"Awak nak tahu satu perkara tak?" tanya Fahrin.
"Apa tu?" jawab Hanisah ringkas. Matanya masih memerhati keindahan flora dan fauna yang berada di Royal Belum itu.
"Saya rasa selesa bila berada di samping awak." ikhlas Fahrin menuturkannya.
Hanisah terkejut. Dia berdiri kaku di situ tanpa bergerak walau selangkah. Hanisah tidak percaya Fahrin berkata sebegitu. Perlukah dia memberitahu status dirinya yang sebenar agar lelaki itu tidak berharap padanya? Hanisah rasa berat hati untuk memberitahu status dirinya yang sebenar. Mungkin dia akan beritahu, tapi bukanlah dalam masa yang terdekatnya.
"Perasaan yang dah lama saya tak rasa sejak arwah tunang saya pergi tinggalkan saya beberapa hari sebelum kami berkahwin dulu." Fahrin sudah berasa sebak.
"Saya rasa kosong Hanisah. Sekarang awaklah yang sudah mengisi rasa kekosongan tu..." Fahrin memandang Hanisah dengan pandangan yang redup.
"Saya rasa seronok berkenalan dengan awak." kata Fahrin lagi.
Hanisah membiarkan saja Fahrin meluahkan perasaannya sebelum dia berkata sesuatu. Dia tidak mahu menganggu emosi lelaki itu. Fahrin benar-benar nampak ikhlas menuturkan rasa kasih dan sayang tadi.
"Cinta tak semestinya bersatu Fahrin." balas Hanisah ringkas.
"Saya tidak berpegang dengan kata-kata tu. Bagi saya, cinta tak boleh bersatu saat tiba ajal itu. Selagi nyawa dikandung badan, cinta itu mesti akan bersatu, dan memang wajib untuk bersatu." Fahrin sudah mengeluarkan falsafahnya.
"Kalau saya beritahu saya suka pada awak, awak terima tak?" mata Fahrin memandang tepat ke dalam mata Hanisah. Hanisah mula berasa tidak selesa. Rasa hendak lari saja saat ini.
Tanpa berlengah lagi, Hanisah berjalan ke hadapan meninggalkan Fahrin sendirian di belakang. Fahrin tetap mengejar Hanisah kerana risau gadis itu berjalan seorang diri. Hanisah kembali memperlahankan langkahnya.
"Maaf apa yang saya katakan tadi." kata Fahrin dengan kelukaan dihatinya. Hanisah tidak menjawab.
Fahrin menarik beg sandang Hanisah untuk duduk di kerusi yang disediakan di situ. Fahrin masih belum puas menghirup udara segar ciptaan Tuhan ini. Fahrin berasa tenang setelah dia meluahkan perasaan pada Hanisah. Walau Hanisah tidak membalasnya, sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan beban yang sudah bersarang di hatinya buat sekian lama.
"Boleh saya tanya sesuatu?"
"Sure."
"Maaf kalau pertanyaan saya agak sensitif pada awak." Hanisah sudah berdebar-debar dengan soalan yang bakal diajukan oleh Fahrin.
"Tanya je." perlahan suaranya.
Fahrin berasa takut-takut untuk bertanyakan soalan yang sedang bermain di mindanya selama beberapa hari. Tapi apakan daya pagi esok mereka bakal bertolak pulang, dia mesti tanyakan soalan itu pada Hanisah untuk meleraikan segala persoalan. Nanti dah balik mesti Hanisah tidak akan mendekati dirinya lagi. Fahrin menarik nafasnya perlahan-lahan.
"Awak pakai kaki palsu?" lega hati Hanisah apabila Fahrin tidak bertanya tentang statusnya. Hanisah mengangguk.
"Kenapa?"
"Saya kemalangan 10 tahun lepas." Hanisah sudah tergelak.
"Lah, boleh pulak awak gelak! Kemalangan tu bukan perkara main-main tau. Teruk ke kemalangan awak tu sampai kena pakai kaki palsu?"
"Teruk jugalah. Kaki saya hancur kena lenyek dek lori traler. Lepas tu komalah dalam beberapa minggu. Sedar-sedar SPM dah habis."
"Awak kemalangan hari awak ambik SPM?"
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...