Hanisah sudah menghantar mesej kepada Fahrin untuk tidak mengambilnya untuk ke hospital hari ini kerana ibu dan abangnya sudah dalam perjalanan untuk ke rumahnya. Tidak mahulah dia menyusahkan orang lain. Tambahan pula hari ini adalah majlis pertunangan adiknya. Sudah tentulah Fahrin sibuk dengan ahli keluarganya.
Hon kereta sudah berbunyi di luar rumah. Hanisah dan anak-anaknya sudah bersiap sedia untuk ke hospital bagi menziarahi Busyairi. Hati Hanisah masih berasa risau kerana suaminya masih belum menyedarkan diri lagi. Dia berharap agar Busyairi cepat-cepat pulih dari cederanya.
Berlari-lari Zafir dan Zafirah menuju ke arah Pak Long Hanif mereka. Rasa rindu pada pak long Hanif tidak dapat dikawal lagi. Sudah lama jugalah mereka tidak pulang ke kampung kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian. Hanif juga meluru ke arah anak-anak buahnya lalu dipeluk bagi melepaskan rindu yang terpendam di hati. Hanisah yang melihatnya hanya tersenyum dengan karenah anak-anaknya. Zafri pula masih tidur di dalam dukungannya. Hanif menuju ke arah adiknya dan terus mengambil Zafri untuk dibawa masuk ke dalam kereta.
"Camana boleh jadi macam ni Nisah?" tanya Hanif. Ibunya juga menunggu jawapan daripada Hanisah.
"Tak tahulah bang." jawab Hanisah. Dia sendiri masih tiada jawapan untuk soalan itu.
"Semalam doktor kata apa?" tanya Puan Nafisah pula.
"Kaki sebelah dia patah bu. Lepas tu kata doktor kepala dia kena hentakan yang kuat. Mungkin boleh menyebabkan amnesia. Bila dia bangun nanti baru boleh tahu camana keadaan ingatan dia tu. Kalau dia masih ingat apa yang berlaku, syukurlah." jelas Hanisah panjang lebar.
"Apa punca dia excident tu?" tanya Hanif kembali.
"Entahlah. Kata polis semalam brek tak makan. Tak pasti lagilah bang. Benda masih dalam siasatan." jelas Hanisah. Hanif mula rasa bagai ada sesuatu yang tidak kena.
"Aik? Macam ada something yang aku rasa tak kena ni."
Hanisah sudah mengerutkan dahinya tanda tidak faham. Dia tak pasti alam yang abangnya maksudkan. Namun dengan debaran dia menunggu kata Hanif yang seterusnya.
"Setahu akulah dia jarang bawa motor kan? Memang selama ni dia bawa kereta kan kalau pergi mana-mana?" tanya Hanif untuk mendapatkan kepastian.
"Begitulah..." jawab Hanisah ringkas.
"Kenapa tanya camtu?" tanya Hanisah lagi.
Jeda. Hanif tidak menjawab pertanyaannya. Sempat dia mengintai reaksi wajah Hanif di balik cermin pandang belakang. Wajah Hanif yang sudah berkerut itu menyebabkan Hanisah berasa tidak sedap hati. Wajah abangnya menunjukkan dia ligat memikirkan sesuatu. Ah, aku mahu jawapannya! Getus hati Hanisah.
Puan Nafisah hanya menunggu di luar wad bersama cucu-cucunya. Hospital kerajaan pelawat tidak dibenarkan masuk beramai-ramai untuk melawat seorang pesakit. Jadi dia terpaksa akur atas arahan yang ditetapkan itu. Dia hanya menyuruh Hanisah dan Hanif saja yang masuk dulu. Zafirah sudah merengek-rengek mahu masuk juga. Katanya dia rindukan papanya. Setelah ditenangkan oleh neneknya, Zafirah kembali diam. Dia faham papanya sedang sakit dan tidak boleh diganggu.
Mata Hanisah dan Hanif meliar mencari kelibat Busyairi. Gembira bukan kepalang lagi apabila dia melihat sosok tubuh Busyairi yang sudah boleh duduk itu. Hanisah berasa lega yang teramat sangat apabila suaminya sudah menyedarkan diri. Busyairi yang dari jauh melihat kelibat Hanisah sudah tersenyum gembira. Isteri yang amat dicintainya sudah berada di depan mata.
Hanisah berjalan laju menuju ke arah Busyairi. Badan suaminya dipeluk erat. Sumpah, dirinya sangat rindukan suaminya disaat ini. Wajah suami yang amat dicintainya dipandang dengan begitu lama. Tanpa disangka ada airmata yang sudah jatuh membasahi pipinya. Perlahan-lahan Busyairi mengangkat tangannya untuk mengelap airmata yang jatuh di pipi isterinya. Busyairi tersenyum manis ke arah Hanisah. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia menyalahkan dirinya sehingga Busyairi terpaksa menanggung derita sebegini.
![](https://img.wattpad.com/cover/305065847-288-k720171.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...