SPECIAL PART 2

188 8 1
                                    

Hanisah betul ke berita yang aku dengar ni?

Nisah betul ke ni?

Nisah seriously?

Nisah betul ke berita aku baca ni?

Nisah.....

Nisah....

Hanisah.......

"Arghhhhh!"

Hanisah menjerit. Telefonnya dicampakkan jauh. Tak sanggup lagi dia mmembaca mesej dari bekas pelajar 5 Sains 2. Hanisah terus berbaring sambil menangis semahunya. Kini satu Malaysia tahu siapa gerangan Busyairi.

Artikel-artikel yang dikeluarkan di media sosial benar-benar merobek hatinya. Seluruh warganet mengecam tindakan suaminya sedangkan mereka tidak tahu kebenaran yang sebenarnya. Cepat betul berita tentang suaminya tersebar. Nafisah terus meluru masuk ke bilik apabila terdengar jeritan Hanisah.

"Nisah kenapa ni?" tanya Puan Nafisah yang turut cemas.

Hanisah terus menghulurkan telefonnya. Terdiam Puan Nafisah apabila membaca berita yang terpampang di media sosial. Mungkin esok akan terpampang pula mula suaminya di dada-dada akhbar. Hanisah memejamkan matanya untuk mengumpul kekuatan. Ibunya dipeluk erat bagai tidak mahu melepaskan.

"Camana Nisah nak jelaskan dekat kawan-kawan Nisah yang dah bertanya tu bu?" Hanisah buntu.

Puan Nafisah sedang ligat mencari idea untuk membantu Hanisah. Setelah beberapa lama berfikir Puan Nafisah menyuruh Hanisah jujur saja dengan kawan-kawannya apa yang telah menimpa Busyairi. Sama ada mereka percaya ataupun tidak, itu takkan mendatangkan masalah pada Hanisah dan keluarga. Hanisah kenal benar dengan perangai suaminya.

"Boleh ke bu? Nanti apa pula diorang kata dekat Abang Ri." balas Hanisah.

"Beritahu je. Ibu rasa diorang pun takkan cayalah dengan berita tu. Siasatan pun masih berjalan, Nisah jangan cakap lebih-lebih pula." Nasihat Puan Nafisah. Hanisah mengangguk setuju. Dia mencapai telefonnya semula lalu menaip sesuatu. Puan Nafisah yang melihat Hanisah semakin tenang, terus dia keluar dari bilik. Hanisah perlukan masa. Tak elok diganggu.

Hanisah menaip sesuatu di telefonnya sementara Puan Nafisah keluar dari bilik. Hatinya berdetak kencang. Rasa risau andai mereka memandang serong kepada Busyairi yang merupakan bekas guru mereka suatu ketika dahulu. Hanisah menguatkan dirinya. Menaip satu persatu perkataan dengan linangan airmata yang masih mengalir deras.

Ye betul, bekas cikgu kau orang ditangkap atas tuduhan mencabul anak murid dia sendiri. - Hanisah.

Baru beberapa minit mesej dihantar, Hanisah mendapat satu panggilan daripada nombor yang sangat dia kenali. Iaitu panggilan daripada ahli kumpulan Whatsapp Alumni 5 Sains 2. Hanisah teragak-agak mahu mengangkat panggilan itu. Ibunya yang mengintai di sebalik pintu terus mengangguk bagai faham apa yang cuba disampaikan oleh Hanisah. Dia terus meleret butang hijau.

"Nisah, betul ke apa aku dengar ni? Apa jadi dekat cikgu sebenarnya?" tanya Amirul yang turut cemas kedengaran nada suaranya.

"Betul Mirul. Cikgu Busyairi ditangkap masa dia tengah mengajar dekat pusat tuisyen dia tu." balas Hanisah perlahan.

"Habistu, camana ni?" tanya Amirul lagi.

"Esok ada perbicaraan mahkamah untuk sebutan kes dia. Aku tak tahu apa yang kena buat sekarang ni." luah Hanisah.

"Esok aku dengan beberapa orang rakan kelas kita akan ke Ipoh tau. Kau tunggu je kami dekat mahkamah. Bicara tu dalam pukul 11 ia?" tanya Amirul. Hanisah berdehem.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now