"Encik nanti! Itu suami saya! Nah, dengar tu!" laung Hanisah dari kejauhan.
Dia menyerahkan telefon kepada orang pejabat agama yang datang bertandang ke situ. Mereka mengambil telefon yang diserahkan oleh Hanisah. Mereka terkejut apabila terdengar butir bicara yang terdapat dalam voice note itu.
"Semua ni agenda dia untuk perangkap suami saya! Itu suara dia sendiri!"
Dina rasa bagai batu yang menghempap dirinya. Akhirnya kantoi! Tak tahu camana voice note itu boleh berada di tangan isteri cikgunya. Berubah terus muka dia apabila ternampak kelibat Erika. Busyairi masih tenang. Memang sengaja dia bawa Hanisah untuk membantunya.
"Engkau ke yang kantoikan semua ni Ika? Kau memang kawan tak guna kan?! Kau khianat kawan kau sendiri!" jerit Dina. Dia bagaikan hilang arah.
"Memang aku yang kantoikan kau! Aku dah tak nak hidup bersubahat dengan kaulah Dina. Aku tahu segalanya. Dan segala plan yang kau buat ni dah sampai pada polis!" Erika pulak menghamburkan kemarahannya.
Baru saja Dina hendak keluar dari bilik, dia ditahan oleh polis yang sempat menyerbu dirinya. Dia meronta hendak melepaskan diri. Busyairi lihat Dina dengan wajah yang sayu. Entah kenapa Dina jadi begini lepas dia menolak cintanya.
"Tak lama lagi saya SPM cikgu. Saya just nak meluahkan isi hati saya pada cikgu..." Dina berdiri di hadapan Busyairi lepas tamat kelas. Busyairi yang baru mengemas barang-barang untuk keluar terus terpaku mendengar pengakuan Dina. Dia menantikan apa yang bakal keluar dari mulut Dina selepas itu.
"Apa ya Dina?" tanya Busyairi. Dia menganggap
"Dah lama saya memerhatikan cikgu. Saya suka cikgu..." Busyairi terus keluar dari kelas laju-laju. Tak sanggup nak lihat muka anak muridnya sendiri. Benda ni memang tak masuk akal!
Dina mengejar Busyairi dan memanggil namanya. Busyairi lajukan langkah kakinya. Tidak langsung menoleh ke belakang walau sesaat. Semput juga Dina mengejar Busyairi.
"Tunggulah cikgu!" panggil Dina.
"Stop it Dina! Jangan buat kerja gila boleh tak? Saya dah ada isteri dan anak-anak! Tak mungkin saya menduakan dia..." jelas Busyairi yang masih marah dengan tindakan Dina.
"Awak ni kenapa? Kalau saya masih bujang pun tak mungkinlah saya akan berkahwin dengan awak. Tambah-tambah awak ni jauh umur dengan saya!" hambur Busyairi lagi dan dia terus berlalu pergi meninggalkan Dina keseorangan.
"Dah, bawa dia ke balai." arah polis itu.
Busyairi teringat kembali perbualan dia bersama Dina beberapa bulan lepas. Dina memang berubah 360 darjah. Dia tak tahu mana hilangnya sifat lemah lembut yang dikenali sepanjang Dina menjadi anak muridnya dulu. Takkan kerana dia Dina berubah menjadi seorang remaja perempuan yang liar sebegini? Kalau difikir balik memang tak masuk akal!
"Abang okay?" tanya Hanisah bila semuanya selesai. Peluh yang merenik keluar di dahi Busyairi dilap.
"Abang okay sayang. Terima kasih tau sebab tolong abang. Akhirnya berjaya juga rancangan kita. Erika, terima kasih sebab bongkarkan semuanya. Kalau awak tak beritahu semua ni mungkin saya akan ke dalam kali ni atas tuduhan merogol pula.." tak mampu terbayang olehnya kalau dia tak tahu semua rancangan Dina ni.
"Encik boleh ikut kami ke balai juga untuk buat report." arah pegawai polis itu. Busyairi mengangguk.
"Abang hantar Hanis balik dulu ya? Hanis mesti penat jadi spy tadi kan?" Hanisah tergelak. Sempat pula Busyairi bergurau masa ni.
"Tak apa. Hanis ikut abang." Hanisah menolak. Dia tetap mahu temani suaminya.
****************************
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Ficción GeneralBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...