Hanisah memerhati saja suaminya bersiap-siap untuk ke sekolah setelah bercuti dua hari kerana tidak sihat. Dia tahu Busyairi masih belum sihat sepenuhnya daripada demam. Hanisah juga sudah menghalangnya untuk pergi ke sekolah namun tidak diendahkan oleh Busyairi. Hanisah hanya membiarkan sajalah kerana sememangnya hari ini adalah hari terakhir Busyairi bergelar seorang guru.
"Abang, betul ke nak pergi juga sekolah ni? Hanis risaulah." Busyairi mengangguk sambil mengusap lembut pipi isterinya.
"Hari inikan hari terakhir abang mengajar. Jadi nak atau tidak abang tetap nak pergi sekolah. Abang nak juga jumpa kawan-kawan dengan anak murid buat kali terakhir." Busyairi menghulurkan tali leher kepada Hanisah untuk membantunya mengikat tali lehernya.
"Abang okay. Sayang jangan risaulah. Okaylah abang pergi dulu ya." Hanisah bersalam dengan suaminya. Dahinya dikucup seperti biasa.
Hanisah sengaja mengambil cuti tiga hari untuk memantau keadaan Busyairi yang masih belum pulih sepenuhnya. Puas juga dia memujuk Busyairi untuk membatalkan niatnya ke sekolah pada hari ini. Tetapi Busyairi tetap juga berdegil. Alasannya hari ini adalah hari terakhirnya mengajar. Jadi dia mesti kena pergi ke sekolah.
*********************************
Fahrin ligat mencari kelibat Hanisah di kolej namun tidak berjaya menemuinya. Biasanya masa-masa begini Hanisah sudah berada di kolej kerana dia selalu datang awal. Tapi hari ini jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi, batang hidung pun tak nampak. Sudah tiga hari dia belum menemui gadis itu. Rasa rindu tiba-tiba menyelubungi hatinya. Fahrin memanggil Natasya apabila ternampak dia berjalan di kawasan itu.
"Boleh saya tanya sikit?"
"Tanya apa?" dingin suara Natasya.
"Kawan baik awak tu mana? Dah lama saya tak nampak dia."
"Dia cuti tiga hari. Ada emergency katanya." balas Natasya. Terbeliak mata Fahrin mendengarnya.
"Kenapa? Dia sakit ke?" balas Fahrin prihatin.
"Manalah saya tahu."
"Awak kawan baik dia pun tak tahu ke?"
"Saya tak akan ambil tahulah hal peribadi dia. Takkan saya nak jadi tukang penyibuk pulak macam awak!" sempat lagi Natasya menyindir Fahrin.
Natasya yang baru hendak berlaku pergi dari situ terus ditahan oleh Fahrin. Natasya sudah membeliakkan matanya kerana tangannya disentuh oleh Fahrin.
"Saya tak habis lagi bercakap dengan awak!" Fahrin meninggikan sedikit suaranya.
"Apa ni pegang-pegang? Jangan sampai saya buat report polis dan mendakwa awak mencabul kehormatan saya!" hampir-hampir jugalah Natasya menengking Fahrin.
Tangan Fahrin automatik ingin menutup mulut Natasya. Perempuan dihadapannya ini memang suka mencari gaduh dengannya. Pantanh bertemu mesti bergaduh!
"Saya nak nombor telefon Hanisah." Fahrin mengendurkan sedikit suaranya.
"Tak boleh! Saya tak boleh sesuka hati nak bagi nombor orang pada awak!" Natasya merengus geram.
"Tolonglah..." rayu Fahrin.
"Tak boleh! Kalau saya kata tak boleh jadi tak bolehlah! Kalau nak nombor dia pergi mintak sendiri!" Natasya terus berlalu daripada situ dalam keadaan marah.
Terkejut Fahrin mendengar jeritan Natasya. Dia memandang sekeliling, mujur tiada satu orang pun yang nampak adegan mereka. Kalau tidak mahu jadi gosip satu kolej ni. Lecturer paling garang kena marah dengan perempuan! Mahu malu dia tujuh keturunan.
"Haishh perempuan ni! Badan je kecik. Suara sampai ke Tanjung Malim boleh dengar!" Fahrin mengomel sendirian.
*******************************
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Ficción GeneralBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...