Reza berasa teruja untuk menyambut kepulangan Loreen ke Ipoh hari ini. Rasa rindu kepada buah hatinya bukan kepalang lagi. Lama Loreen pulang ke New York. Loreen belajar Islam pun melalui dalam talian saja. Tapi tak mengapalah, belajar di mana-mana pun sama asalkan ada kesungguhan. Insya-Allah Sabtu ni akan berlangsungnya majlis pertunangannya bersama Loreen. Loreen juga akan bawa abangnya datang ke Malaysia kerana kedua-dua ibu bapanya sudah tiada.
Persiapan telahpun dibuat, hanya tunggu majlis itu berlangsung saja. Kalau tiada aral melintang majlis perkahwinannya pula akan berlangsung tiga bulan dari sekarang. Baginya, tidak mahulah bertunang lama-lama. Dugaan bertunang ni berat rasanya. Kalau pasangan yang tak mampu nak lalui, pasti hubungannya hanya terputus di tengah jalan.
"Hari ni saya tak masuk office eh. Insya-Allah Loreen akan sampai dalam jam 11 pagi nanti." beritahu Reza pada abangnya.
"Okay." hanya itu jawapan balas Fahrin.
"Betul ke abang dia nak datang sekali?" tanya Puan Zaris semula.
"Katanya begitulah." balas Reza ringkas.
"Eh bang, kau memang tak mengajar dah ke?" tanya Reza sekadar mahu memecahkan kesunyian.
"Malas ah. Aku pun dah siap surat resign segala bagai. Insya-Allah lepas final project diorang aku berhentilah. Kesian pula dekat lecturer lain, dahlah kena ganti kelas aku pastu final project and exam pun diorang juga kena buat." jelas Fahrin. Reza mengangguk setuju.
Fahrin kembali diam. Reza dapat lihat wajah abangnya yang monyok saja hari ini. Entah apalah yang berada di fikiran abangnya saat ini. Reza mematikan hasrat untuk terus berbual dengan Fahrin. Karang kalau kena sound tak ke naya. Memang sikap abangnya sebegitu. Kalau nampak dia badmood saja, lebih baik jangan kacau kalau taknak dimaki.
"Jam berapa kau nak gerak?" tanya Fahrin lagi.
"Kejap lagi nak gerak teruslah ni. Takut jalan jem ke apa kan." Reza terus berlalu ke singki untuk membasuh tangan dan pinggan.
**********************************
Busyairi pelik Hanisah masih belum turun dari bilik. Jam dah menunjukkan pukul 8:30 pagi ni. Nanti lambat pula nak ke kolej. Anak-anaknya sudah hantar ke sekolah terlebih dahulu tadi. Sempatlah dia membeli sarapan sikit untuk santapan pagi dia dan Hanisah. Biasanya Hanisah jam 6 lebih dia dah keluar rumah. Isterinya tak sihatkah? Busyairi berlalu dari meja makan dan terus menuju ke bilik.
"Hanis, bangun!" panggil Busyairi menggerakkan isterinya.
"Hanisah, bangunlah!" kali ini Busyairi menguatkan suaranya. Hanisah hanya berdehem.
"Dah pukul berapa ni?" tanya Hanisah yang masih lagi mamai.
"8:30 dah. Bangunlah. Tak pergi kolej ke hari ni?" tanya Busyairi.
"Malaslah. Hari ni dah esok Hanis ambil cuti." ringkas saja jawapan Hanisah. Busyairi sudah mengerutkan dahi.
"Kenapa nak cuti pula? Kata busy student nak final exam. Tiba-tiba malas pula hari ni kenapa?" Busyairi sudah membebel.
Hanisah malas nak menjawab pertanyaan suaminya. Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Tak pasal-pasal dia terlepas solat subuh hari ini. Busyairi yang melihat isterinya hanya mampu menggeleng kepala saja. Hatinya masih marah kepada Hanisah atas kejadian semalam. Mahu saja dia meminta penjelasan daripada Hanisah namun ego yang memeluknya sehingga dia tidak mampu berbuat begitu.
Busyairi sedang asyik leka melayan anak-anaknya. Dia sibuk memantau anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah. Anak-anaknya haruslah menyiapkan kerja sekolah sebaik saja pulang dari sekolah. Baginya petang bukanlah tempoh yang sesuai untuk tidur. Ia akan menyebabkan minda seseorang manusia itu menjadi lemah. Dari kecil dia memang tidak mengajar anak-anaknya untuk tidur di waktu siang.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...