Natasya berjalan laju mengejar Hanisah yang sudah berjalan jauh ke depan. Ada benda yang perlu dia beritahu kepada Hanisah. Natasya tahu perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh Hanisah sendiri. Dia sendiri tak sangka kawannya sanggup berbuat begitu.
"Kau kenapa?" tanya Hanisah setelah melihat Natasya tercungap-cungap.
"Aku kejar kaulah!" balas Natasya.
"Kenapa?" tanya Hanisah pelik.
Tajam mata Natasya memandang Hanisah. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Pandangan Natasya nampak lain sangat. Seolah-olah ada perkara yang tidak kena. Hati Hanisah sudah berasa risau.
"Kenapa ni? Tak perlu kot pandang aku macam tu." ujar Hanisah.
"Apa kau buat dengan Fahrin pagi tadi?" laju saja Natasya mengajukan soalan itu.
"Aku buat apa?" jawab Hanisah tidak tahu menahu.
"Kau permainkan perasaan dia kan?"
"Bila?" kali ini Hanisah benar-benar hendak mengambil tahu apa yang terjadi.
"Fahrin mengamuk tak tentu pasal dekat budak kelas dia." jawab Natasya.
Hanisah sudah membuat muka meluatnya. Apa kena mengena dengan dia kalau Fahrin mengamuk dekat pelajar pun? Benda tu tiada kena mengena kot dengan dia. Fikiran Hanisah mula berserabut.
"Jadi apa kena mengena dengan aku?" balas Hanisah seperti malas hendak melayan kawannya itu.
"Dia jadi macam tu semua berpunca daripada kau! Tergamak kau buat dia macam tu."
"Aku buat apa?" tanya Hanisah pelik.
"Ingat aku tak tahu apa yang jadi pagi tadi? Satu kolej dah tahu kau tu dah kahwin. Bermesra kemain lagi dengan suami kau. Beribu-ribu mata memandang kau tahu tak?" balas Natasya bertubi-tubi.
"Jadi, kenapa dengan Fahrin?"
"Dia terlalu kecewa tengok kau bermesra dengan Busyairi." suara Natasya sudah mengendur. Tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka.
"Lah, biarlah. Salah ke aku bermesra dengan suami aku sendiri?"
"Salah tu tidaklah. Tapi masalahnya kau bermesra dalam kawasan kolej! Buat malu je. Dahlah kau tu pensyarah dekat sini!" balas Natasya.
Hanisah malas hendak melayan. Dia terus mengemas barangnya sebelum pulang. Busyairi sudah pun menunggunya.
"Be profesional, Hanisah. Aku ingatkan kau ni. Jangan sampai kau kena tindakan tatatertib nanti. Kau juga akan susah kemudian hari. Sekarang aku pun nak balik. So, fikirlah apa yang aku cakap tadi eh. Aku sayangkan kau. Kau kawan aku. Jadi aku tak nak kau jauh terpesong." Natasya terus meninggalkan Hanisah sendirian yang sudah terpinga-pinga itu.
"Fahrin dah jatuh cinta dengan kau. Dari dulu lagi aku dah pesan, beritahu dia status kau yang sebenar, tapi kau tak mahu. Sekarang dia dah jatuh cinta dengan kau, kau handlelah perkara ni baik-baik. Good luck." tambah Natasya lagi sebelum berlalu pergi.
Hanisah berlalu pergi dengan perasaan yang bercelaru. Dia terfikir semula, betulkah apa yang dilakukannya itu? Pada awalnya dia memang nak menunjuk bahagia dekat Fahrin, tak sangka pula perkara ini sudah menjadi rumit. Niat di hati dia tak nak diganggu saja. Ah, apa-apa sajalah! Tuhan tahu niat hati aku. Getusnya.
**********************************
Terpaku. Itulah kata-kata saat kali pertama dia memandang gadis itu bertudung litup. Terserlah kecantikannya. Hari ini, Loreen mahu membuktikan apa yang dikatakan semalam adalah benar dan ikhlas daripada hatinya. Dia mahu buktikan kepada Reza dia adalah seseorang yang mempunyai pendirian yang teguh dan bukannya seseorang yang bercakap kosong.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Fiksi UmumBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...