Hanisah merenung jam yang sudah menunjukkan pukul 8:35 minit malam. Pelik sungguh apabila batang hidung suaminya tidak kelihatan di dalam rumah. Kemana pula dia ni pergi? Jaranglah Busyairi keluar lama macam ni. Hanisah mula berasa tidak sedap hati. Janganlah ada apa-apa yang terjadi pada suaminya.
"Zafir, Zafirah, papa tak balik lagi ke?" tanya Hanisah, resah.
"Belum mama." jawab Zafirah selamba. Matanya masih menghadap televisyen.
Hanisah sudah seperti cacing kepanasan. Berkali-kali langsir diselak untuk menunggu kepulangan suaminya. Tapi sayangnya, bayang-bayang Busyairi pun masih tidak nampak. Hanisah mengeluh perlahan. Telefon yang berada di tangannya mendail nombor suaminya. Namun dia berasa hampa apabila panggilan itu dijawab oleh operator. Hatinya semakin berdebar-debar. Busyairi merajuk dengan dia ke? Atau dia lari rumah? Eh, mustahillah! Busyairi takkan tinggalkan dirinya seorang diri macam ni!
"Manalah dia ni! Orang call bukannya reti nak angkat!" keluh Hanisah.
Dia masih bersangka baik. Mungkin Busyairi terus ke masjid selepas keluar petang tadi. Keluar pun masa dekat-dekat nak Maghrib. Hatinya berasa sedikit lega. Harap-harap perasaannya itu betul. Hanisah terus melabuhkan punggung di tepi anak-anaknya. Zafri diambil dan diletakkan di atas ribanya.
Setelah beberapa minit berlalu, Hanisah mendapati pintu rumahnya diketuk. Hanisah bergegas berlari ke muka pintu untuk membuka pintu rumahnya. Dia sangat yakin suaminya sudah pulang. Apabila buka saja pintu dia mendapati Pak Jamil yang berada di hadapannya kini. Dia dapat melihat wajah kerisauan di muka lelaki tua itu. Hati Hanisah sudah berasa tidak sedap dan berdegup kencang.
"Ada apa Pak Jamil?" tanya Hanisah.
Teragak-agak Pak Jamil mahu menjawabnya. Namun dia harus menyampaikan berita yang penting ini tambah-tambah pula muka isteri majikannya sudah berubah keruh.
"Tadi ada orang datang jumpa saya. Katanya Encik Busyairi kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital Ipoh." tenang saja suara Pak Jamil memberitahu. Dia tak mahu Hanisah bertambah susah hati.
Lemah longlai kaki Hanisah mendengar perkhabaran itu. Akhirnya dia terjelepok jatuh ke lantai. Dia menangis semahu-mahunya. Berharap suaminya tidak ada kecederaan serius. Berlari-lari anak-anaknya mendapatkan mama mereka. Anak-anaknya masih berasa hairan mengapa mama mereka menangis. Nampak risau di wajah Zafir dan Zafirah. Mujur Zafri sedang tidur.
"Mama, kenapa ni?!" tanya Zafir.
Hanisah tidak menjawab pertanyaan anak-anaknya. Dia tidak mahu mereka berasa susah hati dengan keadaan papa mereka. Apa yang perlu dia buat sekarang adalah segera ke hospital untuk melihat keadaan suaminya. Saat ini, Hanisah mula terbayang salah dan silapnya terhadap Busyairi selama ini. Rasa kesal mula terbit di dalam hatinya.
"Pak Jamil, tolong jaga anak-anak saya sekejap boleh? Saya nak ke hospital." Hanisah berbisik kerana tidak mahu anak-anaknya dengar. Pak Jamil hanya mengangguk setuju.
"Mama, mama! Mama nak ke mana ni?" Zafir dan Zafirah sudah mengejar Hanisah.
"Mama ada kerja sayang. Nanti mama balik. Mama pergi tak lama pun." bohong Hanisah. Dia terus keluar dari rumah. Pak Jamil sudah menahan dua beradik itu daripada terus mengejar mama mereka.
Dia terus meluncur laju kereta meninggalkan perkarangan rumah. Hanisah sudah berasa tidak tentu hala. Disaat ini dia hanya berharap Busyairi akan okay saja. Hanisah kembali fokus dengan pemanduannya agar sampai ke hospital dengan selamat.
Pak Jamil berusaha menenangkan anak-anak majikannya. Zafirah dan Zafir sudah mula menangis teresak-esak apabila Pak Jamil memberitahu perkara yang sebenar kerana tidak tahan diasak soalan yang sama dari budak-budak ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Ficción GeneralBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...