SPECIAL PART 3

221 8 3
                                    

"Papa!" berlari Zafir, Zafirah dan Zafri menuju ke arah papa mereka sebaik saja pintu dibuka.

Busyairi juga berlari ke arah anak-anaknya. Mereka dipeluk dan dicium erat. Rindu kepada anak-anaknya bukan kepalang lagi. Dia menahan sebak. Zafri didukung dan dibawa masuk ke dalam rumah.

"Hanis, Zahin mana?" tanya Busyairi. Rindu pula pada anak bongsunya ketika ini.

"Tidurlah tu bang. Abang pergilah masuk bilik, mandi lepas tu rehat." Hanisah mengambil Zafri dari dukungan papanya.

"Zafirah, bagi papa rehat sayang. Papa kan penat baru balik kerja." pesannya kepada Zafirah apabila dia juga turut mengekori papanya ke bilik.

Zafirah hanya menurut. Dia kembali menonton televisyen bersama Zafri sementara Zafir pula kembali melukis. Lama mata Zafir tertancap pada Hanisah bagai meminta penjelasan. Zafir terus bangun dan duduk di sebelahnya mamanya.

"Mama papa okay ke?" tanya Zafir perlahan.

"Kenapa Zafir tanya macam tu?" Hanisah mengerutkan dahinya.

"Fir tak pernah tengok papa menangis. Tapi tadi Fir tengok mata papa merah. Zafir tahu papa menangis kan mama?" balas Zafir perlahan.

Hanisah melepaskan nafas perlahan-lahan. Dia masih memikirkan jawapan yang patut diberikan kepada Zafir. Zafir sememangnya nampak matang dari usianya. Jauh beza dari Zafirah walaupun mereka berdua kembar. Hanisah pun kadang-kadang susah untuk menipu Zafir. Zafir pandai mengesan kalau papa dan mamanya menipu.

"Papa penat sayang. Bagi papa rehat ya." itu saja jawapan yang mampu diberi olehnya.

"Mama tunggu sekejap ya."

"Kenapa? Zafir nak pergi mana?" tanya Hanisah pelik.

Hanisah nampak Zafir menuju ke biliknya. Entah apa anaknya mahu tunjuk kali ni. Mungkin nak tunjuk lukisan dia yang lepas. Fikir Hanisah. Beberapa minit kemudian Hanisah nampak Zafir turun dengan sebuah telefon di tanganya. Hanisah dah mula fikir bukan-bukan. Namun dia menenangkan dirinya. Mungkin Zafir mahu tunjuk benda lain.

"Ni apa mama? Kenapa Zafir nampak orang banyak share cerita ni dekat internet? Lepas tu muka orang tu macam sama dengan papa. Mama, ni papa ke?" berdentum hati Hanisah apabila Zafir menunjukkan artikel di internet berkenaan dengan kes papanya. Hanisah terkejut tapi dia cuba beriak biasa. Dia tak mahu Zafir berasa sangsi dengannya.

"Kenapa dia kena gari ma?" tanya Zafir yang masih tak puas hati.

Hanisah buntu. Entah apa jawapan yang perlu diberi pada anak sulungnya ini. Dia memejamkan mata untuk mengumpul kekuatan dan mencari idea. Nampaknya Zafir seolah-olah sudah tahu apa yang menimpa papanya.

"Mama, kenapa diam?" desak Zafir.

"Mama, Zafir tanya ni..." lembut suara Zafir memanggil mamanya.

"Fir, mama nak masuk bilik kejap ya. Zafir jangan banyak main telefon. Nanti kalau papa nampak papa marah nanti." pesan Hanisah. Dia cepat-cepat masuk ke biliknya. Risau keluar lagi soalan cepumas dari anaknya.

********************************

"Ya Allah andai ini bahagian untuk aku, aku terima Ya Allah segala ujian yang engkau turunkan padaku. Aku reda Ya Allah andai ujian ini yang menaikkan darjatku disisimu. Tunjukkan pada mereka semua itu adalah yang bathil Ya Allah. Jangan kau butakan mata mereka dengan bukan kebenaran Ya Allah. Keluarkanlah aku dari segala masalah yang membelenggu diriku Ya Allah. Aku penat. Hanya padamu aku mohon pertolongan. Hanya engkau yang berkuasa bantu aku Ya Allah. Aaminnn Ya Rabbal Alamin....

Busyairi mengaminkan doanya. Dia perasan dirinya sedang diperhati. Dia dengar Hanisah membuka pintu bilik. Busyairi terus berpaling ke belakang lalu tersenyum apabila ternampak kelibat Hanisah. Busyairi terus bangun dari tempatnya dan duduk di birai katil bersama Hanisah. Lama matanya memandang isterinya. Rindu yang tidak dapat diungkap sampai bila-bila terhadap wanita dihadapannya.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now