"Sayang marahkan abang lagi?" tanya Busyairi selepas melihat isterinya masih diam membisu.
"Sayang, jawablah! Jangan bagi abang rasa serba salah...." ujar Busyairi lagi selepas tiada respon daripada Hanisah.
Hanisah sengaja mendiamkan dirinya. Dia nak tengok sejauhmana Busyairi bersungguh-sungguh memujuk dirinya. Masa makan malam tadi pun Hanisah masih diam. Dapat dia lihat betapa gelabahnya dan kebuntuan Busyairi untuk terus memujuk. Padahal dalam hati dia dah ketawa terbahak-bahak dah. Haih la suami, dulu macam mat romeo! Sanggup beli bunga seminggu sebab nak pikat hati! Kenapa kali ini tak bagi bunga lagi setiap hari?
"Dah habis idealah tu nak pujuk isteri dia camana kan?" sindir Hanisah.
"Okay, okay. Sekarang sayang bagitahu camana lagi cara abang nak pujuk sayang. Sayang janganlah merajuk lama-lama. Tersiksa jiwa raga abang sayang." Busyairi menggenggam erat tangan isterinya.
"Lah abang ni! Hanis gurau je lah! Yang gelabah tak tentu pasal tu kenapa?" Hanisah sudah menghamburkan tawanya. Busyairi sudah mengetap bibir.
"Sayang! Suka buat abang gelabah camni! Tak baik tau!"
"Hanis saja nak tengok cara abang pujuk ni. Dah 10 tahun kita kahwin, abang mesti pujuk dengan cara camni. Abang asyik masak je. Lepas tu dapur dah macam tongkang pecah." Busyairi sudah tersipu malu dengan sindiran Hanisah.
"Jantung abang ni macam nak pecah tau dak! Sayang ni suka kenakan abang!" Busyairi sudah membuat perangai mengadanya.
Busyairi terus merebahkan badan isterinya di atas katil. Mata mereka mula bertentang. Rambut Hanisah yang ikal mayang itu dibelai perlahan. Sesekali tangannya mendarat ke pipi gebu milik isterinya. Busyairi terpesona dengan kecantikan Hanisah. Hanisah sememangnya tidak berubah dari dulu cantiknya. Semakin hari perasaan kasih dan cinta buat isterinya kian bertambah dan tidak pernah kurang walau sedikit pun. Ya, wanita yang berada di hadapannya inilah yang menjadi igauan dirinya sepuluh tahun lepas.
"Abang rindu saat ini sayang. Sejak kita tak bertegur sapa ni, hati abang jadi rawan tau. Abang rindu nak belai sayang, abang rindu nak tatap wajah sayang dan abang rindu segala-galanya."
"Abang takut kalau Allah takdirkan jodoh kita tidak panjang. Abang takut hilang sayang." kata Busyairi lagi. Pinggang isterinya dirangkul kemas.
"Semua tu takkan terjadi bang. Janji kita pun dah terpatri untuk sehidup semati kan. Cuma Hanis takut salah seorang daripada kita mungkir janji tersebut." balas Hanisah pula. Mukanya disembamkan didada suaminya.
"Insya-Allah tidak sayang. Abang selalu berdoa supaya cinta kita semakin hari semakin mekar. Kalau ia layu pun disebabkan salah seorang daripada kita akan pergi." Busyairi memeluk isterinya. Kemas Hanisah berada di dalam dakapannya.
"Pergi mana?" tanya Hanisah pelik.
"Pergi tinggalkan dunia ni." ringkas Busyairi menjawab.
"Sayang, jom..." Busyairi menarik tangan Hanisah.
Busyairi menyuruh isterinya duduk dan memejamkan matanya. Hanisah tahu kalau Busyairi suruh menutup mata, maknanya adalah kejutan yang dia nak buat. Busyairi betul-betul serius mahu memujuknya. Hatinya sudah berdebar-debar menantikan kejutan dari suaminya. Hanisah dapat merasakan kehangatan nafas suaminya yang dekat dengan mukanya.
"Sayang, hari ini abang nak melamar sayang untuk jadi isteri abang sehingga hujung nyawa abang." Busyairi menyarungkan cincin ke jari manis Hanisah. Hanisah makin tak faham dengan perlakuan suaminya.
"Melamar? Apa benda pula ni bang? Hanis kan sememangnya isteri abang."
"Ya memang Hanisah isteri abang, cincin ni adalah sebagai tanda kesetiaan sayang pada abang. Bukan bermaksud abang meragui cinta sayang, cuma bila hati manusia berubah, dia akan lupa segala janji-janjinya. Selagi mana cincin ini tersarung di jari sayang, abang anggap sayang masih boleh terima abang. Andai satu saat nanti cincin ini tiada lagi dijari sayang, abang akan pergi dari hidup sayang sebab masa tu cinta sayang pada abang, abang anggap dia sudah mati....." penuh romantis kata-kata Busyairi pada isterinya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Genel KurguBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...