Bab 65

346 17 0
                                    

SYAF celikkan mata, termangu-mangu kala dihiasi laman kesayangan juita. Lena dibuai mimpi, polos dengan helaian rambut lebat menutupi sebahagian muka. Tubuh genit dirangkul kemas dengan sebelah tangan, disisir juntaian mahkota itu ke celahan telinga.

Dia ingin menatap indahnya sang isteri. Penuh tunak dan kasih, terlalu banyak perkara dilalui. Sesekali, dengkuran nipis Anan mencumbui dada. Beralun tenang nafasnya, seakan tiada masalah digalas oleh rapuhnya jiwa dan kerdil jasad wanitanya.

"Sayangku awan..." Dilabuhkan bibir suam ke dahi Anan. Lama dengan gelora perasaan bersatu dalam kucupannya. Pelan-pelan turun ke kelopak mata enak terpejam, larut dalam ilusi sendiri.

"Abang minta maaf," ucap Syaf serak. Ibu jari kasarnya menyeka pipi isteri, linangan jernih yang tumpah lesu saat ketiduran. Sembap menghiasi bawah kelopak, tidak cacatkan betapa jelita Anan di hadapan mata.

Bukan kerana fizikal, mungkin. Tetapi batin tegar untuk mara, merusuh dihempap timbunan tan di bahu kecilnya.

"Abang tahu, Anan mesti terseksa hidup dengan abang selama ni. Anan keliru, perlu bertahan atau lepaskan semuanya. Tapi abang percaya, Anan tak nak menderita lagi."

Sebak kala Anan menggumam kecil, tidak selesa. Syaf menepuk lembut belakang Anan, mendodoikan agar kembali nyaman. Sontak, lengan kecil itu melilit tubuhnya. Selesa, senyum nipis rabak di ulas bibir isteri.

Lega, bibir Syaf turut senyum sama. Elusan diberi, mengurai panjang milik gadis awan yang dicintai. Lili nihil dan suci, Anan mampu redakan badai emosi menimpa sanubari.

"Awan aku dah lama hidup dalam keadaan sendiri. Pawana yang cuba beri tulusnya kasih, tapi tak pernah dihargai. Jadi, kali ni mestilah Anan nak bahagia kan? Abang pernah beritahu kan, Anan layak bahagia tapi..."

Khali. Syaf buang pandangan ke hadapan, kendatipun roh bergentayangan tidak seiring penglihatan. Latar belakang kisah lalu bermain kembali, betapa asyik hubungan tiba-tiba yang dikenali cinta.

"Bukan dengan abang. Sebab abang pernah kata, penawar kasih pawana sebelum pergi kan? Abang pasti, Anan dah faham maksud sebaris ayat tu kan?" soal Syaf tanpa sedar. Mengharapkan Anan membalas, bahawasanya dicakna bait-bait dia sebelum ini.

"Hurm..." gumam Anan, tarik fokus Syaf.

"Penawar tu hadir, bilamana kita letak Allah dulu sebelum manusia. Selalulah letak pengharapan pada Dia, agar kita tak kecewa aturan takdir yang telah diberi kepada kita. Di mana, ia seperti belaian pawana menyentuh sini. Rela, reda dan iklas terima. Percaya ada hikmah di sebalik ujian melanda. Kerana kasih Allah itu, tidak ternoktah buat hamba-Nya."

Tenggelam-timbul suara Anan, namun nyata Syaf dengar setiap diksi yang dibicara. Helaan Anan lemah, tiada kudrat mahu melihat tampan suami yang dirindui setengah mati. Seakan silir dibawa pergi, jelas yang diusung selama ini sekadar memori.

Pada akhirnya, dia pegang pada satu perkara. Bibit-bibit dama, utusan Dia jauh lebih tak terhingga berbanding manusia.

"Abang racun untuk Anan setelah apa yang Anan lalui," bisik Anan. Ketawa.

Mati. Keluhan panjang dihela.

"Tapi abang juga penawar dalam setiap luka yang Anan hadapi, abang datang saat Anan hampir putus asa dalam kehidupan. Abang tahu tak?" Anan dongak, hampir mengena rahang tajam terbentuk elok milik suami.

"Kalau abang tak muncul dalam hidup Anan, Anan dah lama tak ada kat sini. Ibu sepatutnya nak bunuh Anan masa tu, sebab dia percaya Anan gadaikan maruah yang ada untuk lepaskan diri daripada dia." Anan carik senyum, berbahang tubir kenangkan perit tragedi diselusuri tika itu.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now