Pagi-pagi lagi Fahrin ke KLIA untuk menjemput adiknya pulang dari luar negara. Dengarnya dia ada bawa pulang bakal adik iparnya. Nak juga dia tahu wanita bertuah yang dapat memiliki hati adiknya itu.
Dari jauh lagi Fahrin sudah nampak Reza dengan seorang wanita. Reza yang nampak abangnya sudah melambai-lambai terus menuju ke arah abangnya. Troli yang penuh dengan barang-barang ditolak. Reza terlebih dahulu bersalam dengan abangnya lalu dipeluk. Rindu sungguh dengan kawan gaduhnya semasa kecil dahulu.
"Hei, bro! Lama dah sampai?" Fahrin menyapa adiknya.
"Lama dah bang. Lama jugalah aku tunggu kau." balas Reza ceria.
"Mana bakal adik ipar aku tu?"
"Loreen, come here babe!" panggil Reza.
Loreen cepat-cepat menghampiri Reza dan Fahrin dengan wajah yang ceria. Rasa teruja dia hendak mengenal dengan keluarga Reza. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke Malaysia, dia dapat rasakan negara ini adalah negara yang paling indah yang pernah dikunjunginya.
"Hey, my name is Loreen. Nice too meet your brother, Reza!" ujar Loreen teruja.
"Ya, this is Fahrin. My brother and will your brother in law." Reza memperkenalkan abangnya kepada Loreen. Loreen tersenyum.
"Dear, Here in Kuala Lumpur, you know. My family is in Ipoh, Perak. So the trip we want to my house is in a few hours. So I hope you don't get tired of being in the car for a long time." jelas Reza panjang lebar.
Loreen hanya mengangguk tanda faham. Reza dapat melihat wajah Loreen yang begitu teruja melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Sesekali mata Reza melirik melihat Loreen. Cantik orangnya. Kerana sikap sopan santun dan berbudi bahasalah yang membuatkan dia jatuh cinta kepada gadis cantik itu.
"Loreen, like I said yesterday in Malaysia will introduce you to Islam. So, here later I will teach you everything about Islam, including prayer and recitation. Can I?" jelas Reza lagi. Fahrin yang sedang memandu itu hanya menjadi pendengar saja.
"Of course you can dear!" balas Loreen excited. Matanya tak henti-henti memandang ke luar tingkap.
***********************************
"Bro, kenapa kau banyak diam je hari ni?" tegur Ilham, rakan sekerja Hanif.
"Biasalah bro. Aku teringatkan ex wife aku. Tadi ada aku jumpa dia. Rupanya dia keluar dengan suami baru dia. Cepat betul dia jumpa pengganti aku Am." luah Hanif kepada Ilham.
Ilham hanya mengangguk. Sememangnya dia selalu menjadi tempat luahan perasaan Hanif. Hanya dia yang Hanif percaya kerana pandai simpan rahsia. Segala rahsia Hanif semua diketahui olehnya. Ilham menggosok-gosok belakang sahabatnya supaya dia bertenang.
"Kau masih sayangkan dia?" tanya Ilham perlahan.
"Bukan setakat sayang, cinta pun masih ada, Am." sayu Hanif menuturkannya.
"Kalau kau sayangkan dia, biar dia bahagia dengan orang lain. Ada masanya kita perlu korbankan perasaan tu Nif. Aku pasti dia juga harap kau bahagia bila kau ada pengganti nanti."
Hanif terus bangun untuk meneruskan tugasnya. Ilham hanya mengikuti saja langkah kaki sahabatnya itu. Ilham sempat menenangkan Hanif. Memang tidak dinafikan sejak beberapa hari lalu Hanif kelihatan agak merudum dan tidak bersemangat ketika bertugas. Jadi Ilham berjanji akan membantu Hanif supaya dia dapat kembalikan semangatnya.
"Insya-Allah sinar bahagia akan tiba untuk kau nanti Nif. Yang penting sekarang aku nak kau cari balik semangat kau untuk bertugas ni. Kita kerja demi negara Nif. Jangan terlalu layankan perasaan tu. Nak layan perasaan sampai bila-bila pun tak habis." nasihat Ilham. Hanif hanya memandangnya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...