Mata Busyairi daripada tadi asyik memandang komputer ribanya. Hampir tiga jam jugalah dia buat kerja tanpa henti. Puas Hanisah pujuk supaya dia berehat namun tidak diendahkan. Hanisah ke dapur untuk membancuh air suaminya. Pasti suaminya penat saat ini. Sesekali Hanisah terlihat suaminya sedang memegang kepalanya dengan kuat. Hanisah mula rasa tidak sedap hati. Sakit kepalakah dia? Atau tidak sihat?
"Abang ni daripada tadi buat kerja tak henti-henti. Rehatlah dulu bang. Dari petang tadi duk hadap laptop tu." Hanisah mula bersuara.
"Abang kalau boleh nak cepat-cepat settlekan kerja ni sayang. Abang taknak fikir apa dah pasal sekolah ke apa. Jadi abang nak siapkan semua ni supaya dapat memudahkan yang bakal ganti tempat abang nanti. Sayang kalau dah penat pergi tidur dulu ya."
"Abang, ada tempoh tiga minggu lagi kan sebelum abang berhenti. Abang kena rehat. Badan tu penat sangat dah. Kalau abang sakit camana?" balas Hanisah semula.
"Nanti abang decide nak bawa family kita pergi bercuti. Tengoklah bila ada masa terluang, sayang pun tak busy, nanti kita pergi." Busyairi mengubah topik.
Hanisah mengeluh panjang. Degil betul suaminya bila disuruh rehat. Padahal diri tu dah macam orang tak terurus saja. Dengan menggunakan kuasa vetonya, Hanisah mengemas-ngemas meja kerja Busyairi dengan penuh hati-hati supaya tiada dokumen yang hilang. Busyairi tidak pula melarangnya. Hanisah menarik perlahan-lahan laptop suaminya dan menekan butang 'save' sebelum shut downkan laptop itu. Busyairi hanya membiarkan sajalah kerana sememangnya badannya sudah letih menghadap laptop seharian.
"Sekarang apapun alasan abang, abang pergi tidur. Jangan degil cakap bini. Nanti Hanis mengamuk baru tahu. Perangai degil tu tak pernah hilang!" Hanisah sudah membebel.
Suaminya hanya diam membisu saja. Kalau dijawab karang sampai ke Subuh tak habis lagi membebelnya. Busyairi bangun dan terus memeluk pinggang Hanisah dengan erat. Dagunya disangkut pada lengan Hanisah. Hanisah menoleh pada suaminya yang sudah memejamkan matanya. Rambut berserabut, mata layu sampai dah tak nampak muka Busyairi yang sebenar. Hanisah hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah suaminya bagai anak kecil itu.
"Mula dah perangai mengada dia tu!"
"Malam ni sayang peluk abang tidur boleh?" Busyairi sudah memanjakan suaranya.
"Habis tu sebelum ni Hanis tak peluk ke abang time tidur?"
"Kali ni abang nak extra service, boleh tak sayang?" Hanisah sudah berdebar-debar. Apa lagilah suaminya nak buat ni!
"Yang macam ulat bulu ni kenapa?" Hanisah pelik dengan kelakuan suaminya.
"Zafri mesti nak adik kan sayang? Sayang ingat tak dulu Zafirah sibuk nak adik perempuan?" Hanisah sudah membeliakkan matanya. Busyairi sudah menggunakan kuasanya sebagai seorang suami.
Hanisah sudah mencubit tangan suaminya sekuat hati. Busyairi menjerit kesakitan. Hanisah tergelak puas bila dendamnya terbalas. Tiba-tiba pintu dikuak daripada luar. Terkejut Busyairi dan Hanisah bila melihat Zafir dan Zafri di hadapan mereka. Busyairi segera melepaskan pelukannya. Hanisah berjalan mendapatkan Zafir dan Zafri.
"Kenapa tak ketuk dulu pintu sebelum masuk bilik papa dengan mama ni?" Serius suara Busyairi.
"Banyak kali Zafir ketuk pintu. Tapi papa dengan mama tak jawab pun." balas Zafri. Hanisah sudah menjelingkan matanya kepada Busyairi. Busyairi tersengih.
"Kenapa masuk bilik ni?" tanya Hanisah pula.
"Zafri nangis-nangis mama. Dia nak susu kot." balas Zafir.
"Okay. Zafir bawa adik masuk bilik. Kejap lagi mama masuk bawa susu." Hanisah menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam bilik.
Busyairi hanya memerhati saja keletah anak-anaknya tanpa sepatah kata. Sebaik saja Zafir dan Zafri keluar, perangai ulat bulu Busyairi kembali memuncak. Pinggang Hanisah dipeluk mesra. Hanisah cepat-cepat melepaskan pelukan suaminya. Karang tak pasal-pasal kena penyepit ketam lagi!
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Ficción GeneralBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...