BAB 25

130 6 0
                                    

Perubahan muka Busyairi menimbulkan kegusaran kepada Hanisah. Matanya tidak langsung dialihkan kearah lain. Lama dia memandang wajah suaminya yang bertukar redup itu. Hanisah mula berdebar-debar dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya.

"Abang, kenapa ni?" tanya Hanisah. Busyairi masih lagi menunduk. Hanisah menghela nafas perlahan.

Tulisan yang ditulis di pasir pantai semakin pudar dek kerana dibawa air laut yang membiru. Busyairi memandang tulisan itu yang kian hilang dari pandangan. Hanisah masih lagi tidak faham dengan kelakuan suaminya. Mood suaminya memang boleh berubah sekelip mata saja. Busyairi mengangkat mukanya memandang Hanisah dengan pandangan yang sayu.

"Hilang dah tulisan tu. Tulisan yang menggambarkan perasaan abang ketika ini." Busyairi memulakan hujahnya.

Hanisah mula berasa pelik dengan kata-kata suaminya.

"Maksud abang? Perasaan abang pada Hanis dah mula hilang macam tulisan tu ke?" dada Hanisah sudah berombak. Berdebar-debar!

Busyairi terus memandang isterinya. Kepalanya digeleng untuk menafikan kata-kata Hanisah. Hanisah silap faham ni. Busyairi menantikan semangat untuk menjelaskan rahsia dibalik kata-katanya. Busyairi meletakkan jari telunjuknya di bibir Hanisah supaya diam. Kata-katanya belum habis lagi Hanisah sudah menyampuk.

"Sayang, tolong diam! Hujah abang tak habis pun lagi." Busyairi sudah mengusik.

Sempat dia ketawa melihat perubahan muka Hanisah. Mata Hanisah tajam memandang ke arahnya. Orang tengah serius dia sempat lagi nak main-main! Hanisah terus mencubit lengan suaminya. Busyairi menjerit kesakitan. Ah, penyepit ketam Hanisah sudah mendarat!

"Abang ingat Hanis bergurau?" Hanisah sudah marah. Busyairi terus menenangkan isterinya.

"Abang tak habis cakap lagi sayang dah menyampuk. Lepas tu mulalah fikir benda bukan-bukan pada abang!" balas Busyairi tidak mahu mengalah.

"Habis tu apa?" balas Hanisah lagi.

Busyairi kembali serius. Hanisah memandang muka suaminya dan menantikan apakah hujah seterusnya yang bakal dilafazkan oleh Busyairi. Busyairi memang suka bermadah pujangga pun. Sebab itulah dia terpikat pada suaminya sepuluh tahun lepas. Kata-katanya yang manis mampu mencairkan beribu-ribu hati wanita ditambah pula dengan kekacakan rupanya.

"Tengok tu, sebab sayang banyak cakap, tulisan tu terus hilang. Tadi ada juga saki baki tulisan tu." kata Busyairi.

Hanisah tidak menjawab. Menantikan kata-kata seterusnya dari Busyairi.

"Abang takut kalau cinta kita diuji sampai perasaan cinta tu hilang di antara kita. Sabar, abang tak habis cakap lagi." kata Busyairi lagi.

"Cinta tu adalah perasaan kurniaan Allah yang tidak ternilai kepada hamba-Nya. Dia yang meresapkan perasaan itu ke dalam hati hamba-Nya. Dia pemilik hati kita. Bila hati ini milik dia, dia boleh membolak-balikkan hati kita. Perasaan cinta yang dirasakan sebelum ini boleh berubah sekelip mata saja. Mungkin hari ini rasa cinta tu menebal dalam diri, tak mustahil juga perasaan itu mampu hilang esok hari." kata-katanya terhenti di situ.

"Besar harapan abang agar Allah jaga hati kita. Abang selalu berdoa agar cinta yang ada di dalam hati abang dan sayang tidak akan berubah biarpun badai yang maha dahsyat berlaku di dalam hidup kita. Abang harap kalau perkara itu terjadi, kita boleh hadapinya dengan tenang sayang. Sebab abang percaya cinta kita tetap akan utuh biarpun nyawa sudah terpisah dari jasad suatu hari nanti. Sayang faham kan?" tanya Busyairi menyudahkan hujah cintanya.

"Dalam cinta perlu ada kepercayaan. Kalau kepercayaan tu dah tiada, umpama kapal tanpa nakhodanya. Jadi Hanis harap kita akan saling percaya mempercayai. Insya-Allah cinta itu akan utuh sampai bila-bila. Bahkan rasa cinta itu akan dibawa sampai syurga." balas Hanisah dengan hujahnya. Busyairi mengangguk tanda setuju dengan kata-kata isterinya.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now