BAB 35

201 6 0
                                        

Lama Busyairi memandang keseluruhan bilik itu sambil ditemani oleh Encik Leong. Encik Leonglah yang membawa Busyairi melihat sekeliling pusat tuisyen yang masih belum siap sepenuhnya. Sudut demi sudut, bilik demi bilik dilawati olehnya. Dia berasa puas dengan layanan dan idea dekorasi yang diuruskan oleh Encik Leong itu. Pandai betul lelaki Cina itu meneka seleranya.

Setelah menilai keseluruhan pusat tuisyen yang bakal beroperasi hujung tahun ini, Busyairi bersalam dengan Encik Leong dan menyatakan kepuasan hatinya. Encik Leong hanya senyum dan gembira dengan pujian yang diberikan oleh clientnya. Encik Leong meninggalkan Busyairi bersendirian apabila dipinta. Hal ini kerana, Busyairi memerlukan ruang untuk menikmati sekali lagi pusat tuisyen tersebut.

"Terima kasih Encik Leong. Encik banyak bantu saya." ujar Busyairi.

"Sama-sama encik. Saya harap encik sukalah dengan semua yang saya buat ni." balas Encik Leong semula.

"Saya suka encik. Sangat suka. Dekorasi, susunan perabot semua menepati citarasa saya. Susunan meja kerusi pelajar pun menepati ciri pembelajaran masa kini. Nanti saya beri bonuslah Sukri dekat Encik Leong ya."

"Tak perlu susah-susah cikgu. Anggap saja ini hadiah buat cikgu. Zaman saya sekolah dulu tak sempat nak balas budi baik cikgu saya, jadi cikgu anggap sajalah ini balasan saya untuk insan yang mencurah bakti untuk anak bangsa negara kita." ujar Encik Leong sambil tersenyum.

Encik Leong menyerahkan kunci kepada Busyairi. Busyairi mengambilnya lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam sekali lagi. Budi baik Encik Leong yang banyak membantunya tidak mungkin dapat dibalas. Walaupun baru kenal, tapi lelaki itu memberikan sumbangan yang sangat baik.

"Ada satu bilik rahsia yang saya nak tunjuk pada cikgu." dari tadi Encik Leong memanggil Busyairi dengan panggilan 'cikgu' semula.

Busyairi sudah membuat muka peliknya. Tanpa membalas kenyataan lelaki itu, Encik Leong sudah menolak kerusi roda Busyairi ke satu bilik yang dikatakannya tadi. Busyairi hanya menurut sajalah tanpa sepatah kata. Alangkah terkejutnya Busyairi apabila melihat keseluruhan bilik yang dikatakan rahsia tadi. Encik Leong sudah tersenyum puas.

"Bilik apa ni?" tanya Busyairi kehairanan.

"Bilik ni saya buat khas untuk cikgu. Dari awal lagi saya dah cadang nak buat bilik ni untuk cikgu. Saya harap cikgu sukalah ya.

Rupa-rupanya Encik Leong membuat satu bilik untuk Busyairi. Kalau di sekolah, ia boleh dipanggil bilik Guru Besar, tapi di sini ia dipanggil bilik penaung pusat tuisyen tersebut. Busyairi masih lagi memikirkan sesuatu.

"Encik Leong..." panggilnya.

"Kenapa cikgu? Cikgu tak suka ke?" tanya Encik Leong semula.

"Bukan macam tu. Tapi rasanya bilik ni takkan jadi bilik saya kot."

"Kenapa?" tanya Encik Leong untuk mendapatkan jawapan.

"Sebenarnya, pusat tuisyen ni saya dedikasikan untuk isteri saya nanti. Saya di sini akan jadi seorang guru biasa saja. Tapi Encik Leong jangan bimbang, kalau bilik ni kepunyaan isteri saya nanti, sudah tentulah kepunyaan saya juga kan?" Busyairi sudah tergelak. Tajam mata Encik Leong memandang clientnya.

"Cikgu ni kelakar juga kan. Saja nak mengenakan saya!" Encik Leong sudah membuat muka rajuknya.

Busyairi hanya tergelak melihat reaksi anak muda itu. Walau umurnya baru saja menginjak usia 26 tahun, tapi kematangannnya menguruskan sesuatu harus dipuji. Kerja yang dilakukannya pun sangat teliti. Sebab itulah Busyairi memberi kepercayaan kepada Encik Leong untuk membantunya menguruskan perniagaannya ini. Lagipun, dia mula mengenali Encik Leong ni pun atas cadangan Mazlan juga. Katanya keluarganya pernah berurusan dengan Encik Leong ini. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju sajalah.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang