Hanisah perlahan-lahan mendekati suaminya yang sedang membaca buku itu. Busyairi sememangnya suka membaca buku sekiranya mempunyai masa yang lapang. Kali ini Busyairi kelihatan tenang sedikit kerana tugasnya sebagai seorang guru hampir selesai. Hanisah juga bersyukur Allah permudahkan urusan suaminya.
"Abangggg......" Hanisah menutup kedua-dua mata suaminya.
"Ye sayang. Kalau tak tutup mata pun abang tahulah siapa gerangannya." Busyairi mengalihkan tangan isterinya.
"Hanis ada benda nak cakap dengan abang ni." Hanisah memulakan perbualannya.
"Nak cakap apa tu?"
"Hanis nak cakap je benda ni. Kalau abang tak izin Hanis boleh tolak je."
"Cakap je lah dulu. Kalau Hanis tak cakap camana abang nak izinkan." balas Busyairi pula. Matanya masih memandang buku yang berada di tangannya.
"Macam ni, Hanis kena pergilah rombongan campign tu. Pelajar-pelajar Hanis diorang masukkan nama Hanis dalam proposal tu tanpa berbincang pun." luah Hanis.
"Takpalah, sayang pergi je. Best tau dapat luangkan masa dengan pelajar ni. Kadang perangai gila diorang tu memang akan buat kita terhibur. Pergilah, abang izinkan." balas Busyairi yang sudah tersenyum.
"Betul ni abang izinkan? Abang okay ke jaga anak?"
"Abang okay je lah sayang. Diorang ni bukan susah pun untuk dijaga." balas Busyairi.
"Berat hatilah Hanis nak pergi. Nanti rindu dekat abang." Hanisah melentokkan kepalanya di bahu Busyairi.
"Zaman sekarang dah canggih sayang. Kita boleh video call bagai kan. Kalau sayang rindu, call je lah abang."
"Okay. Terima kasih sebab izinkan Hanis pergi." balas Hanisah ringkas. Lengan suaminya dipeluk erat.
*********************************
Busyairi masuk ke dalam bilik pengetua setelah dipanggil oleh Puan Maznah untuk membincangkan tentang perletakan jawatan Busyairi. Busyairi terus membuka pintu bilik Puan Maznah setelah mendapat arahan untuk masuk. Dia menghadiahkan secebis senyuman kepada Puan Maznah. Busyairi terus melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Puan Maznah.
"Cikgu rasa betul ke apa yang cikgu buat ni? Cikgu dah nekad?" tanya Puan Maznah.
"Ya, Puan. Saya nekad nak letak jawatan sebagai seorang guru ni." balas Busyairi.
"Cikgu tak rasa menyesal?"
"Insya-Allah, takkan sesekali saya rasa menyesal. Saya dah ada hala tuju hidup saya sendiri." Busyairi meyakinkan Puan Maznah.
"Tak boleh ke cikgu tunggu sehingga hujung tahun ni? Sampai pelajar-pelajar habis SPM?"
"Tak boleh Puan." Busyairi sudah menunduk.
"Ada sebab saya suruh cikgu stay sehingga hujung tahun ni. Cikgu pun tahu kan kami kekurangan guru Bahasa Melayu. Tapi kalau cikgu dah nekad, kami hormat keputusan cikgu." balas Puan Maznah.
"Terima kasih Puan sebab faham saya. Insya-Allah saya pasti ada pengganti saya nanti. Kalau takde apa-apa saya nak keluar ni." Busyairi meminta diri. Puan Maznah hanya mengangguk.
Kelihatan hampa reaksi wajah Puan Maznah setelah Busyairi tetap teguh dengan pendiriannya. Busyairi yang keluar dari bilik Puan Maznah juga mempunyai satu perasaan yang sama. Sejujurnya, hatinya juga berat dengan keputusan yang telah dibuat olehnya. Bila dikenang semula keperitan menjadi seorang guru, dia tetap mahu meletakkan jawatannya. Dia tahu ramai graduan lepasan kos pendidikan sedang menunggu penempatan mereka. Hati Busyairi kembali tenang setelah memikirkan perkara itu. Dia pasti akan ada orang yang selayaknya menggantikan tempatnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/305065847-288-k720171.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Ficción GeneralBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...