Fahrin yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu setelah habis belajar di Australia selama tiga tahun baru-baru ini. Dia telah berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana yang diidamkan selama ini. Dia juga telah bertekad untuk meneruskan pengajiannya di peringkat doktor falsafah sekiranya ada peluang untuk berbuat demikian.
Fahrin tersenyum sendiri memandang keindahan alam ciptaan Tuhan. Rindu pada Malaysia sangat membuak-buak di hatinya. Sudah tentunya dia amat merindui Nasi Lemak yang menjadi makanan kegemarannya dari dulu lagi. Fahrin memandang sekeliling untuk mencari kelibat seseorang yang dinantikan. Dia telah berjanji dengan sahabatnya agar mengambil dirinya di KLIA itu. Puas matanya melilau di sekeliling lapangan terbang itu akhirnya dia terlihat satu sosok tubuh orang yang amat dikenali dan dirFahrin
Fahrin berjalan perlahan-lahan menuju ke arah lelaki itu. Kerana lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya, dia ingin membuat satu kejutan kepada sahabat baiknya itu. Fahrin terus mendekati sahabatnya itu dan perlahan-lahan dia menampak bahu milik Zulhairi itu.
"Hoi, dah lama ke tunggu?!" jerkahnya dari belakang. Hampir terjatuh telefon yang berada di tangan Zulhairi ketika itu.
"Opocot mak kau jatuh!" ketawa besar Fahrin apabila terdengar Zulhairi melatah. Tak hilang lagi penyakit latah sahabatnya itu.
"Bila nak hilang melatah kau tu mat?" tanya Fahrin dengan ketawa yang tersisa daripada tadi.
"Kau ni asal jumpa aku je nak buat aku melatah! Memang sampai bila-bilalah penyakit latah aku ni tak hilang!" marah Zulhairi semula.
Fahrin menarik bagasinya menuju ke kereta Zulhairi. Hilang penat lelahnya apabila dapat bertemu dengan sahabatnya itu. Zulhairilah sahabat yang ada di waktu susah dan senangnya. Sebab itulah di rasa sayang sangat pada Zulhairi. Tapi usikannya tadi telah membuatkan Fahrin tersenyum semula bila teringat. Ya, saat itulah yang dia amat rindui. Rindu nak mengusik Zulhairi!
"Ni kau nak aku hantar kau balik ke terus ke camana? Ke nak pergi makan dulu?" tanya Zulhairi setelah mereka berdua mendiamkan diri.
"Aku ingat aku nak balik terus la mat. Penat sangat dah rasa badan aku ni." balas Fahrin yang sedang fokus dengan telefonnya. Zulhairi hanya mengangguk tanda faham.
"Kau dekat Aussie tu takde kenal ke dengan mana-mana perempuan? Kau taknak kahwin?" Zulhairi sengaja bertanyakan soalan itu.
"Aku pergi sana untuk belajar tahu tak? Bukan nak cari jodoh." balas Fahrin selamba.
"Aku tanya kau ni sebab aku teringin nak tengok kau kahwin. Dah lama sangat kau ni membujang. Umur kau pun dah masuk 32 tahun. Kau tak rasa nak berbini ke?" balas Zulhairi semula.
"Aku malas nak fikir pasal kahwin. Buat masa ni aku takde lagi perasaan nak kahwin tu. Biarlah umur dah lanjut pun. Kalau kahwin tapi tak happy tak guna jugak." Fahrin terus memejamkan matanya untuk tidur sementara sebelum sampai ke rumahnya.
Zulhairi dari tadi memandang ke arah sahabatnya itu terus kembali memandang ke depan untuk memfokuskan pemanduannya. Fahrin memang tak berminat bila bercakap soal kahwin. Dia rela membujang sampai ke tua setelah melalui episod duka beberapa tahun lepas.
"Kau masih ingatkan Dania ke?" Fahrin terus membuka matanya setelah terdengar nama wanita yang amat dirindui olehnya.
"Rasa sayang dan rindu pada dia tu takkan pernah padam Zul."
"Tapi dah 5 tahun dia dah takde. Kau kena buka hati kau untuk terima perempuan lain." balas Zulhairi semula.
"Tak boleh Zul. Aku tak mampu nak cari pengganti dia sampai bila-bila." jawab Fahrin dengan nada yang sayu.
ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...
