri agak suram dan sunyi sekali.

"My cloud..." gumamnya dengan senyum simpul. Syaf lentokkan kepala ke tepi, mengatup mata lantas dijemput kantuk kerinduan.

Mimpi tentang seorang gadis umpama awan nirmala sana. Angin kasih yang menyapa tangkai hatinya. Anan Nurfiza, awan pawana.

Anan buatkan dia gila. Anan seakan jampi mujarab yang menghidupkan jiwa kelamnya. Anan selalu memenuhi ruang pemikiran, dalam jaga juga lena.

 Anan selalu memenuhi ruang pemikiran, dalam jaga juga lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJUNG fabrik bawal kanan ditarik simpang ke kiri. Disematkan kerongsang berbentuk kupu-kupu cermat, bebola mata melirik cermin memastikan kedudukannya kemas. Usai selesai, jari-jemari melipat bahagian tepi tudung sebelum mengusap sepintas lalu meratakan.

Siap!

Sekonyong-konyong, Anan berpusing tubuh. Meliarkan pandangan sekeliling kamar, rongga nasal masih terhidu aroma kesayangan. Seketika, pelupuk mata berburam saat dipusatkan renungan pada sudut bilik. Sangkar Karin yang sengaja ditempatkan di situ, bersama beberapa alatan permainan kucing dan barangan bulu lebat itu. Anan menekur bawah, mengharapkan ada Karin menemani seperti biasa menggesel manja.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now