BAB 10

143 4 2
                                    

Fahrin yang sedang ralit memandang gambar Hanisah tidak perasan didatangi mamanya. Lama mata Puan Zaris memandang gambar wanita yang berada ditelefon anaknya.

"Ai, gambar siapa tu?" terperanjat Fahrin apabil terdengar suara mamanya dari belakang. Cepat-cepat dia menutup telefonnya.

"Takde siapalah mama." mata Fahrin terus tertancap pada kaca televisyen.

"Kalau dah berkenan bawalah dia jumpa mama. Awak pun dah masuk tiga series masih belum kahwin lagi. Orang sebaya kamu semua dah dua tiga orang anak. Mama teringin juga nak bercucu." gurau Puan Zaris. Fahrin sudah mengerutkan dahinya.

"Saya pun tak kenal dia sepenuhnya lagi ma. Mana tahu dia tunang orang ke, lagi haru dia isteri orang ke." Fahrin menggelengkan kepalanya.

"Cepat-cepatlah berkenalan dengan dia. Mama berkenan dengan dia."

"Dia susah sikitlah ma. Dia macam taknak layan saya je." jawab Fahrin semula.

"Lagipun hati saya masih tak dapat terima mana-mana perempuan la ma."

"Kamu masih ingatkan arwah Dania?" tanya Puan Zaris semula.

Fahrin tidak menjawab pertanyaan mamanya. Puan Zaris tahu hati anaknya masih lagi terpaut kasih pada arwah Dania. Lama mereka bercinta. Lagi beberapa hari nak berkahwin, Dania ditakdirkan pula meninggal dunia. Ia menyebabkan hati Fahrin masih belum mampu terbuka untuk siapa-siapa lagi. Ada juga dia kenen-kenenkan dengan anak-anak kawannya, tapi Fahrin menolak mentah-mentah. Katanya dia mahu mencari cinta baru sendiri. Dia hanya menurut sajalah. Biarlah Fahrin menemui cinta dan bahagianya sendiri. Siapa saja pilihan hati Fahrin dia akan setuju.

"Mama, Reza bila balik?" Fahrin bertanyakan tentang adik angkatnya.

Mamanya menjaga Reza dari kecil lagi selepas dia mengambil Reza dari rumah anak-anak yatim. Hubungannya dengan Fahrin sememangnya rapat sejak daripada mereka kecil lagi memandangkan Fahrin adalah anak tunggal di dalam keluarga itu.

"Tak tahulah. Oh ya mama lupa nak beritahu kamu. Katanya nanti dia nak balik dia nak bawa balik bakal isteri katanya."

"Eloklah tu. Biar dia cepat-cepat kahwin." Fahrin seperti malas mahu melayan. Matanya terasa mengantuk pula.

******************************

Seharian Busyairi tidur selepas pulang dari sekolah tengahari tadi. Hanisah hanya membiarkan sajalah memandangkan Busyairi masih belum sembuh sepenuhnya. Rasa sakit kepalanya kembali menyerang manakala demamnya sudah kebah. Ia melegakan sedikit hati Hanisah kerana risau ada apa-apa yang berlaku ke atas suaminya. Suaminya benar-benar nampak letih hari ini.

Busyairi tersedar kerana dia perasan dirinya sedang diperhati. Busyairi terus tersenyum ke arah Hanisah sebaik saja dia membuka matanya. Rasa kurang sikit sakitnya bila Hanisah setia menjaganya di sebelah. Busyairi terus melentokkan kepalanya di atas riba Hanisah untuk bermanja. Matanya dilelapkan semula.

Hanisah tidak menyangka mulai saat ini dia bukan lagi isteri kepada seorang guru apabila Busyairi sah meletakkan jawatannya sebagai seorang pendidik. Sehingga kini dia masih memikirkan sebab Busyairi membuat keputusan yang drastik itu. Suaminya sangat cintakan kerjayanya sebagai seorang guru. Pelik sungguh!

"Sayang, maaflah abang tertidur atas riba sayang." Busyairi tersedar lalu mengalihkan kepalanya di atas bantal.

Hanisah tersenyum ke arah suaminya. Dia tidak kisah pun kalau Busyairi mahu tidur atas ribanya sehingga pagi esok sekalipun. Kerana kasihnya pada Busyairi semakin hari semakin bertambah. Dia juga berharap Allah jagalah jodohnya ini hingga ke syurga nanti.

"Abang belum solat Isyak lagi kan. Abang bangun dulu dan pergi solat. Hanis dah sediakan kerusi tu takut-takut abang tumbang ke apa kan." ujar Hanisah sambil membantu suaminya untuk bangun.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now