BAB 9

121 6 0
                                    

Syafiq membuat isyarat kepada rakan sekelasnya agar bersiap sedia. Dia tidak mahu kejutannya tidak menjadi kerana adegan inilah yang bakal menjadi kenangan buat mereka sebaik saja tamat sekolah nanti. Jadi hari inilah mereka mahu mengabadikan segala kenangan buat tatapan untuk hari tua nanti. Malah mereka juga mahu Busyairi berasa dirinya dihargai oleh anak-anak muridnya yang telah dicurahkan ilmu selama beberapa bulan ini.

Syafiq membantu Busyairi untuk duduk di kerusi. Beberapa pelajar lain juga telah membantu Busyairi untuk duduk. Namun, ikatan pada mata Busyairi masih belum dibuka oleh mereka. Busyairi sabar menantikan apakah kejutan yang bakal diterimanya.

Syafiq mengarahkan rakan sekelasnya untuk menutup lampu dengan menggunakan bahasa isyarat. Kejutan ini telah dirancang oleh mereka sejak beberapa hari lalu. Jadi mereka mahu kejutan ini menjadi dengan jayanya dan dapat menjadi kenangan yang akan dikenang oleh Busyairi apabila bersara nanti.

"Cikgu...bukalah.." Syafiq berbisik di telinga cikgunya. Busyairi hanya mengikut saja.

Sebaik saja Busyairi menanggalkan kain yang menutupi matanya, dia terkejut seluruh lampu tiba-tiba terbuka. Matanya masih kabur kerana terlalu lama diikat dengan kain itu. Busyairi menggosok-gosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas lagi. Busyairi ternampak sebuah video yang ditayangkan di hadapan kelas.

Dalam video itu terdapat gambar-gambarnya bersama pelajar kelas 5 Dedikasi semasa hari sukan, hari kantin dan gambar-gambar mereka bersama Busyairi pada hari guru yang baru saja berlalu baru-baru ini. Video itu ditambah pula dengan lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah membuatkan hati Busyairi terasa semakin sebak. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dirinya dihargai sebegitu rupa. Tanpa mampu ditahan lagi airmatanya perlahan-lahan jatuh menyembah bumi.

Di hujung video tersebut terdapat ucapan oleh pelajar-pelajar kelas 5 Dedikasi yang membuatkan Busyairi rasa lagi sebak. Baru saja airmatanya berhenti tadi terus mengalir deras semula. Busyairi menutup mukanya agar pelajarnya tidak perasan bahawa dia sedang menangis. Tiba-tiba sehelai tisu telah dihulur oleh salah seorang pelajarnya.

"Kami tahu cikgu menangis." Husna menghulurkan sekotak tisu kepada Busyairi.

Assalamualaikum cikgu. Saya Amsyar nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada cikgu kerana sanggup mencurahkan ilmu pada kami.

Hai cikgu! Saya Imran pun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada cikgu sebab sanggup mengajar kelas kami walaupun kami ni kelas hujung. Jasa cikgu takkan pernah luput dalam ingatan saya.

Cikgu! Kami Hafiz dan Hafiza selaku kembar sepasang pun nak ucapkan terima kasih pada cikgu. Terima kasih untuk segala-galanya. Good luck in your future cikgu!

Selepas itu keluar pula ucapan mereka satu kelas yang membuatkan Busyairi berasa lagi sebak dan tidak dapat dibendung lagi perasaannya.

Cikgu, kami minta maaf andai ada salah silap kami pada cikgu. Kemana-manapun cikgu nanti, jangan lupakan kami ya.

Walau kami berlari hingga hujung dunia sekalipun, kami takkan menemui insan yang hebat seperti cikgu.

Cikgu, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih sebab cikgu sudi mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kami.

Dan kami mengharapkan cikgu berada disisi kami sampai SPM nanti, tapi apakan daya sudah adat manusia datang dan pergi. Kami tak boleh menolak takdir. Takdir bahawa cikgu akan pergi tinggalkan kami sebelum kami menempuh peperangan yang besar nanti.

Cuma kami hanya mampu memohon cikgu mendoakan kami sehingga selesainya SPM nanti. Terima kasih atas segalanya cikgu.

Selamat bersara Cikgu Busyairi!

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now