BAB 28

122 6 0
                                    

Reza ternampak Loreen melambainya dari jauh. Dia terus datang menghampiri Loreen. Tangannya berjabat dengan tangan abang Loreen. Sebenarnya masa mereka mula berkenalan dulu pun dia sudah mengenali Louris terlebih dahulu. Apabila Louris merestui hubungan mereka, saat itulah Reza bertekad untuk membawa hubungan ini sehingga ke jinjang pelamin. Dia juga bersyukur Loreen sanggup menerimanya walau terdapat banyak kekurangan menyelubungi dirinya.

"How are you, dear?" Reza sudah tersenyum lirih.

"Assalamualaikumlah." sempat lagi Loreen mengenakan dirinya. Reza sudah tersipu malu.

"Waalaikumussalam my future wife." Reza menjawab salam Loreen. Matanya dialihkan ke arah Louris yang hanya memerhatinya daripada tadi.

"Hye bro, how are you?" tanya Reza ramah.

"I'm fine, bro. How are you too?" balas Louris pula.

"I'm fine. Come! Today I want to take you to eat in an interesting place. Before I forget, welcome to Malaysia Louris. This first time you come Malaysia, right?" ujar Reza. Louris hanya mengangguk.

Reza membantu Louris dan Loreen membawa bagasi mereka. Sampai sahaja mereka di kereta, Reza memasukkan bagasi ke dalam but kereta. Lepas itu, Loreen pula menyuruh abangnya duduk di kerusi hadapan kerana dia mahu Louris berbual dengan Reza. Yelah, bakal adik ipar kan, mestilah kena saling kenal mengenali. Perkara itu dipersetujui oleh Reza. Loreen masuk terlebih dahulu ke dalam kereta di tempat duduk belakang.

Sebelum bergerak pulang ke Ipoh, sempat Reza membawa dua beradik itu pusing-pusing satu Kuala Lumpur. Mata Louris tidak henti-henti memandang ke luar tingkap. Pasti dia terpukau dengan keindahan Malaysia ini. Belum rasa makanannya lagi, kalau tidak pasti dia tak mahu pulang ke New York. Entah-entah isteri pun dia nak cari orang Malaysia. Reza sudah tersenyum sendirian.

"Nice, Reza." kata Louris sepatah. Reza dapat melihat wajah kegembiraan pada Louris.

"Yes, I know. I hope you enjoy in Malaysia. If have a time, before you back to New York, I want to get you to know my home state of Perak. Will you?" tanya Reza lagi.

"Of course Reza. I didn't think since Loreen knew you, she was already good at speaking Malay a little bit. I want to learn the language here." balas Louris sambil tersenyum.

"I can teach my brother." sampuk Loreen dari belakang. Reza yang memerhati karenah dua beradik itu sudah tersenyum.

Jauh di sudut hati lelaki itu, dia berharap Louris juga akan mengikuti jejak langkah adiknya untuk memeluk Islam. Sekarang misi dia adalah untuk menarik Louris mengenali Islam dengan lebih mendalam. Reza kembali fokus dengan pemanduannya. Dia melirik ke tepi dan mendapati Louris sudah tidur. Begitu juga dengan Loreen. Dia hanya membiarkan sajalah.

"Penat sangat agaknya." katanya di dalam hati.

Setelah beberapa jam perjalanan menuju ke Ipoh, Reza memberhentikan keretanya di sebuah masjid yang terletak di tepi jalan. Hal ini kerana dia belum lagi menunaikan solat Zuhur. Sebelum itu, dia mengejutkan Loreen terlebih dahulu untuk menunaikan solat bersama-sama. Louris yang sudah terjaga itu memandang Reza dengan pelik.

"Why stop near here? What place is this?" tanya Louris dengan pandangan yang pelik.

Reza tersenyum sebelum menjawab. Masa inilah yang sesuai untuk Louris mengenali Islam sedikit demi sedikit. Loreen sudah meminta diri untuk masuk ke masjid terlebih dahulu.

"This is the mosque. Where Muslims perform prayers. Do you want to get out or sit in the car?" tanya Reza untuk mendapatkan kepastian.

Louris sudah keluar dari kereta. Dia memandang sekeliling masjid itu dengan lamanya. Entah apa yang diperhatikan olehnya tak tahulah. Reza hanya membiarkan Louris sebegitu. Dia tahu lelaki itu sedang berfikir sesuatu.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now