BAB 31

168 6 2
                                    

"Eh bang! Cancelkan balik grab tu. Semalam Nisah datang dengan kawan, dia tolong hantarkan Nisah balik. Kereta tinggal semalaman dekat hospital ni." Hanisah memanggil abangnya.

Mujur dia teringat akan keretanya. Kalau dia lupa tadi tak pasal-pasal kereta tertinggal. Hanif hanya mengangguk faham dan terus mengeluarkan telefon dari poketnya untuk membatalkan tempahan kereta sewa itu. Tanpa membalas kata adiknya, dia terus berlalu pergi.

Hanisah masuk kembali ke dalam wad untuk berjumpa Busyairi. Dia mahu membantu Busyairi apa-apa yang patut sebelum pulang ke rumah. Ingat petang karang dia mahu ke hospital semula untuk menghantar makanan kepada Busyairi. Hanisah sudah meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk membawa anak-anaknya masuk bagi bertemu papa mereka, syukurlah pengawal keselamatan di situ mengizinkan. Namun tidak boleh lama-lamalah. Hanisah mengangguk tanda faham.

Hanisah memimpin tangan Zafir dan Zafirah. Berlari-lari mereka buka ternampak Busyairi yang sudah tersenyum ke arah mereka. Rindu sungguh pada papa diorang. Padahal baru sehari tidak berjumpa. Hanisah hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah anak-anaknya.

"Papa!" Zafir dan Zafirah terus memeluk papa mereka. Busyairi yang melihat kedatangan anak-anaknya terus membalas pelukan mereka. Rindu sungguh dengan anak kembarnya itu.

"Papa sihat?" tanya Zafir.

"Papa sihat sayang. Adik mana?" tanya Busyairi pula.

"Adik dekat nenek. Papa bila nak balik rumah?" jawab Zafirah pula.

"Insya-Allah esok papa balik ya." jawab Busyairi dan dia terus mencium anak-anaknya. Anak-anaknya diangkat untuk duduk bersamanya di atas katil.

"Papa dah makan?" tanya Zafirah lagi.

"Sudah. Anak-anak papa ni dah makan ke belum?" tanya Busyairi semula sambil wajah anaknya dipandang silih berganti.

"Dah papa." Busyairi hanya mengangguk mendengar jawapan anaknya.

"Dah-dah jom balik. Biar papa rehat." Hanisah datang mendekati anaknya untuk dibawa pulang.

"Cepatnya. Abang tak puas lagi spendtime dengan diorang." balas Busyairi pula.

"Maaflah bang. Guard tu kata tak boleh lama-lama. Waktu melawat pun dah nak habis." balas Hanisah lembut. Busyairi hanya mengangguk dengan perasaan yang hampa.

Anak-anaknya dipeluk dan dicium terlebih dahulu sebelum mereka pulang. Ikutkan hati nak saja dia keluar dari hospital sekarang juga. Tapi apakan daya, keadaan dia sekarang membataskan pergerakannya. Hanisah menghantar anak-anaknya kepada Puan Nafisah sebelum dia kembali berjumpa dengan Busyairi.

"Abang nak Hanis tolong apa-apa tak ni?" tanya Hanisah sebelum pulang.

"Takde apa kot."

"Esok kalau abang dah boleh keluar, just call Hanis. Sebab esok Hanis ada program dekat kolej. Lepas abang call Hanis cepat-cepat datang. Abang jaga diri. Makan ubat tu. Dengar cakap doktor dan yang penting sekali jangan main mata dengan nurse yang cantik-cantik tu!" sempat lagi Hanisah mengenakan suaminya. Busyairi hampir tergelak.

"Baiklah sayang. Terima kasih datang melawat abang." balas Busyairi ringkas.

"Tadi cikgu Mazlan ada call Hanis."

"Kenapa?" tanya Busyairi pelik.

"Dia tanya pasal abanglah. Abang kan kemalangan. Jadi dia call Hanis nak tanya khabar abang. Katanya dia call abang tapi abang tak angkat." balas Hanisah.

"Abang tak tengok pun telefon tu." jawab Busyairi selamba.

"Dia kata nak datang minggu depan."

"Okaylah tu. Lama juga abang tak jumpa dia." jawab Busyairi. Matanya memandang Hanisah yang sedang mengemas-ngemas untuk pulang ke rumah.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now