BAB 15

126 6 0
                                    

Bas sudah pun sampai ke kolej. Masing-masing sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga Hanisah dengan Fahrin. Busyairi yang duduk di luar kereta hanya menunggu Hanisah datang padanya kerana dia tidak mahu sesiapa pun tahu siapakah suaminya. Busyairi hanya menurut sajalah kerana dia kenal isterinya yang memang tidak suka orang mengetahui hal peribadinya.

Hanisah datang kepada Busyairi dan terus menarik tangannya untuk masuk ke dalam kereta. Busyairi agak pelik dengan tindakan isterinya yang sudah kelam kabut. Hanisah lega kerana dia sempat 'sorokkan' suaminya dari tatapan orang lain.

"Kenapa kelam kabut semacam je ni?" Busyairi bertanya.

"Abang ni kan Hanis cakap jangan keluar kereta! Tunggu je lah dalam kereta tu. Hanis tahulah nak masuk nanti." tercungap-cungap nafasnya kerana penat.

Busyairi agak terasa dengan perlakuan Hanisah. Dia tidak tahu tujuan Hanisah berbuat demikian seolah-olah dia tak mahu orang tahu yang dia sudah berkahwin. Hanisah sedar perlakuannya yang agak gopoh tadi membuat suaminya terasa. Hanisah cepat-cepat bersalam dengan Busyairi. Busyairi hanya membalas sama seperti sebelum ini. Dahi isterinya pasti dicium dengan penuh kasih.

Busyairi meluncur laju meninggalkan perkarangan kolej. Lama dia mendiamkan diri. Sejak daripada tadi dia tidak bercakap langsung dengan isterinya. Hanisah sudah berasa tidak senang duduk apabila melihat perubahan sikap suaminya.

"Abang..." panggil Hanisah perlahan.

Busyairi hanya berdehem saja. Dia masih fokus dengan pemanduannya. Matanya tidak memandang langsung ke arah isterinya walau sekilas. Ia menambahkan lagi debaran di hati Hanisah.

"Abang..." panggilnya sekali lagi. Jeda. Tiada respon dari Busyairi.

"Kita bincang dekat rumah." serius nada suaranya. Kaca hitamnya dibetulkan agar nampak lebih kemas.

"Abang marahkan Hanis ke?" Hanisah cuba mengambil perhatian daripada Busyairi.

"Kita bincang dekat rumah." Busyairi mengulang sekali lagi ayatnya tadi.

"Anak-anak ada dekat rumah ibu. Abang balik kampung dengan diorang masa Hanis takde."

"Abang tak cakap pun dengan Hanis?" Busyairi tidak menjawab.

**********************************

"Siapa lelaki tu?" Fahrin tertanya-tanya.

"Suami dia ke?"

"Abang dia?"

"Atau ayah dia? Haish tak mungkinlah! Lelaki tu nampak muda kot! Siap berkaca mata hitam lagi!" Fahrin membuat andaian sendiri.

Fahrin tiba-tiba teringat semula apa yang berlaku di dalam bas tadi. Dia ada berbalah dengan Hanisah tentang perkara-perkara yang tak patut dibangkitkan pun sebenarnya. Tapi bila dah bercakap tanpa haluan, memang jadi perang mulut la jawabnya.

"Bangun. Saya nak duduk sebelah Miss Hanisah." arah Fahrin tanpa menjaga hati pelajarnya.

"Pergi duduk sana." Fahrin menunjukkan satu kerusi yang masih kosong. Pelajar itu hanya menurut tanpa membantah walau sedikit pun.

Fahrin melabuhkan punggungnya di sebelah Hanisah. Tajam mata Hanisah memandangnya. Namun dia tidak menghiraukan pandangan Hanisah yang sudah menakutkan itu. Hanisah yang malas nak melayannya terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Tidak penting pun untuk dia melayan lelaki yang berada di sebelahnya ini.

"Haih penatnya hari ini kan. Mujur hari ini hari Sabtu. Bolehlah rehat esok." Fahrin memulakan perbualan.

"Yang awak suruh budak tu bangun kenapa?" dingin suara Hanisah.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now