BAB 19

129 7 1
                                    

Busyairi kelam kabut menuruni tangga. Pagi ini dia ada banyak urusan yang perlu diselesaikan berkenaan dengan bisnes terbarunya. Dia perlu mencari lokasi kedai dan juga mengurus perbelanjaan yang bakal dikeluarkan. Mujur hari ini hari Sabtu. Hanisah pun tak kerja jadi bolehlah dia tolong menjaga anaknya.

"Hanis, abang pergi dulu ya. Doakan urusan abang dipermudahkan okay." Busyairi menghadiahkan senyuman manis buat isterinya.

"Cepatnya abang nak pergi. Tak sarapan dulu ke?"

"Balik karanglah abang makan. Ni pun abang dah bawa roti dah. Hanis doakan abang ya." Hanisah terus mencium tangan suaminya. Busyairi terus menuju ke muka pintu.

Baru saja Busyairi hendak melangkah keluar, Zafri terus mendapatkan papanya. Busyairi tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Busyairi terus mendukung Zafri. Ada wajah kegembiraan terpampang di muka anaknya. Busyairi terus mencium Zafri dan menyerahkan anaknya kepada Hanisah. Zafri sudah menangis.

"Papa nak pergi kerja sayang. Nanti karang papa balik ya." Hanisah memujuk anaknya.

Tangisan Zafri terus reda. Dia seolah-olah faham saja papanya hendak keluar mencari rezeki. Hanisah berasa lega kerana tidak perlu nak melayan ragaman anaknya. Zafri sememangnya rapat dengan papanya. Kalau tidak dulu bila Busyairi hantar Zafri ke pengasuh saja mesti berlaku drama airmata pagi-pagi hari. Sekarang setelah berhenti sekolah, Busyairi mula sibuk dengan kerja barunya. Jadi anaknya perlu dihantar ke pengasuh lagi.

"Mana si kembar tu? Tak bangun lagi?" tanya Busyairi.

"Belum bang. Lepas Subuh tadi semua tidur balik." jawab Hanisah.

"Takpalah. Abang pergi dulu ya." Busyairi terus berlalu menuju ke keretanya.

Hanisah setia menunggu di muka pintu sehingga bayangan kereta suaminya hilang dari pandangan mata. Hanisah mengendong anaknya untuk mengambil udara yang segar di pagi hari. Sempat lagi dia menegur pengawal keselamatan yang baru saja bekerja dengan suaminya. Walaupun Hanisah hanya boleh berjalan dengan bantuan kaki palsunya, Busyairi tetap mahu mengambil seorang pengawal keselamatan bekerja dengannya. Hal ini supaya Hanisah tidak perlulah keluar semata-mata hendak menutup pintu pagar bagai.

"Mama, bird!" suka benar Zafri melihat burung-burung yang berterbangan itu.

"Ya sayang. Itu burung dalam bahasa melayunya. Pokok mana?" tanya Hanisah.

Zafri cepat-cepat menunjukkan pokok yang sedang melambai-lambai gara-gara dipukul angin. Hanisah tersenyum. Anaknya sudah belajar banyak benda walaupun usia baru hendak mencecah tiga tahun. Comel betul Zafri ni. Hanisah terus mencium pipi gebu anaknya.

"Puan dah sarapan?" tanya lelaki tua yang berada dalam lingkungan 50-an umurnya. Seorang pengawal keselamatan yang setia menjaga keselamatan rumahnya.

"Sudah pakcik. Pakcik makanlah ya. Macam mana saya masak? Sedap tak?" tanya Hanisah sekadar mahu berbahasa dengan pengawal keselamatan itu.

"Sedap sangat puan. Puan memang pandai masak. Beruntung suami puan kan." balas Pak Jamil ringkas.

"Camana pakcik rasa sejak kerja dekat rumah saya ni? Dah dua minggu pakcik kerja disini kan?"

"Seronok saya bekerja dekat sini. Puan dengan suami pun sangat ramah. Tengok ni hari-hari puan bagi saya makan." puji Pak Jamil.

"Sudah tanggungjawab kami pakcik. Kalau pakcik nak bantuan apa-apa jangan segan-segan beritahu ya." balas Hanisah. Dia sudah membawa Zafri masuk ke dalam rumah.

*********************************

"How? Berminat tak?" tanya Encik Leong selaku ejen penjual rumah dan kedai.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now