BAB 37

210 6 4
                                    

Busyairi duduk di laman rumah untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Burung-burung berterbangan diperhatikan. Rasa tenang saat mendengar kicauan sekumpulan burung itu. Dia juga memerhati anak-anaknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Dah memang tanggungjawabnya untuk memantau anak-anaknya disaat isterinya sedang bekerja. Hanisah pula belum pulang dari kerjanya.

Busyairi berjalan menggunakan tongkat untuk masuk ke dalam rumah. Dia mahu mengambil telefon bimbitnya. Jam dah menunjukkan pukul 3:30 petang. Dia menantikan isterinya pulang dengan penuh sabar. Pagi tadi dia tertidur dan bermimpikan sesuatu. Ya, memori lamanya kembali menerjah kotak fikirannya. Ada rasa terkejut, terkilan dan juga rasa bersalah menyelubungi hatinya.

Beberapa minit kemudian, dia terdengar enjin kereta Hanisah memasuki perkarangan rumah. Dia mahu Hanisah menjelaskan perkara yang sebenar hari ini juga. Dia juga mahu meminta maaf atas perbuatannya sebelum dia kemalangan. Patutlah isterinya diam saja tak mahu menceritakan hal sebenar. Rupanya kalau Hanisah ingat balik peristiwa itu, pasti dia akan bersedih dan marah pada suaminya.

"Sayang abang dah balik!" ujar Busyairi sebaik saja menyambut kepulangan isterinya.

"Aik abang, kaki dah okay ke? Boleh bertongkat lagi tu?" tanya Hanisah sebaik saja melihat suaminya berjalan menggunakan tongkat armpit crutches.

"Abang masih mencuba. Okay kot. Setakat ni takde jatuh lagi sejak abang guna tongkat ni. Rasa bosanlah kena guna kerusi roda tu. Nak ke sana sini pun susah." ngadu Busyairi kepada Hanisah.

"Ikut abanglah. Abang dah makan? Anak-anak mana?" tanya Hanisah pula.

"Dah. Diorang ada tu tengah buat homework. Hanis dah makan?"

"Dah tadi. Okaylah kalau abang dengan anak-anak dah makan. Hanis nak masuk bilik sekejap eh. Nak mandi bagai."

"Hanis, nanti turun tau. Ada benda abang nak cakap dengan Hanis." serius kedengaran suara Busyairi.

"Serius je bunyi tu. Nak bincang apa?" tanya Hanisah pelik.

"Adalah." Busyairi terus berpaling dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah anak-anaknya.

Hanisah mengangguk lalu menuju ke bilik. Puas dia berfikir apalah yang Busyairi nak bincang dengannya. Setahunya setakat hari ini tiada isu serius yang bermain di fikiran mereka berdua. Hanisah menggelengkan kepala. Suaminya suka sangat buat suspen!

"Papa!" panggil Zafir dan Zafirah.

Busyairi yang sedang mengelamun terus tersedar dari lamunannya apabila terdengar suara anak-anaknya.

"Papa apa itu isi tersurat dan tersirat? Tengok ni, soalan ni minta asingkan ayat ni mana isi tersurat mana isi tersirat." tanya Zafir. Zafirah hanya mendengar saja apa yang ditanya oleh abangnya.

"Okay dengar papa nak jelaskan ni, isi tersurat adalah ayat yang disampaikan secara jelas dan mudah faham. Maknanya dia sampaikan sesuatu dengan cara berterus terang tanpa kita perlu berfikir. Faham tak maksud papa?" tanya Busyairi kepada anak-anaknya.

Zafir dan Zafirah menggeleng. Busyairi mengerutkan dahinya.

"Dekat sekolah tak belajar ke topik ni?" tanya Busyairi apabila melihat Zafir dan Zafirah tidak tahu langsung tentang isi tersurat dan tersirat ini.

"Dah belajar. Tapi kami tak faham." balas Zafirah pula.

"Tak faham ke tak fokus apa yang cikgu ajar?" tanya Busyairi sekadar mahu menduga anaknya.

Zafir dan Zafirah diam membatu. Tak tahu nak beri jawapan apa kepada soalan yang ditanyakan oleh papa mereka. Busyairi sudah berdehem. Tentu anak-anaknya ini tak beri tumpuan semasa cikgu sedang mengajar.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now