Prolog

609 9 0
                                    

"Abang!" panggil Hanisah lalu memeluk leher suaminya dari belakang.

"Ye, sayang! Ada apa ni peluk-peluk abang ni?" Busyairi menarik Hanisah ke dalam dakapannya.

"Abang buat apa tu?" tanya Hanisah manja.

"Abang tengah periksa paper exam ni sayang." Busyairi tersenyum memandang ke arah isterinya.

"Banyak lagi ke?"

"Adalah dalam dua kelas lagi. Sayang kalau dah ngantuk pergilah tidur dulu. Jangan tunggu abang." Busyairi mencium pipi isterinya.

Dua tahun sudah berlalu. Hanisah berasa dialah wanita yang paling bertuah memiliki Busyairi sebagai suaminya yang sah. Busyairi sangat menjaga, mencintai dan menyayangi dirinya dan anak-anak. Dia tidak pernah culas nafkah dan tanggungjawab walau sedikit pun. Sebab itulah Hanisah merasakan dialah wanita yang paling bahagia di dunia ini.

"Anak-anak tidur dah?" tanya Busyairi.

"Dah." jawabnya ringkas.

"Ni kenapa manja semacam je dengan abang ni?"

"Aik nak bermanja dengan suami sendiri pun tak boleh ke?" Hanisah membuat muka rajuknya.

Comel pulak bila Busyairi melihat isterinya merajuk. Busyairi memandang wajah isterinya tepat ke dalam anak matanya. Rambut ikal mayang Hanisah diusap perlahan. Dahi dan pipi milik isterinya juga dicium berkali-kali. Busyairi tersenyum manis ke arah wanita yang amat dicintainya itu.

"Apa lagilah yang isteri abang ni nak? Tak berganjak dari abang ni. Memang saja eh nak kacau abang buat kerja?"

Makin kuat Hanisah merangkul lengan suaminya seperti tidak mahu melepaskan saja suaminya. Busyairi tidak mampu bergerak kerana isterinya sudah 'kunci' dirinya. Haih manja betul isteri dia Cikgu Busyairi ni!

"Makin kuat dia peluk kita. Karang keluar yang keempat karang!" Busyairi bergurau dengan isterinya.

"Mulalah tu! Ada je nak kenakan Hanis!" Hanisah tersipu malu lalu memukul lengan suaminya manja.

"Tak sangkakan sayang, dah nak masuk sepuluh tahun kita kahwin. Abang teringat dulu, betapa susahnya abang nak dapatkan Hanis. Macam-macam abang buat untuk pikat hati Hanis. Alhamdulillah sekarang abang gembira Hanis ada disisi abang. Abang harap Hanis ada disisi abang sampai akhir nyawa abang. I love you Hanis!" Romantis sungguh kata-kata Busyairi.

"Alolo kenapa tiba-tiba nak throwback bagai ni sayang?" tanya Hanisah. Sayu hatinya memandang suaminya.

"Saja je. Umur abang dah 44 dan umur sayang dah 27. Hanis tak rasa abang ni terlalu tua ke untuk jadi suami sayang?" Busyairi memandang Hanisah lagi.

"Apa bendalah abang ni. Kenapa tanya macam ni? Sudahlah jangan merapulah bang. Kemas kertas tu pergi masuk tidur. Lagi lewat malam lagi mengarut suami saya ni." Hanisah sengaja mengusik Busyairi. Dia sudah tergelak.

"Abang malas nak kemas semua ni. Sayang tolong kemaskanlah." Busyairi sudah membuat perangai mengadanya.

Baru saja Hanisah mahu mengemas segala kertas-kertas peperiksaan milik suaminya, kaki Hanisah terasa bagaikan tidak menjejak tanah. Terasa bagai diawang-awangan. Memang sah, suaminya sedang menggendong isterinya. Busyairi memang suka buat kejutan yang bukan-bukan. Berkali-kali Hanisah marah namun Busyairi tidak menghiraukannya.

"Selamat malam isteri abang. Abang just nak cakap, apapun yang terjadi, apa saja yang Hanis buat dekat abang, salah Hanis semua abang akan maafkan time tu jugak. Abang terlalu sayangkan Hanisah." Busyairi sudah mengusap pipi isterinya.

"Abang, Hanisah janji, Hanisah akan ada dengan abang sampai bila-bila. Sebab abang nyawa Hanis. Kalau abang pergi, separuh jiwa Hanis turut pergi bersama abang." Hanisah tersenyum memandang suaminya. Tangan Busyairi dicium penuh hormat.

Moga bahagia milik Hanisah dan Busyairi selamanya!

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now