BAB 16

125 4 0
                                    

Busyairi memberhentikan keretanya di sebuah restoran. Tujuannya adalah untuk mencari sarapan pagi. Busyairi melarang keras isterinya masak kerana dia tahu Hanisah masih penat setelah pulang dari campign semalam. Sepanjang perjalanan, Hanisah langsung tidak mengeluarkan suaranya walaupun Busyairi banyak kali mengajaknya untuk berbual. Hanisah masih marah kerana peristiwa semalam. Busyairi mati kutu hendak mencari idea bagi memujuk Hanisah kembali.

Setelah mematikan enjin kereta, Busyairi cepat-cepat keluar dari keretanya untuk membantu Hanisah membuka pintu. Pagi ini memang peluangnya untuk bersweet-sweet dengan isterinya agar Hanisah memaafkan dirinya. Namun Busyairi berasa hampa kerana Hanisah tidak langsung melayannya. Pandang muka pun isterinya tak sudi. Allah, apa aku dah buat ni?

"Waiter!" Busyairi memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.

"Sayang nak makan apa?"

"Apa-apa je lah." dingin suara Hanisah. Busyairi hanya mengangguk saja.

Busyairi memesan Nasi Lemak dan teh tarik. Dia tahu Hanisah sangat sukakan nasi lemak. Jadi dia berharap Hanisah lembut hatilah untuk berbaik semula dengannya. Sungguh hatinya rindu untuk bergelak tawa dan bergurau senda dengan Hanisah kerana hanya Hanisah saja yang mampu membuatnya tertawa saat hati berasa sedih. Busyairi menggengam erat tangan isterinya. Laju Hanisah menarik tangannya.

"Maafkan abang ya?" Busyairi cuba memujuk isterinya lagi.

Hanisah tidak menjawab. Matanya fokus pada skrin telefonnya. Sekali lagi Busyairi berasa hampa.

"Sayang, please maafkan abang?" Hanisah masih lagi diam.

Makanan yang dipesan tadi sudah pun sampai. Hanisah terus menjamu selera tanpa menghiraukan suaminya yang merenungnya daripada tadi.

"Lapar sangat tu. Makanlah slow-slow sikit." tegur Busyairi.

Hanisah tidak mempedulikannya. Dia mahu makan cepat-cepat kerana hendak sampai ke kampung tepat pada waktunya kerana di rumah dia banyak lagi kerja lain yang perlu disiapkan memandangkan esok ada kelas. Mesej daripada Fahrin di skrin telefonnya dipandang dengan pandangan yang kosong.

Hai, awak sihat? - Fahrin

Mesej daripada Fahrin tidak dibalas. Hanisah meletakkan semula telefonnya di dalam beg tangan. Dia cuba melelapkan matanya kerana dia bangun tidur terlalu awal pagi tadi. Busyairi menggenggam erat tangan isterinya. Hanisah cuba menarik tangannya tapi tidak berjaya. Hanisah hanya membiarkan sajalah dan terus memejamkan mata.

"Abang minta maaf ya sayang? Selagi Hanis tak maafkan abang selagi tu hati abang takkan tenang sayang." Busyairi memujuk Hanisah lagi.

Tidak dijawab. Jeda. Busyairi berasa hampa lagi.

"Takpalah. Sayang tidur je lah ya. Dah sampai nanti abang kejut." Busyairi terus fokus dengan pemanduannya.

Hanisah sudah melelapkan matanya. Busyairi memandang lama wajah isterinya ketika berhenti di traffic light. Wajah redup Hanisah menambahkan lagi rasa cinta di dalam hatinya. Kenapalah dia tergamak menuduh isterinya macam-macam semalam sedangkan dia kenal benar dengan isterinya. Hanisah sememangnya seorang wanita yang pandai menjaga maruah dirinya. Memang itulah sifat Hanisah yang diketahui sejak dulu.

*********************************

"Mana dia ni, tak reply pun Whatsapp aku." Fahrin mengomel sendiri.

Zulhairi yang memerhati perlakuan sahabatnya sudah dapat mengagak apa yang sedang difikirkan oleh Fahrin. Zulhairi sudah menghidang air kepada sahabatnya yang bertandang ke rumahnya. Dia juga membantu Fahrin untuk menuang air di dalam cawan. Tanpa berfikir panjang, Fahrin terus menyambar air yang dibuat oleh Zulhairi itu.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now