Hanisah mengajak Natasya ke kedai buku kerana dia perlu membeli buku rujukan dan sedikit alat tulis. Pada mulanya dia mahu mengajak Busyairi je, tapi disebabkan kekangan masa dia ajak Natasya teruslah senang. Natasya pun setuju saja sebab dia tiada apa-apa komitmen pun pada petang hari. Nak kata ada kelas pun tak ada nak kata sibuk pun tak juga. Jadi dia bolehlah temankan Hanisah untuk membeli barang sikit.
Sedang asyik membelek-belek buku, Hanisah tidak perasan dengan kehadiran lelaki di hadapannya. Matanya masih fokus pada buku yang dipegangnya. Lelaki itu terus memandang Hanisah. Ya, dialah wanita yang amat dirinduinya. Namun malangnya dia sudah pun menjadi milik orang lain.
Lelaki itu terus membuka penutup kepalanya. Dia juga memperbetulkan kaca mata hitamnya. Tujuannya memang dia mahu menegur Hanisah. Dia tunggu juga kalau wanita itu memandang ke depan, tapi hampa kerana Hanisah memang sibuk dengan bukunya. Dia mengambil peluang untuk menegur Hanisah terlebih dahulu.
Lelaki itu memegang buku yang dipegang oleh Hanisah. Terkejut Hanisah dibuatnya lalu dia memandang muka orang yang berada di hadapannya. Hampir mahu terjerit Hanisah memandang Fahrin yang kini berada di hadapannya.
"Fahrin!" Hanisah terjerit kecil. Fahrin sudah melemparkan senyumannya.
"Kusyuk betul awak baca buku ya." tegur Fahrin.
"Awak datang dengan siapa? Dengan suami awak ke?" tanya Fahrin lagi.
"Eh tak. Saya datang dengan Natasya. Kami balik dari kolej tadi terus datang sini. Awak sorang je ke?" tanya Hanisah, ramah.
Lama mata Fahrin menatap wajah Hanisah. Wajah wanita yang berjaya membuat dirinya jatuh cinta sekali lagi setelah pemergian Dania beberapa tahun lalu. Fahrin berasa kesal kerana dia terlambat berjumpa dengan wanita ini. Kalau tidak pasti Hanisah sudah menjadi miliknya terlebih dahulu.
"Lamanya saya tak jumpa awak. Ye lah kan awak hilangkan diri lebih sebulan tau. Awak pergi mana sebenarnya?" tanya Hanisah lagi.
"Takde lah Hanisah. Saya ambil cuti pun sebab nak handle bisnes arwah papa saya je. Kalau bercampur aduk dengan mengajar lagi susahlah. Hei, jom minum ke lepak-lepak ke nak tak? Ajak Natasya sekali."
"Boleh juga. Saya pun tengah lapar ni. Tasya katanya nak beli barang juga, entahlah mana dia merayap ni." sempat lagi Hanisah mengutuk rakannya.
"Lama lagi la tuh. Takpalah, awak call ke WhatsApp ke, suruh dia datang food court tu. Hari ini saya nak belanja korang makan alang-alang kita dah lama tak jumpa ni kan." balas Fahrin, ramah.
Hanisah berjalan beriringan bersama Fahrin di food court. Banyak perkara yang dia nak bincangkan bersama Fahrin termasuklah hendak meminta maaf padanya kerana sudah mempermainkan perasaan lelaki itu. Hanisah tidak sangka Fahrin terlalu kecewa apabila melihat kemesraan bersama Busyairi yang ditunjukkan dal sebulan yang lalu. Hanisah harap Fahrin mengambil cuti selama tiga bulan itu bukanlah disebabkan oleh dirinya.
"Nak minum apa?" tanya Fahrin.
"Teh ais je lah."
"Makan?"
"Nasi goreng lah." balas Hanisah ringkas.
"Aik, makan nasi goreng je ke? Banyak makanan yang best-best dekat sini." balas Fahrin semula.
"Takpalah Fahrin, ni pun dah cukup dah. Hihihi" Hanisah sudah tersipu malu.
"Okaylah." Fahrin terus memanggil pelayan restoran dan memesan makanan tadi.
"Tasya tunggu dia datang dululah baru order. Saya tak tahu dia makan apa." ujar Fahrin sambil tersenyum.
Hanisah hanya mengangguk saja. Sebenarnya dia sudah tidak selesa duduk berdua dengan Fahrin. Fahrin pula tidak lepas memandangnya daripada tadi. Hanisah memulakan perbualannya setelah beberapa minit mereka berdua berdiam diri.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...