BAB 2

217 4 0
                                    

Hanisah mengemas barang-barangnya untuk balik ke rumah secepat mungkin. Jam telahpun menunjukkan pukul tiga petang. Pasti suami dan anak-anaknya sudah pulang ke rumah. Hari ini hari yang sangat sibuk bagi dirinya ditambah pula dengan pelajar-pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi.

"Cik Hanisah ke ni?" tanya lelaki itu.

"Ya, kenapa?" Hanisah pelik mengapa dia memanggil dirinya sebagai 'cik' sedangkan dia sudah berkahwin.

"Ni ha, barang cik terjatuh tadi." Fahrin memulangkan semula fail yang berada di tangannya.

"Ya Allah, patutlah saya cari tadi takde fail tu. Berderau juga darah saya. Dalam tu lah saya simpankan markah assignment pelajar saya. Terima kasih encik." balas Hanisah berbahasa.

"Tak pernah nampak pun sebelum ni?" tanya Hanisah sekadar mahu kenal dengan pensyarah baru itu.

"Oh ya, saya baru masuk hari ini. Jadi memang ramai yang tak kenal saya lagi. Saya Fahrin, lecturer baru dekat sini." Fahrin tersenyum manis ke arah Hanisah.

Fahrin daripada tadi memandang Hanisah tanpa berkelip-kelip matanya. Dia terpaut dengan kecantikan wanita yang berada di hadapannya itu. Bagaikan tertarik dan tidak mahu berganjak daripada meja Hanisah. Fahrin meneliti Hanisah dari atas sampai ke bawah sehingga Hanisah berasa tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu di situ. Dia perlu balik segera memandangkan Busyairi dan anak-anak sudah menunggu lama.

"Salam perkenalan. Saya Hanisah. Oh ya, saya perlu balik dulu ya. Terima kasih sebab pulangkan balik fail saya ni." Hanisah tersenyum lalu cepat-cepat pergi dari situ.

Lagi lama dia duduk di hadapan Fahrin, tak tahulah apa lagi yang lelaki itu perhati pada dirinya. Hanisah mula berasa takut.

"Yang dia pandang aku macam tu kenapa? Ahh gila!" gerutu hati Hanisah.

"Sekejap! Saya nak nombor telefon awak boleh?" Fahrin mengejar Hanisah. Makin laju Hanisah berjalan menuju ke keretanya.

"Maaf, saya perlu balik sekarang." Hanisah meminta diri. Muka Fahrin langsung tidak dipandangnya.

Daripada panggilan 'cik' kepada panggilan awak? Haih lain macam betul Fahrin ni. Menambahkan lagi rasa ketidakselesaan kepada Hanisah. Hanisah berjalan laju tanpa menoleh ke belakang lagi disebabkan tak mahu lagi terserempak mahupun bersembang dengan Fahrin. Ditambah pula dia sudah berkahwin. Maruah suaminya wajib dijaga.

*****************************

"Abang! Abang!" panggil Hanisah setelah membuka pintu rumahnya.

"Ye sayang. Apa hal jerit-jerit ni? Abang ada je lah dekat dapur tu suapkan Zafri makan." Hanisah membalas huluran tangan suaminya.

Hanisah dan Busyairi berjalan beriringan bersama menuju ke dapur. Rasa lapar pula petang-petang macam ni!

"Abang dah makan?"

"Dah, sayang. Sayang lapar ke?" tanya Busyairi.

"Laparlah juga. Abang lapar juga ke? Kalau lapar, Hanis masakkan nasi goreng je. Nasi banyak lagi ni. Karang basi membazir pula kan."

"Boleh juga. Nak abang tolong apa-apa ke? Kesian dekat sayang. Baru balik kerja dah kena masak untuk abang." pilu Busyairi memandang Hanisah. Isterinya sememangnya seorang yang kuat bekerja tidak kira masa.

"Takpelah bang. Hanisah boleh buat semua. Abang pergilah tidur dulu ke apa. Abang dah solat asar?"

"Belum." balas Busyairi ringkas.

"Pergi solat dulu. Karang mulalah mengigau macam-macam."

Busyairi hanya menurut. Sebelum naik ke biliknya dia terlebih dahulu merangkul pinggang isterinya lalu mencium pipi gebu milik Hanisah. Hanisah hanya melayan sajalah perangai suaminya yang memang manja itu. Lama Busyairi memandang Hanisah tanpa berkelip mata. Hanisah yang hanya memandang reaksi suaminya dari tadi mula berasa pelik.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now