SPECIAL PART 5

189 7 3
                                    

Busyairi menapak perlahan ke arah bilik anak lelakinya. Baru saja dia hendak memulas tombol pintu, dia mendapati Zafir sudah menguncinya dari dalam. Busyairi mengeluh perlahan. Zafir betul-betul marah kepadanya. Tapi dia perlu juga memujuk anaknya. Dia mengetuk pintu perlahan-lahan. Bimbang Zafri bangun dari tidurnya.

"Fir, buka pintu ni nak..." perlahan suara Busyairi dengan ketukan pintu.

"Airil Zafir...buka pintu ni. Kan papa suruh Fir buka pintu. Papa tahulah Fir marahkan papa..tapi jangan sampai macam ni nak. Tak baik." kata Busyairi. Pintu masih belum dibuka. Busyairi terus berjalan ke tempat letak kunci. Dia mahu mengambil kunci pendua bilik Zafir.

"Papa dah pegang kunci ni Zafir. Kalau papa yang buka pintu ni, Zafir yang kena nanti!" ugut Busyairi. Dia meninggikan suara.

Laju je Zafir membuka pintu sebaik saja mendengar ugutan papanya. Busyairi melihat Zafir masih lagi menangis. Dia terus menyerahkan kunci pendua pada Hanisah untuk disimpan kembali. Hanisah menyuruh Busyairi memujuknya seorang diri. Dia tak mahu terlibat dengan permasalahan anak beranak itu.

Busyairi terus menarik tangan Zafir dna menyuruhnya duduk di birai katil. Zafir hanya menurut. Dia memperlahankan suaranya agar Zafri tidak terjaga. Zafir mengelap airmatanya.

"Kenapa Zafir menangis? Bagitahu papa..." kata Busyairi lembut.

"Apa yang Zafir baca dekat internet tentang papa tu betul ke?" tanya Zafir takut-takut. Dia takut papanya marah.

"Apa yang Zafir baca dan Zafir lihat dekat internet tu sememangnya papa..." belum sempat habis kata-katanya, Zafir terus marah pada papanya.

"Papa jahat!" kata Zafir sambil menangis. Dia terus menjauhkan diri dari papanya.

"Zafir! Apa cakap dengan papa macam tu?! Zafir nak jadi anak derhaka ke? Zafir tak sayangkan papa dah?" Hanisah meluru masuk ke dalam bilik Zafir sebaik saja mendengar Zafir meninggikan suaranya kepada Busyairi. Hilang juga sabar dia sekejap lagi!

"Hanis..." Busyairi menyuruh isterinya keluar. Hanisah keluar dari bilik dengan kemarahan yang membara.

Busyairi tersenyum dan terus menarik tangan Zafir untuk duduk disisinya. Zafir benar-benar tengah emosi sekarang ini.

"Zafir percaya ke apa yang Zafir baca tu?" tanya Busyairi. Sesungguhnya dia sedang menambahkan lagi emosi anak sulungnya.

Zafir senyap seribu bahasa. Dia tiada jawapan untuk itu. Busyairi terus memeluk erat anaknya. Zafir tidak tahu nak beriak macam mana. Dia juga tiada jawapan dan dia juga tidak tahu papanya betul-betul bersalah ataupun tidak.

"Benar masa dua tiga hari papa tak ada dekat rumah tu sebab papa kena tangkap. Tapi papa ditangkap atas kesalahan yang papa tak buat pun. Zafir tahu maksud fitnah?" tanya Busyairi. Zafir mengangguk.

"Papa kena fitnah ke?" barulah Zafir bersuara.

"Ya. Tapi sekarang kes papa tak selesai lagi. Banyak lagi proses undang-undang yang perlu papa lalui. Baru boleh tahu papa bersalah ataupun tidak. Sekarang zaman fitnah Zafir. Tak semua dalam penjara tu adalah orang yang bersalah." jelas Busyairi panjang lebar mengharapkan anaknya faham apa yang disampaikan.

"Zafir minta maaf tau papa. Zafir cuma takut hilang papa. Zafir tak nak papa masuk penjara.." luah Zafir. Busyairi sebak.

"Insya-Allah. Papa perlukan doa anak-anak papa. Doa anak terhadap ibu bapanya sangat mustajab Zafir. Zafir doakan papa ya." pinta Busyairi. Besar harapan kepada anaknya.

"Fir sentiasa doakan papa. Papa jangan takut tau. Papa selalu cakap dekat kami Allah tu sentiasa ada dengan kita." jawab Zafir sambil tersenyum. Busyairi mencium ubun-ubun Zafir dengan penuh kasih.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now