BAB 40 (AKHIR)

378 6 0
                                    

"So, now abang nak tanya sayang something. Boleh?" tanya Busyairi tiba-tiba yang sedang memandu kereta itu.

Mata Hanisah ditutup. Busyairi mahu membawa Hanisah di satu tempat yang paling istimewa sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke sepuluh tahun pada hari ini. Hanisah sudah rasa matanya berpinar-pinar akibat matanya ditutup lama.

"Abang, bagilah Hanis bukak penutup mata ni. Rimaslah." Hanisah mengadu pada suaminya.

"Sabarlah. Nak sampai dah."

"Tadi abang nak tanya apa?"

"Apa iktibar yang sayang boleh ambil dari kisah Fahrin beberapa bulan lalu?"

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal orang tu pulak? Benda tu dah lama berlalu abang." jawab Hanisah geram.

"Dah abang suruh jawab tu, jawab je lah."

"Tak tahulah bang." balas Hanisah malas nak layan pertanyaan suaminya.

"Iktibarnya, kita takkan mampu bersatu dengan seseorang tu andai dua-dua tak mempunyai rasa cinta sayang. Macam awal perkahwinan kita dulu. Sayang sangat bencikan abang kan? Sebab rasa cinta abang pada sayang yang terlalu kuat tu lah yang berjaya menyatukan kita. Dah, faham?" jelas Busyairi.

Hanisah mengangguk tanda faham. Layankan je lah kata-kata suaminya. Hanisah masih lagi dengan alahannya yang masih belum berpenghujung. Dah tiga bulan dia mengandung anak ke empat mereka. Kali ini alahannya sangat teruk. Berbeza betul masa dia mengandungkan tiga orang anaknya dahulu.

"Abang Hanis pening sangat dah ni. Bagilah Hanis bukak penutup mata ni. Rasa nak muntah pun ada ni. Tahu tak?" Hanisah susah mengeluh panjang. Rasa geram pula dengan suaminya ni.

Busyairi menghentikan keretanya di tepi jalan. Dia mengusap belakang Hanisah perlahan-lahan ketika isterinya muntah. Haih teruk betul alahan Hanisah kali ini. Dah nak masuk bulan ke empat Hanisah masih lagi begini.

"Sayang okay tak ni?" tanya Busyairi apabila melihat keadaan isterinya semakin tidak bermaya.

"Tak tahulah bang." Hanisah menyandarkan badannya di kusyen kereta. Minyak angin disapukan di seluruh lehernya untuk mengurangkan rasa mual. Anak-anaknya yang sudah duduk di belakang sudah mengurut-ngurut kepala mama mereka.

"Papa, kenapa dengan mama ni?" tanya Zafirah. Dia juga turut sama risau melihat keadaan mama mereka sebegitu.

"Mama tak sihat sayang. Zafir, Zafirah janji dengan papa tau kita jaga mama sama-sama. Boleh?" ujar Busyairi.

"Boleh je papa. Tapi mama sakit apa?" tanya Zafir pula.

"Mama mengandung sayang. Jadi nanti kita jaga mama sama-sama ya." jelas Busyairi. Memang anaknya tidak tahu lagi bahawa mereka bakal dapat adik lagi.

Zafir dan Zafirah sudah menjerit kegembiraan. Tak sangka mereka bakal dapat adik lagi. Zafri dipeluk oleh kakak dan abangnya. Busyairi dan Hanisah tersenyum melihat betapa eratnya hubungan anak-anaknya itu. Busyairi berharap ikatan hubungan adik beradik mereka terus utuh sehingga ke akhir waktu. Kerana anak-anaknya adalah permata hati mereka berdua.

Setelah beberapa minit perjalanan, sampailah mereka di tempat yang dituju. Hanisah berasa pelik. Kenapa ramai dekat satu kedai tu? Bila dilihat pada nama kedai alangkah terkejutnya ada tertulis namanya. Hanisah terus memandang suaminya. Busyairi buat tidak tahu saja. Dia terus membuka pintu kereta dan menyuruh anak-anaknya turun terlebih dahulu.

"Pergi masuk sana. Bawa adik ni elok-elok ya. Jangan lepaskan tangan dia. Kejap lagi mama papa masuk." arah Busyairi.

Busyairi membuka pintu kereta sebelah Hanisah pula. Tangan isterinya dipegang erat untuk turun dari kereta. Dia tahu keadaan Hanisah saat ini membimbangkan dia. Nak berjalan pun tak larat kata isterinya. Mujur juga kakinya semakin pulih. Tak perlu lagi berjalan dengan bantuan tongkat walaupun jalannya masih lagi tak betul.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now