BAB 17

115 5 1
                                    

Busyairi mengangkat beg anak-anaknya masuk ke dalam but kereta. Sebelum berlalu, dia terlebih dahulu bersalam dengan ibu mentuanya dan juga Hanif. Begitu juga dengan Hanisah dan anak-anaknya. Anak-anaknya kelihatan excited untuk pulang ke rumah. Yelah dah beberapa hari mereka tinggal disini. Macam-macam aktiviti mereka buat.

Hanisah membuka pintu dan menyuruh anaknya masuk ke dalam kereta. Hanisah menjeling ke arah Busyairi. Busyairi tahu Hanisah marah padanya kerana menceritakan hal yang sebenarnya kepada Hanif. Tak pasal-pasal Hanif menegurnya tadi.

Hanif memanggil adiknya untuk berbincang. Dia dapat melihat wajah Hanisah yang sudah kelat itu. Hanif tidak menghiraukannya kerana sebagai abang dia juga perlu menegur adiknya sendiri agar tidak tersesat jalan. Dia kenal benarlah perangai keras kepala Hanisah tu. Memang dari zaman remaja lagi dia kuat memberontak.

"Ha, ada apa?"

"Macam tu ke cara kau cakap dengan abang kau ni?" tegur Hanif.

"Apa dia bang? Nisah nak balik cepatlah. Banyak lagi kerja dekat rumah tu."

"Kau duduk sini. Dah jadi mak budak pun perangai masih sama macam budak-budak!" Hanif sudah memarahi Hanisah.

Hanisah duduk di sebelah abangnya dalam keadaan terpaksa. Busyairi hanya memandang dari jauh kelakuan dua beranak itu. Dia juga berharap Hanif tidak memarahi adiknya. Kalau tidak mesti Hanisah akan marah dirinya balik kerana membuka cerita rumahtangga mereka.

"Cakaplah." ujar Hanisah perlahan.

"Memang lepas kau balik dari campign tu perangai kau berubah macam ni ke Nisah?" dingin suara Hanif. Nak saja dia menampar adiknya.

"Aku nak ingatkan kau satu bendalah, kalau kau rasa nak hilang laki, kau buatlah perangai macam ni Nisah." tajam mata Hanisah memandang abangnya.

"Kenapa abang nak marah Nisah pula?

"Memanglah punca dari dia! Aku tahulah apa yang jadi antara kau orang berdua ni. Tapi kau layan jugakkan laki tu?"

"Apa ni? Kenapa semua nak tuding jari pada Nisah? Teruk sangat ke perangai Nisah ni?" Hanisah sudah memberontak. Matanya melirik pada Busyairi.

"Kau jangan ulang kesilapan aku dengan kak Wawa kau dulu Nisah. Cukuplah hanya aku yang rasa peritnya perpisahan tu. Aku taknak adik aku rasa apa yang aku rasa. Sakit dik tanggung rindu." Hanif berlalu pergi dengan hati yang retak seribu.

*********************************

"Kau ingat apa aku pesan tadi. Kalau apa-apa jadi dekat rumahtangga kau, kau puncanya Nisah. Busyairi tu sayang sangat dekat kau. Kau jangan sia-siakan dia pula." sempat lagi Hanif menitip pesanan buat adiknya.

"Yelah." jawab Hanisah ringkas.

Hanif hanya memerhati saja kereta Busyairi sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia berharap Hanisah ingat setiap masa apa yang dipesannya tadi. Dia teringatkan kembali saat-saat dirinya melafazkan talak kepada Wahida dulu. Semua kerana kesilapannya yang menuduh Wahida ada hubungan dengan lelaki lain tanpa sebarang bukti. Cukuplah hanya dua yang menanggung sakitnya perceraian itu. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang pada Busyairi dan Hanisah.

"Kenapa dengan diorang tu?" tanya Puan Nafisah.

"Biasalah bu, adat berumahtangga. Ada je berlaku salah faham tu. Ibu jangan risaulah, Hanif dah nasihatkan diorang tu." jawab Hanif ringkas.

Puan Nafisah mengangguk tanda faham. Dia pun sememangnya malas nak masuk campur hal rumahtangga anak menantunya. Andai ada masalah, biarlah mereka sendiri yang selesaikan.

Hanif masuk semula ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya sebelum ke tempat bertugasnya. Hari ini dia akan masuk syif petang. Puan Nafisah juga sudah siap menggosok baju uniform anaknya sebentar tadi. Puan Nafisah juga masuk ke dalam rumahnya untuk menyiapkan bekal Hanif. Hanif memang tidak suka makan makanan luar sangat. Sebab itulah hari-hari dia akan membawa bekal yang dimasak oleh ibunya. Baru berselera dia makan.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now