"Encik Busyairi, awak ditahan atas pertuduhan mencabul remaja bawah umur." tegas kata-kata pegawai polis tersebut.
Sepantas kilat tangan Busyairi digari. Busyairi terpinga-pinga apabila pihak polis tiba-tiba datang menangkapnya. Dia menoleh ke belakang untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak polis.
"Apa salah saya encik? Kenapa tiba-tiba saya kena tangkap ni?" tanya Busyairi lemah. Jiwanya bagai mati saat ini.
Seluruh mata pelajar di kelasnya memandang ke arah dia. Busyairi berada malu. Beberapa orang yang dilihatnya sedang berbisik ke arahnya. Dia tahu pelajar-pelajarnya sedang mengumpat dia.
Busyairi hanya ikut langkah pihak polis. Dia masuk ke dalam kereta polis apabila disuruh. Dia tiada daya untuk melawan. Saat ini dia hanya menantikan apakah nasib dirinya selepas ini. Sepanjang perjalanan dia hanya memandang keluar cermin kereta. Airmata yang hampir menitis ditahan.
Sampai saja di IPD Ipoh, dia terus dimasukkan ke dalam lokap sebelum dipanggil untuk disoal siasat. Dia memikirkan bagaimana hati isterinya apabila mendapat tahu berita tentangnya. Busyairi masih tidak tahu apakah kesalahan yang dilakukannya sehingga diperlakukan sebegini.
Dia bersandar di dinding. Memandang sekeliling lokap tahanan sementara. Di dalam bilik itu hanya dia seorang. Kosong. Alas untuk letak kepala pun tiada. Panas pun ya juga. Busyairi terus membuka bajunya. Bajunya oren yang menandakan seseorang itu berada dalam tahanan polis dilipat tebal untuk dijadikan alas kepala. Dia baring mengiring dan tidak mahu memandang ke luar tirai besi. Akhirnya dia tertidur.
*********************************
Busyairi terdengar namanya dipanggil. Dia terus membuka matanya lalu menoleh ke arah pemanggil suara. Ada sorang pegawai polis yang sedang berdiri di luar bilik tahanan itu. Busyairi lekas-lekas bangun apabila pegawai polis itu membuka gril. Busyairi pasrah apabila tangannya digari sekali lagi. Dia terus dibawa ke bilik perjumpaan. Dia pun tidak tahu siapa yang mahu berjumpa dengannya.
"Abang!" luluh hati Busyairi memandang isterinya yang sedang menangis. Pelukan Hanisah tidak dapat dibalas kerana gari yang mengikat tangannya. Pegawai polis itu menyuruh Hanisah bertenang dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan Busyairi.
Busyairi hanya menundukkan kepalanya. Mata merah Hanisah tidak mampu lagi dipandang. Hatinya berasa sangat sakit saat airmata isterinya mengalir kerananya.
"Jangan menangis sayang. Sayang yakin dekat abang kan? Sayang yakin abang tak buat semua tu kan?" tanya Busyairi sebak. Busyairi hanya mampu berkata-kata. Tidak mampu mengelap airmata Hanisah.
Hanisah mengangguk. Dia tahu suaminya tidak akan membuat perbuatan terkutuk itu. Dia kenal benar dengan suaminya. Dia yakin mesti ada orang yang cuba memerangkap suaminya dengan menabur fitnah sebegini.
"Hanis yakin dengan abang." ujar Hanisah sambil mengelap sisa airmatanya. Busyairi tersenyum, terharu. Hanisah benar-benar isteri yang baik.
Beberapa minit kemudian, Busyairi ditarik masuk ke dalam lokap. Airmata Hanisah jatuh lagi apabila melihat suaminya ditarik kasar oleh pegawai polis muda itu. Ikutkan hatinya dia nak bawa balik suaminya. Tapi dia tiada hak untuk berbuat demikian kerana kes ini sudah menjadi kes polis.
"Puan, boleh masuk bilik saya sekejap?" ujar pegawai polis yang bernama Hassan itu.
Hanisah mengangguk. Dia terus bangun dan ikut Inspektor Hassan masuk ke dalam biliknya. Hanisah duduk berhadapan dengan pegawai polis itu setelah dipelawa. Tanpa berlengah lagi, Hanisah terus mengajukan soalan kepada Inspektor Hassan.
"Kenapa suami saya ditangkap ya tuan?" tanya Hanisah serius.
"Begini puan, kami terpaksa buat tangkapan ke atas suami puan apabila mendapat laporan yang dia mencabul seorang pelajar perempuan di pusat tuisyen tu." balas Inspektor Hassan semula.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Художественная прозаBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...