BAB 32

137 5 0
                                    

Sudah seminggu Busyairi pulang ke rumah selepas kemalangan yang hampir meragut nyawanya juga. Hanisah mengucap syukur apabila melihat suaminya yang semakin pulih. Namun ada perkara yang menyebabkan dia dilanda kerisauan apabila suaminya meminta dia menceritakan semula apa yang terjadi sebelum kemalangan dahulu. Katanya dia mahu ingat kembali apa yang telah lupa.

"Sayang, boleh ceritakan balik apa yang jadi sebelum abang kemalangan dulu?" pinta Busyairi.

"Untuk apa? Benda yang lepas jangan dikenanglah bang. Nanti abang sakit kalau paksa otak tu bekerja keras untuk ingat semua tu." balas Hanisah perlahan. Saat ini dia tidak berani untuk menatap wajah suaminya.

"Kenapa Hanis bercakap tak pandang muka abang pun? Hanis jangan sorok apa-apa dari abang tau." Busyairi terus menggerakkan kerusi rodanya untuk menuju ke bilik.

Hanisah tergamam apabila teringat semasa pertanyaan suaminya semasa dia baru pulang dari hospital tempoh hari. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan apa yang terjadi diantara mereka sebelum ini. Kalau boleh dia tak mahu Busyairi ingat langsung apa yang terjadi dulu. Pasti Busyairi akan memarahi dirinya.

Tanpa disedari, Hanisah terbau sesuatu yang hangit. Istighfar dia apabila melihat masakannya yang hampir hangit itu. Hanisah cepat-cepat memperlahankan api. Hanisah mengutuk dirinya sendiri kerana berangan ketika masak. Mujur tak terbakar saja rumah ni atas kecuaian diri sendiri.

Semalam Cikgu Mazlan ada menelefon suaminya untuk memaklumkan dia akan datang ke rumahnya pada hari ini. Hanisah memang sudah mengetahui bahawa Cikgu Mazlan hendak datang ke rumahnya selepas suaminya pulang ke rumah. Yelah lama sungguh suaminya tidak bertemu dengan kawan baiknya kerana Cikgu Mazlan ditukarkan ke Sarawak beberapa tahun lepas.

Busyairi yang melihat isterinya sibuk memasak itu sudah senyum sendirian. Sudah sepuluh tahun tempoh perkahwinannya dengan anak muridnya sendiri. Mujur dia tidak melupakan saat-saat dia jatuh cinta dengan isterinya dahulu. Hanisah sememangnya isteri yang begitu sempurna di matanya.

Dia merapati isterinya. Tangannya pula sibuk-sibuk mengacau masakan yang tengah menggelegak di dalam periuk itu. Hanisah yang perasan dengan kehadiran suaminya terus menoleh. Mencerlung matanya apabila melihat Busyairi yang berada di situ.

"Abang, kan Hanis suruh abang rehat." Hanisah terus mengambil sudip yang berada di tangan suaminya.

"Abang bosanlah duduk dalam bilik tu." luah Busyairi. Mukanya sengaja dimonyokkan. Rasa nak tonyoh-tonyoh saja muka suaminya dengan cili yang berada di tangannya sekarang.

"Abang kena rehat. Nanti lambatlah sembuh. Lepas tu jangan kacau Hanis nak masak ni. Lepas Zuhur karang Cikgu Mazlan sampailah tu." Hanisah terus menolak kerusi roda suaminya di ruang tamu. Kalau tidak nanti tidak siaplah masakannya kerana melayan perangai manja suaminya.

***********************************

Hanisah mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bermakna sekejap lagi sampailah Cikgu Mazlan di rumahnya. Segalanya masakannya tadi sudah pun siap dihidang di atas meja makan.

Hanisah mengerling suaminya yang sedang menunggu kedatangan kawannya di laman rumah. Pasti dia tak sabar untuk menyambut kedatangan sahabat baiknya itu. Hanisah ingat lagi semasa zaman dia sekolah dulu, dia dapat melihat betapa akrabnya perhubungan antara Cikgu Busyairi dan Cikgu Mazlan dulu. Kemana-mana pasti berdua. Kalau Cikgu Busyairi tak datang, Cikgu Mazlanlah yang akan menggantikan dirinya kalau tiada waktu di kelas lain. Tiba-tiba rasa rindu pula terhadap perkenalannya dengan suaminya dahulu.

Hanisah berjalan ke luar rumah untuk menyuruh suaminya masuk. Hari pun sudah kelihatan begitu mendung sekali. Hanisah perlahan-lahan merangkul leher suaminya dari belakang. Busyairi yang perasan akan kehadiran isterinya terus membalas pelukan Hanisah. Hanisah dan Busyairi tersenyum bahagia disaat itu.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now