FIENA bersandar lemah di sofa ruang tamu. Dia lemparkan pandangan ke sudut dapur iaitu bahagian meja makan di mana Faiz yang leka bermain bersama Harriz. Ada kala mereka bertepuk tampar, ada masa bergelak tawa dan juga saling mengajar antara satu sama lain. Hati Fiena dijentik rasa cemburu dan bersalah. Dia tidak mampu menatap seraut anaknya yang sememangnya seratus-peratus sama dengan pemangsa itu.
Sejujurnya, Fiena menyayangi Faiz cuma dia takut hilang kawalan apabila memori itu mula menghantui. Setiap bait bicara Harriz dan anaknya jelas menampan indra pendengaran membuatkan Fiena jiwanya melonjak untuk sertai sama.
"Bukan nak ajak I pun," omel Fiena dengan bibir mencebik.
Batang pensel karbon bewarna-warni saling bertukar di tangan Faiz yang lincah menari-nari pada buku sketchbook miliknya. Sesekali bebola mata kecil itu mengangkat kepala memandang Harriz dan Fiena nun jauh di sana lantas disambung kembali tumpuan contengannya.
Seusai selesai, tangan Faiz menarik hujung baju lengan Harriz yang utuh merenungnya dalam keadaan berteleku. "Ba...ba... nengok ni," panggil Faiz dan menolak sketchbook ke arah Harriz dengan senyum tipis terbentuk di bibirnya.
Harriz mengambil dan perhatian kini difokuskan pada hasil seni sang cilik. Jari telunjuk Harriz menyentuh perlahan garisan halus lukisan seakan menghayati jiwa Faiz dalam menyiapkan potret air tangannya. Gambaran kanak-kanak kecil di tengah berpimpinan tangan bersama dengan dua insan dewasa di kiri dan kanannya dengan senyum melebar di wajah masing-masing. Mata coklat Harriz membundar kala di setiap contengan berupa figura itu diselitkan sebaris aksara.
Baba. Faiz. Mama.
Bibir rabak dengan senyuman. Hati lelaki yang bergelar bapa tersentuh dengan ketulusan yang cuba disampaikan dalam hasil seni tersebut. Tubir mata Harraz kian berkaca-kaca.
"Faiz lukis apa ni?" soal Harriz seakan menduga. Dia ingin menagih jawapan sendiri dari mulut Faiz. Apa sebenarnya yang terkandung di dalam nurani si kecil ini?
Kepala Faiz terangkat dengan wajah yang bersinar menatap Harriz. Bekali sememangnya menanti pertanyaan sang bapa.
"Ba... ba..." Jari telunjuk Faiz yang tembam terarah pada Harriz.
"A... iz..." Faiz jatuhkan tangan dan angguk kepalanya sekilas. Harriz mengernyih melihat kebijaksaan Faiz membuatkan sang cilik menepuk tangan gembira dengan balasan sendiri.
Sesaat, air muka Faiz kini berubah muram. Kepala menunduk dengan jari dimainkan sama sendiri. "Ma... ma..."
Kali ini, nada itu agak perlahan dan teragak-agak. Bibir Faiz mencemik sedih.
Fiena yang kebosanan sudah menghelakan keluhan berat. Tangan naik mengurut pelipis yang kian berdenyut. Bibir mengeleweh geram apabila dia cuba untuk berdiri tetapi tidak mampu. Urat sendi terasa sengal, segenap tubuh ibarat dicengkam. Armchest dipegang kuat untuk menampung kesakitan yang semakin mencucuk diri.
"Auchhh..." Erangan halus meletus. Fiena gigit bibir menahan rasa.
"Sayang, you nak I tolong tak?" Harriz mampir mendekati Fiena. Dia menanya sekadar berbasa-basi. Boleh sahaja dia terus menghulurkan bantuan cuma mengenali sikap Fiena cukup membuatkan Harriz memahami.
Persoalan Harriz disambut jelingan tajam Fiena yang berwajah pucat lesi. Dahi dan kening berkerunyut saling bercantum Fiena menyapa deria penglihatan menjelaskan segalanya.
"Nak tolong, terus tolong. Tak nak tolong tu sudah." Fiena menjawab, datar. Sekali lagi dia mahu menampung badan untuk berdiri, Fiena terduduk semula. Mata wanita itu terpejam dengan nafas yang dihela panjang.
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...