NEW STORY

217 5 2
                                    

Nurul Solehah yang merupakan gadis cantik dan mempunyai pegangan agama yang tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nurul Solehah yang merupakan gadis cantik dan mempunyai pegangan agama yang tinggi. Berkelulusan syariah dari Ain Shams University. Suatu hari hatinya terpaut kasih kepada seorang pemuda ketika dia mengikuti kelas usrah yang dikendalikan oleh pemuda itu.

Tanpa mengenali lelaki itu dengan lebih dekat, Solehah menyuruh ibu dan ayahnya pergi meminang lelaki yang dikenali sebagai Khalaf Hakimi. Pemuda yang sekufu dengannya kerana mempunyai ilmu agama yang tinggi sepertinya.

Khalaf berat hati nak menerima gadis itu kerana dia tidak pernah mengenali gadis itu secara dekat. Tapi atas keyakinan yang ditunjukkan oleh uminya, Khalaf terima Solehah menjadi isterinya.

"Terima kasih sebab terima Solehah jadi isteri abang. Insya-Allah Solehah menyerahkan segala jiwa raga Solehah dekat abang." - Nurul Solehah

"Sama-sama kita harungi dugaan dan keseronokan berumahtangga bersama-sama ya? Solehah bidadari syurga abang." - Khalaf Hakimi

Perkahwinan mereka bahagia. Dipenuhi dengan tuntutan syariat agama di dalam rumahtangga mereka. Suatu hari Khalaf membuat keputusan untuk pergi misi kemanusiaan ke Syria. Lebih membimbangkan negara itu sedang bergolak dengan bedilan peluru dari Israel laknatullah.

Suatu hari Khalaf hilang dari pandangan matanya. Lagi menyayat hati bila Solehah menerima perkhabaran buruk daripada sahabat Khalaf. Khalaf dijumpai tidak lagi bernyawa semasa menjalankan misi kemanusiaan. Lagi sayu, Solehah sedang mengandung ketika itu.

Semakin hari Solehah mula berdamai dengan takdir. Dia terima takdir hidupnya. Tapi doanya bagai dimakbulkan Allah. Dia menemui lelaki yang seiras dengan Khalaf Hakimi. Persoalannya benarkah lelaki yang dia nampak itu ialah Khalaf ataupun sekadar khayalan Solehah setelah lama menanggung rindu?

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now