Busyairi termenung sendirian. Sayu melihat pusat tuisyen yang diusahakan selama dua tahun tidak berpenghuni. Dia perlu terima sejak kesnya tular semua pelajarnya berhenti. Hakikat pahit yang perlu diterima. Kata-kata Kak Ainun yang merupakan kerani pusat tuisyen itu terngiang-ngiang kembali di telinganya.
"Kak Ain mana semua orang? Biasa jam 2:55 ni dah ramai dah."
"Maaf cikgu. Sejak kes cikgu viral sampai masuk surat khabar tu semua ibu bapa berhentikan anak-anak diorang dari sini." berat hati Mak Ainun memberitahu.
"La kenapa macam tu pula? Kan ada lagi cikgu-cikgu lain dekat sini yang boleh ambil alih sementara waktu?"
"Tak tahulah cikgu. Mungkin mereka dah hilang kepercayaan dekat kita." balas Kak Ainun perlahan.
Busyairi melihat sekeping sampul surat yang diberikan oleh kak Ainun. Dibaca dengan penuh rasa sedih yang menyelubungi hati. Kak Ainun dah hantar notis berhenti kerja. Nampaknya seorang demi seorang staf pusat tuisyen ini sudah menarik diri dari berkhidmat di sini. Busyairi akur. Mungkin rezekinya bukan di sini.
"Cikgu, maafkan saya. Bulan depan saya dah masuk belajar balik. Jadi saya nak bagi surat berhenti ni dekat cikgu. Maaf ya cikgu." kata Ariffin selaku guru sementara di sini. Busyairi mengangguk. Tiada kuasa dia nak menghalang.
Sedang Busyairi berjalan-jalan hendak menutup suis lampu dan kipas dari kelas ke kelas, dia ternampak Laili duduk keseorangan di dalam sebuah kelas. Busyairi nampak Laili turut terdiam. Nampak bosan pada riak wajahnya. Busyairi seolah-olah tahu apa yang ada dalam pemikiran guru muda yang sedang menunggu penempatannya.
"Laili, awak nak balik pergilah. Kalau nak berhenti pun pergilah. Pusat tuisyen ni tak meriah macam dulu dah. Budak-budak pun tak ada." kata-kata Busyairi memecahkan kesunyian kelas tingkatan tiga. Laili hanya tersenyum dan mengangguk.
"Tak apa ke cikgu?" tanya Laili segan. Busyairi mengangguk.
"Saya nak tutup dah pusat tuisyen ni Laili. Biarlah jadi kenangan buat saya." balas Busyairi sayu. Dia terus berlalu dari situ.
"Saya harap cikgu tabah ya. Saya yakin cikgu Busyairi tak bersalah. Kebenaran akan muncul juga suatu hari nanti." Laili cuba untuk memberi semangat padanya.
Busyairi tersenyum hambar. Tidak mengharap lebih dari itu. Kalau dia berjaya dibuktikan bersalah, dia tetap akan ke dalam. Sebab dia tahu, penghuni penjara itu bukan semua orang yang bersalah. Ada antara mereka yang dianiaya. Dia reda apa saja keputusan mahkamah yang bakal berpihak kepadanya nanti.
"Saya balik dulu ya cikgu. Terima kasih sebab cikgu sudi ambil saya mengajar di sini walaupun hanya dua bulan je. Banyak saya belajar dari sini. Atas tunjuk ajar cikgu juga, bulan depan saya dah boleh masuk mengajar dah." kata Laili. Busyairi senang hati melihatnya.
"Tahniah Laili. Gembira saya dengar. Saya harap awak jadi seorang guru yang ikhlas mendidik anak bangsa negara kita."
"Iya cikgu. Terima kasih sekali lagi. Saya ingat pesan-pesan cikgu." Cikgu Laili terus berlalu pergi.
*********************************
"Abang dah buat keputusan untuk tutup pusat tuisyen tu." kata Busyairi tiba-tiba. Hanisah terus berpaling setelah selesai solat Maghrib.
Hanisah dah agak. Busyairi nampak murung dan tidak bermaya semasa pulang ke rumah tadi. Dia terus mengurungkan dirinya di dalam bilik. Anak-anak pun tidak diendahkan olehnya. Mujurlah ibunya ada di rumah untuk menemani anak-anaknya.
"Abang pasti?" tanya Hanisah. Sebak pula rasa hatinya.
Busyairi mengangguk lagi. Apa gunanya terus buka pusat tuisyen tu tapi hanya dia menghuni di dalamnya? Matlamat asal pun dah lari tanpa pelajar-pelajar di situ.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Художественная прозаBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...